Showing posts with label TIAN CHUA. Show all posts
Showing posts with label TIAN CHUA. Show all posts

Tuesday, June 11, 2013

TEMBELANG NURUL IZZAH MENANG TAKTIK KOTOR TERSERLAH!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Nurul Izzah menang Parlimen Lembah Pantai guna taktik kotor?

TAK HERAN!!

Memang dari dulu lagi aku dah cakap, anak didik kesayangan Anwar Ibrahim ni perangainya memang sebijik macam Papa Hebatnya. Depan cakap lain, belakang cakap lain.

Depan kata nak PRU yang bersih tanpa serangan peribadi, kat belakang dialah nombor wahid dalam kategori umpat-mengumpat dan fitnah-memfitnah.

Nah, sekarang petisyen dah dikemukakan, kita biar Mahkamah tentukan.

BN ada bukti kukuh menang Batu & Lembah Pantai

SHAH ALAM: Kes salah laku melibatkan Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar merupakan antara isu 'heavyweight' yang difailkan di dalam petisyen Barisan Nasional (BN), demikian menurut Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun.

"Di Parlimen Batu melibatkan YB Tian Chua dikatakan hilang kelayakan untuk bertanding. Manakala di Parlimen Lembah Pantai lebih kepada taktik berkempen melampau YB Nurul Izzah menentang Datuk Raja Nong Chik," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Tian Chua sebelum ini dikatakan hilang kelayakan sebagai calon apabila terlibat dalam satu dakwaan kes jenayah berikutan suatu perhimpunan awam dan telah dikenakan denda sebanyak RM 2,000.

Manakala Nurul Izzah pula didakwa menggunakan taktik kotor serangan peribadi terhadap pesaingnya di Parlimen Lembah Pantai, Raja Nong Chik berkaitan isu pembelian tanah dan harta, selain menuduh bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu sebagai rasis.

Mengulas lanjut, Hafarizam berkata, kesemua petisyen yang difailkan BN berasaskan kepada fakta dan bukti kukuh dan tidak menjadikan jumlah petisyen difailkan Pakatan Rakyat yang sebagai satu isu besar.

"BN pada mulanya nak failkan 50, tapi selepas kita adakan mesyuarat bersama peguam-peguam BN seluruh Malaysia, kita lihat secara fakta dan aduan serta bukti yang ada, kita telah kurangkan kepada 21. Atas alasan kita mahukan kes yang ada asas untuk dibicarakan dan bukan atas tujuan politik.

"Kedua ialah dalam 21 petisyen, ada satu petisyen tidak melibatkan fakta, rasuah atau perjalanan PRU. Tetapi melibatkan intepretasi undang-undang sama ada (seseorang) layak menjadi Ahli Parlimen atau tidak.

"Maknanya petisyen ini bukan nak tunjuk kita tak puas hati sebab kalah, tetapi mahu undang-undang tidak dipandang remeh, sebaliknya kelayakan menjadi calon parlimen atau DUN adalah paling utama sebelum seseorang dilantik," katanya lagi.

Jelas Hafarizam lagi, BN mempunyai lima alasan kukuh mengapa petisyen difailkan iaitu mahu membuktikan pembangkang terlibat dalam kegiatan rasuah dan taktik menakut-nakutkan pengundi dengan cara tidak wajar.

"Ketiga, tentang perjalanan PRU yang dibuat SPR tak mematuhi piawaian undang-undang. Keempat berkenaan kertas undi rosak ditolak tanpa mengikut alasan seperti dalam peraturan perjalanan PRU. Kelima berkaitan kelayakan seseorang menjadi calon."

Terdahulu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur pada hari ini mengumumkan BN memutus untuk memfailkan 21 petisyen Plihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Jelasnya BN tidak mahu membangkitkan isu remeh di mahkamah, selain yakin petisyen yang difailkan itu mempunyai asas kukuh serta merit yang wajar untuk dipertimbangkan.

PKR, PAS dan DAP memfailkan sebanyak 35 petisyen, meliputi 25 petisyen kerusi parlimen dan 10 petisyen kerusi Dewan Undangan Negeri PRU13.

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Monday, March 18, 2013

SELEPAS NURUL IZZAH & TIAN CHUA, KINI DAP PULA PERLEKEH PASUKAN KESELAMATAN DI LAHAD DATU





Apa kecoh-kecoh ni DAP?

Selepas Tian Chua menggelar wira kita sebagai ‘mati katak’ & Nurul Izzah pula menyifatkan wira kita yang gugur di Lahad Datu dari Pasukan Gerakan Am & Special Branch sebagai tidak relevan dan patut dimansuhkan sahaja, kini tiba pula giliran DAP memperlekehkan kemampuan pasukan keselamatan kita.

Berikut adalah petikan artikel dari lidah rasmi DAP, The Rocket. Artikel sama turut disiarkan di portal pro pembangkang, Malaysian Insider.

Ops Daulat is taking too long!

The issue that I would like to highlight this time is the slowness of the operations that is going on on the ground.
It’s been over a month. The government’s Ops Daulat has deployed seven battalions to flush out the armed criminals.
One battalion can consist anywhere between several hundred to a thousand troops or individuals. So you can imagine seven battalions.
I wonder how difficult is it for our security forces to clear out 200 people from a village?

DAP dengan sinis memperlekehkan kemampuan pasukan keselamatan kita. DAP tanya, dengan 7 batalion ditempatkan di Sabah, mengapa susah sangat nak keluarkan 200 orang dari satu kampung?

DAP ingat pengganas Sulu tu semua dok setempat macam batang lidi dalam penyapu ke? Kalau dok berkumpul setempat, memanglah dah lama kena gempur. Tapi mereka sekarang dah berpecah-pecah dalam kumpulan kecil, 2 hingga 3 orang, dan dah menyelinap dalam hutan.

DAP ingat senang ke nak cari pengganas yang dah biasa perang gerila dan sedang bersembunyi dalam hutan? DAP ingat hutan kat Sabah tu kecik macam padang sekolah ke, 10 minit dah boleh jumpa semua pengganas Sulu tu?

Heiiiii DAP. Kalau tak tahu apa-apa, tolong duduk diam. Jangan suka sangat memperlekehkan pasukan keselamatan yang sedang berjuang demi agama, bangsa dan negara!

Apa kecoh-kecoh ni DAP?

Monday, March 11, 2013

CINA BANGSAR KUTUK NURUL IZZAH KERANA HINA POLIS YANG TERKORBAN DI SABAH



Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Ekoran tindakan Nurul menghina anggota polis yang terkorban di Lahad Datu & Semporna, segenap lapisan rakyat Malaysia telah bangkit mengutuk tindakan Nurul.

Kali ini, aku siarkan surat dari pengundi Cina Bangsar yang disiarkan di portal The Mole mengutuk tindakan tak bertanggungjawab Nurul.

Harry Kwok

"I would not have written this if not for the fact that ever since this Lahad Datu incident erupted, the Pakatan Rakyat personalities have been making one disparaging remark or other over the situation.

On Feb 16, my Bangsar neighbours and I had attended a Chinese New Year gathering held by Pakatan Rakyat in Lucky Garden, Bangsar.

When Nurul Izzah took the floor, I was no less than shocked and appalled that she began to criticise our police and campaigned for restructuring the force.

I was shocked because it was terribly inappropriate for her to talk in such manner seeing that our police were already facing a dangerous stand-off in Lahad Datu at the time. There were no words of solidarity and prayers, just sarcasm and criticism.

Nurul Izzah said, "WE DO NOT NEED THE GENERAL OPERATIONS FORCE" (exact words, which she repeated few times) and her main argument was that "there is no more communist threat to the country" upon which she immediately went on an unnecessary snide remark about the Government has already prohibited Chin Peng from coming back to Malaysia.

Our GOF or Pasukan Gerakan Am have served this country well and is she unaware of the numerous duties of the GOF since the communist threat was eradicated in 1989? I should think as an MP she should at least understand her subject before blasting it off to the rakyat.

YB Nurul also said that the police Special Branch department “MUST BE ABOLISHED” (again her exact words), and incredulously suggested the officers re-assigned to become 'pegawai penyiasat'—to work on missing person cases, no less.

By this time I was reasonably appalled, not just at her speech, but also at the crowd whom applauded for her.

Don't these people realise what the Special Branch role is and how much they have contributed to our national security? It is unfortunate that many of the Special Branch successes are held confidential, but how ignorant can one be to suggest this important line of defence and intelligence gathering be scrapped and re-assigned as Investigating Officers for street crimes?

I left the talk with a bitter taste in my mouth. Days later, my heart sank, when the news reported that GOF and Special Branch officers were killed in Sabah by the Sulu gunmen.

At the same time reports started surfacing of Tian Chua's tweets belittling the Lahad Datu incident as a ‘Wag the Dog’ drama.

All this makes me wonder what kind of Opposition do we have, at a time our brave men are risking their lives, the Pakatan leaders can only berate and mock?

I am disgusted, and I know now where my vote now stands. By the way, I am of Chinese descent, and I want to say not all of us are for the Opposition no matter what the Malaysian people may think.

We need politicians with real policies, not populist politicians who yell ‘change’, but have little sense of what they are saying.

This Lahad Datu incident made me realise how easily our peaceful country can turn into a nightmare.

Pray for our brave men, and please donate to the families of our fallen warriors. It's the least we can do when they have traded their lives for our peace and freedom—even that enjoyed by Pakatan leaders who constantly berate them."

"Wira Kita Perlukan Sokongan Bukannya Kritikan Membuta Tuli Dari Nurul Izzah"

Harry Kwok

"Saya menulis emel ini kerana sejak insiden Lahad Datu ini meletus, tokoh-tokoh Pakatan Rakyat telah mengeluarkan pelbagai kenyataan menghina mengenai konflik tersebut.
Pada Feb 16, saya telah menghadiri perhimpunan Tahun Baru Cina yang diadakan oleh Pakatan Rakyat di Taman Lucky, Bangsar.

Apabila Nurul Izzah berucap, saya amat terkejut apabila dia mula mengkritik pasukan polis kita.

Saya terkejut kerana adalah tidak sesuai untuk dia menghina pihak polis sebegitu sedangkan pihak polis sedang meghadapi konflik yang berbahaya di Lahad Datu pada masa itu. Tidak ada kata-kata perangsang dan doa untuk wira-wira kita, hanya sindiran dan kritikan yang dilemparkan.

Nurul Izzah berkata, "KAMI TIDAK PERLU PASUKAN GERAKAN AM" (yang diulangi beberapa kali) dan hujah utama beliau adalah bahawa "tidak ada lagi ancaman komunis dalam negara ini".

PGA atau Pasukan Gerakan Am telah lama berbakti kepada negara ini dan saya terkejut Nurul Izzah langsung tidak sedar pelbagai tugas PGA sejak ancaman komunis telah dihapuskan pada tahun 1989. Sebagai wakil rakyat dia sekurang-kurangnya harus memahami topik yang ingin diperkatakan sebelum bercakap mengenainya kepada rakyat.

YB Nurul juga berkata bahawa Cawangan Khas "MESTI DIHAPUSKAN" dan pegawainya ditugaskan semula sebagai 'pegawai penyiasat' untuk menyiasat kes orang hilang.

Pada masa ini saya terkejut, bukan hanya kerana ucapan beliau yag menghina polis, tetapi juga pada orang ramai yang bertepuk tangan untuknya.

Tidakkah mereka ini sedar apa peranan Cawangan Khas dan berapa banyak mereka telah menyumbang kepada keselamatan negara kita? Agak malang bahawa banyak kejayaan Cawangan Khas dirahsiakan demi keselamatan negara, tetapi bagaimana boleh seseorang menjadi begitu jahil sehingga tugas penting perisikan demi keselamatan negara hendak dihapuskan semata-mata untuk menambah jumlah Pegawai Penyiasat bagi jenayah jalanan?

Saya meninggalkan ceramah tersebut dengan rasa amat kecewa. Beberapa hari kemudian, hati saya tersentuh apabila berita melaporkan bahawa anggota PGA dan pegawai Cawangan Khas telah terkorban  di Sabah demi mempertahankan negara dari pencerobohan pengganas Sulu.

Pada masa yang sama, Tian Chua mula mengeluarkan tweet yang memperkecilkan kejadian Lahad Datu sebagai sebuah sandiwara Kerajaan.

Semua ini membuatkan saya tertanya-tanya apakah jenis pembangkang yang ada di negara kita? Pada  masa wira kita sedang mempertaruhkan nyawa mereka bagi mempertahankan negara, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hanya boleh mencaci dan memperolokkan pengorbanan mereka?

Saya berasa jijik, dan saya tahu siapa yang bakal saya undi sekarang. Saya adalah rakyat Malaysia berketurunan Cina, dan walaupun ramai orang beranggapan undi Cina adalah untuk pembangkang, ingin saya jelaskan tidak semua kaum Cina berfikiran sebegitu.

Kita memerlukan ahli-ahli politik dengan dasar sebenar, bukan ahli politik populis yang hanya tahu menjerit 'perubahan', tetapi langsung tidak tahu apa yang mereka perkatakan.

Insiden Lahad Datu ini membuatkan saya sedar betapa mudahnya negara kita yang aman boleh bertukar menjadi mimpi ngeri.

Berdoalah untuk wira-wira kita, dan bantulah keluarga pahlawan-pahlawan kita yang gugur mempertahankan keselamatan kita. Itulah sekurang-kurangnya kita boleh lakukan untuk para wira yang mengorbankan nyawa bagi menjamin keamanan dan kebebasan yang dinikmati oleh pemimpin Pakatan yang sentiasa mencaci mereka. " 

Saturday, March 9, 2013

NURUL IZZAH PERLEKEH PENGORBANAN POLIS DI LAHAD DATU & SEMPORNA



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?


Tak cukup dengan Tian Chua menuduh tragedi Lahad Datu sebagai konspirasi UMNO dan anggota keselamatan yang terkorban sebagai 'mati katak', kini Nurul Izzah pula masuk campur dengan menuntut supaya Pasukan Gerakan Am dan Cawangan Khas dimansuhkan kerana kononnya mereka 'tidak lagi diperlukan'.


Apa kata Nurul Izzah? Boleh tonton sendiri video ni.


“General Operation Force (Pasukan Gerakan Am) untuk lawan komunis dulu. You do not need, okay, General Operation Force now. Komunis semua, Chin Peng pun BN tak bagi mai balik Malaysia. Okay? So you do not need anymore General Operation Forces. Polis dah cukup. You hanya perlu mansuhkan Special Branch (Cawangan Khas)


Inilah dasar orang tak mengenang budi. Anggota Pasukan Gerakan Am dan Cawangan Khas adalah antara wira kita yang terkorban di Lahad Datu dan Semporna semasa mempertahankan kedaulatan negara dari pencerobohan pengganas Sulu. Dua orang wira dari Pasukan Gerakan Am mengorbankan nyawa mereka demi ibu pertiwi di Sabah!


Tapi ada tak Nurul hargai pengorbanan mereka? Haram tak ada, malahan pengorbanan mereka diperlekehkan, kononnya kewujudan mereka langsung tidak diperlukan lagi!


Nurul kata Pasukan Gerakan Am hanya untuk lawan komunis, jadi bila komunis dah takda, Pasukan Gerakan Am wajib dibubarkan.


Amboiii, sedapnya kau cakap Nuruuul.. Inilah apa yang jadi bila orang bebal berlagak pandai.


Nurul, setelah ancaman komunis tamat, fungsi Pasukan Gerakan Am telah dipinda untuk menjaga keselamatan di sempadan & perairan negara, mengawasi ancaman pencerobohan pendatang asing, anti pengganas dan menjaga ketenteraman awam. Semua ini adalah tugas yang mereka jalankan dari dulu sehingga sekarang termasuklah di Lahad Datu dan Semporna. Dan demi menjalankan tugas, nyawa digadaikan.


Nampak sangat Nurul Izzah buta sejarah dalam menidakkan jasa Pasukan Gerakan Am selama ini!


Bukan setakat menafikan kepentingan Pasukan Gerakan Am, malahan Cawangan Khas pun Nurul Izzah desak supaya dihapuskan!

Apa kata Nurul?

“Polis dah cukup. You hanya perlu mansuhkan Special Branch (Cawangan Khas).”

Nurul, anggota Cawangan Khas nilah yang bertungkus-lumus melakukan risikan terhadap ancaman pengganas Sulu di Sabah hingga akhirnya 4 wira dari Cawangan Khas terkorban di Lahad Datu & Semporna.

Kita tak perlu Cawangan Khas, Nurul?

Bila kau kata kita tak perlukan Pasukan Gerakan Am & Cawangan Khas, maknanya kau langsung tak mengiktiraf peranan mereka dalam menangani konflik di Sabah!

Walaupun Nurul Izzah tak menghargai jasa mereka, aku yakin rakyat Malaysia lain akan sentiasa menyanjung tinggi pengorbanan wira-wira negara!


Kita akan sentiasa mengingati jasa anggota Pasukan Gerakan Am dan Cawangan Khas yang terkorban di Lahad Datu & Semporna. Namamu akan sentiasa terpahat megah dalam lipatan sejarah tanah airku Malaysia sebagai WIRA!!



Sunday, October 14, 2012

NURUL IZZAH HARAP MUKA JE CANTIK TAPI SUKA BUAT FITNAH?



Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Aku baru lepas baca akhbar Star hari ni. Ada artikel menarik pasal perebutan jawatan MB Selangor antara Khalid Ibrahim & Azmin Ali.

Tapi yang agak menariknya, ada juga ulasan mengenai Nurul Izzah.

Aku kongsikan sekali di sini.

There has also been talk about positioning Nurul Izzah as the next MB, and Taman Medan, a state seat in Selangor, has been named as a possible constituency for her. It is not an implausible scenario because Datuk Seri Dr Khir Toyo was only slightly older than her when he was plucked from obscurity for the post.
But her problem is that, intellectually, she has not measured up to her generational peers like Rafizi Ramli or Rembau MP Khairy Jamaluddin. She has not shone in Parliament compared to several other first-time MPs. Without her father’s name, she would be just another pretty and ambitious politician.
Her other problem is that she seems to be modelling herself after the eccentric Batu MP Tian Chua whom not many people take seriously these days. They like to pursue sensational and gimmicky issues without proper research and when proven wrong, they simply move on to a new issue. Over time, such incidents affect one’s credibility.
For instance, Nurul Izzah went to town about the Defence Ministry submarine that could not dive. She got loads of publicity but when the submarine dived in the sea off Sabah with no less than the King on board, she behaved as though she had never talked about it.
Nurul Izzah is a good ceramah speaker but has yet to show that she can think and argue factually in a debate. She has a lot of catching up to do and Azmin will see to it that she stays in Lembah Pantai.
Terdapat juga spekulasi kemungkinan Nurul Izzah dilantik sebagai MB seterusnya, dan Taman Medan, kerusi DUN di Selangor, telah dinamakan sebagai kawasan yang sesuai untuk Nurul. Ia bukan satu senario yang mustahil kerana Datuk Seri Dr Khir Toyo hanya tua sedikit daripada Nurul apabila dilantik sebagai MB.

Tetapi masalahnya ialah secara intelektual, dia tidak standing dengan  ahli politik dari generasinya seperti Rafizi Ramli atau Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. Dia tidak menyerlah di Parlimen berbanding dengan beberapa Ahli Parlimen baru yang lain. Tanpa nama bapanya, dia hanya sekadar seorang ahli politik berwajah cantik dan bercita-cita tinggi.

Masalah lain beliau adalah bahawa dia seolah-olah menampilkan dirinya mengikut gaya Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, yang tidak dipandang serius oleh rakyat pada hari ini. Nurul dan Tian Chua hanya suka menggembar-gemburkan isu-isu sensasi untuk menarik perhatian orang ramai tanpa menyelidik sesuatu isu itu dengan mendalam terlebih dahulu. Apabila terbukti salah, mereka akan cuba menimbulkan isu sensasi yang baru pula. Apabila Nurul dan Tian Chua sering terperangkap dengan cerita sensasi palsu yang dibuat, ianya sudah pasti menjejaskan kredibiliti mereka.

Sebagai contoh, Nurul Izzah pernah kecoh tentang kapal selam Kementerian Pertahanan yang kononnya tidak boleh menyelam. Beliau mendapat banyak publisiti tetapi apabila kapal selam tersebut menyelam di perairan Sabah dengan kehadiran Yang diPertuan Agong di atas kapal selam tersebut, dia berlagak seolah-olah dia tidak pernah bercakap mengenai isu berkenaan.

Nurul Izzah adalah seorang penceramah yang baik tetapi dia masih belum mampu berfikir dan berhujah secara rasional dalam perbahasan. Dia masih banyak ketinggalan dan Azmin sudah tentunya akan memastikan bahawa Nurul Izzah kekal di Lembah Pantai dan bukannya berpindah ke Selangor.

Memang betul Tian Chua dan Nurul Izzah suka buat fitnah. Siapa boleh lupa bila Tian Chua kantoi kerana photoshop gambar PM bersama Altantuya? Siapa boleh lupa bila Tian Chua sengaja rempuh polis semasa perhimpunan Bersih yang pertama dan selepas itu buat cerita kononnya polis yang serbu dia?

Dan manusia kaki fitnah dan penipu inilah yang menjadi idola Nurul Izzah. Hubungan mereka begitu intim sehingga timbul tanda tanya sama ada Nurul Izzah kah anak pemimpin pembangkang Melayu yang dimaksudkan apabila Raja Petra mengesahkan bahawa Tian Chua mempunyai hubungan sulit dengan anak seorang pemimpin pembangkang Melayu.  

Dengan idola seperti Tian Chua dan Papa Hebat, maka tidak hairanlah Nurul Izzah pun jadi kaki fitnah dan kaki penipu juga.

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Wednesday, September 26, 2012

JET MEWAH ANWAR LEBIH MURAH DARI AIR ASIA? BIAR BETUL, TIAN CHUA?


Apa kecoh-kecoh ni Tian Chua?

Selama ni pemimpin-pemimpin pembangkang cukup gemar mengutuk pemimpin Kerajaan, kononnya bermewah-mewah dan tak pandai berjimat. Mereka juga suka mendabik dada kononnya mereka sentiasa berbelanja secara berhemah dan berjimat. Kalau nak terbang pun, pakai Air Asia je sebab nak berjimat.

Tapi bila Anwar dan kuncu-kuncunya pergi ke Labuan baru-baru ni, mengapa pakai jet mewah dan bukannya naik Air Asia?

Ni jawapan dari kuncu Anwar, Tian Chua.

Tian Chua berkata, adalah lebih murah dan menjimatkan menyewa jet peribadi berbanding pesawat komersial.

Biar betul, Tian Chua? Sewa jet mewah lebih murah dari naik kapalterbang biasa macam Air Asia? Kalau macam tu, lain kali aku nak pergi bercuti, aku pun nak sewa jet mewah lah!!

Sekarang mari kita bandingkan kos sewa jet mewah dengan kos naik Air Asia.

Kos sewa jet mewah adalah hampir RM50,000 sehari. Katakanlah dia sewa jet untuk ke  Labuan pagi dan balik  KL petang, maka bayaran sewa jet ialah RM50,000.

SEWA RM50,000 SAHAJA!!!

UISHHH!!! MURAHNYA SEWA JET MEWAH!!

Bandingkan pula dengan kos naik Air Asia.

Nak kira tambang, kita kena tahu ada berapa penumpang.

Selain Anwar dan Tian Chua, mereka yang turut dilihat berada dalam pesawat itu adalah Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Ketua PKR Terengganu, Abdul Rahman Yusof.

Menurut saksi, ada 6 orang penumpang.

Memandangkan Anwar dan rombongannya pergi ke Labuan pada 15 September bersamaan hari Sabtu, maka kita dapatkan kos tiket pergi balik untuk hari Sabtu juga.

Sekarang berapa kos tiket pergi balik dari KL ke Labuan?

Nah, ni diaa!!



Kalau bertolak hari Sabtu, tambang tiket pergi balik bagi ialah sebanyak RM705 bagi setiap penumpang.

RM705 x 6 penumpang = RM4,230

Sekarang bandingkan kos sewa jet mewah dengan kos naik Air Asia:

RM50,000 – RM4,230 = RM45,770.

KOS SEWA JET MEWAH UNTUK PERGI BALIK KE LABUAN ADALAH LEBIH MAHAL SEBANYAK RM45,770 BERBANDING KOS NAIK AIR ASIA!!

Ni baru kira trip pergi ke Labuan, belum campur kos trip ke Kota Kinabalu, Kuching dan lokasi-lokasi lain. Harus diingat, ini bukan kali pertama Anwar menggunakan khidmat jet mewah. Kalau diambilkira jumlah penerbangan ke lokasi-lokasi, berapa puluh kali agaknya dia gunakan jet mewah ni? 

KALAU DICAMPURKAN KOS KE LOKASI-LOKASI LAIN MAHU JADI JUTA-JUTA PERBEZAAN HARGA AGAKNYA!!

Jadi tang mana yang jimat dan lebih murah sebenarnya Tian Chua? Belanja mewah sampai juta-juta macam ni kau kata berjimat?

Aku cukup gerun kalau orang-orang macam ni menang pilihanraya dan bentuk Kerajaan Persekutuan. Aku rasa tak sampai setahun dah habis duit rakyat dirompaknya. Mau bankrap Malaysia dibuatnya!!

Apa kecoh-kecoh ni Tian Chua? 

Tuesday, September 25, 2012

ISU JET MEWAH ANWAR: SIAPA PENIPU? ANWAR, NURUL ATAU TIAN CHUA?



Apa kecoh-kecoh ni Anwar, Nurul & Tian Chua?

Aku cukup peninglah dengan telatah 3 Stooges dari PKR ni.

Sorang cakap lain, sorang lagi cakap lain, yang lagi sorang pun cakap lain.

Siapa yang menipu sebenarnya?

Anwar kata: “Jet mewah tu ditaja pihak ketiga.”

Nurul Izzah kata: “Jet mewah itu kawan Papa Hebat yang pinjamkan.”

Tian Chua kata: “Jet mewah tu kami sewa.”

SIAPA YANG CAKAP BENAR, SIAPA YANG MENIPU NI?

Nampak sangat geng-geng PKR ni semuanya kaki penipu, benda mudah macam ni pun tak boleh nak bagi jawapan yang sama.

Poning kopalo den!!

Apa kecoh-kecoh ni Anwar, Nurul & Tian Chua?

Friday, September 21, 2012

ANWAR IBRAHIM & TIAN CHUA BARU TUNJUK MUKA DI LABUAN DAH NAK EKSYEN!!



Apa kecoh-kecoh ni Anwar Ibrahim & Tian Chua?

Pada 15 September lepas, sehari sebelum ulangtahun cubaan rampasan kuasa oleh Anwar Ibrahim, dia telah pergi ke Labuan. Dia ditemani ramai pemimpin Pakatan dari PKR, PAS & DAP termasuklah Tian Chua.

Semasa di Labuan, Tian Chua telah keluarkan tweet ini yang merupakan petikan dari ucapan Anwar:

@AnwarIbrahim: We challenge WP Minister@RajaNongChik 2come here, show ur concern4 people's welfare. Whr is ur commitmt?

Kami cabar Menteri WP @RajaNongChik utk ke mari, tunjukkan keprihatinan kamu kpd kebajikan rakyat. Mana komitmen kamu?

Haiiii.. Anwar kena sampuk dengan hantu laut kat Labuan ke sampai meroyan macam ni?

Anwar ni turun Labuan untuk kempen PRU sahaja, lepas tu dabik dada mengaku dia prihatin pasal masalah rakyat Labuan, padahal sebelum ni bayang pun tak pernah nampak!

Kalau kita baca tweet tu, seolah-olah Dato’ Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar tak pernah turun Labuan. Ya ke?

Anwar, sebab kau bebal, aku nak bagi tahu sikit, Dato’ Raja Nong Chik antara Menteri Wilayah Persekutuan yang paling kerap datang menziarahi penduduk Labuan. Hampir tiap-tiap bulan dia turun menyelami masalah penduduk Labuan sehinggakan timbul desas-desus kononnya beliau nak bertanding di Labuan!

Kalau dia tak kerap turun Labuan, takkan boleh timbul khabar angin macam tu kan?

Untuk makluman kau Anwar, dua minggu lepas Dato’ Raja Nong Chik telah turun ke Labuan untuk berhari raya bersama penduduk Labuan.

Semasa bulan Ramadhan pula, beliau telah turun untuk berbuka puasa, menunaikan solat Tarawikh malah turut bersahur bersama rakyat Labuan.

Turun kerap macam tu pun kau kata tak cukup lagi, Anwar?

Aku nak tanya kau sikit, kau tu berapa kerap turun ke Labuan jumpa rakyat?

Setahu aku, selepas PRU 2008, sekali pun kau tak pernah turun ke Labuan.

Dah bertahun-tahun tak turun Labuan, ada hati nak mengaku prihatin masalah rakyat Labuan? Poooodah chittt!!!!

Lepas tu berani pula cabar Dato’ Raja Nong Chik turun Labuan, padahal Menteri turun Labuan hampir tiap-tiap bulan!

Nampak sangat Anwar ni kaki kelentong, bagi ucapan pun pakai tembak je, tak pernah buat research.

Orang buta pun boleh nampak kau ni kaki kelentong lah Anwar!!

Apa kecoh-kecoh ni Anwar?