Showing posts with label SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label SELANGOR. Show all posts

Wednesday, June 10, 2015

SIAPA PILIHAN HATI AZMIN?


Apa kecoh-kecoh ni Azmin Ali?

Sekarang ni Azmin Ali dalam dilema, tak boleh nak tidur lena. Bila mata terpejam asyik terbayang wajah dua rupawan – seorang manis bertudung litup, seorang seksi berpakaian cheongsam. Mana satu pilihan hati?

Mahfuz Omar dari PAS telah beri kata dua kepada Azmin Ali, Menteri Besar Selangor dari PKR – pilih PAS atau DAP sebagai rakan pentadbir di Selangor. Ugutan yang sama turut dibuat oleh Tony Pua dari DAP.

Jadi sekarang Azmin Ali dalam dilema. Dia terhutang budi kepada PAS dan Haji Hadi kerana dia hanya berjaya menjadi Menteri Besar berkat sokongan PAS. Kalau tak, Wan Azizah yang jadi Menteri Besar.

Pada masa yang sama, perjuang PKR sebagai parti liberal dan sekular lebih mirip dengan perjuangan DAP berbanding PAS yang memperjuangkan negara Islam.

Mimpi indah Azmin Ali kini bakal bertukar jadi mimpi ngeri!


Apa kecoh-kecoh ni Azmin Ali?

PAS VS DAP – SIAPA MEMBELIT, SIAPA TERBELIT?



Apa kecoh-kecoh ni PAS dan DAP?

Susulan keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP, maka Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan Tony Pua di Selangor pula telah memberikan kata dua kepada PAS – letakkan semua jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor!!

Maka kelam-kabutlah PAS cuba mempertahankan kedudukannya di Selangor dan Pulau Pinang.

Ini komen Lim Guan Eng:

Menurut Guan Eng. apa yang membuatkan beliau tidak faham ialah kenapa pemimpin-pemimpin Pas seolah-olah tidak berani membuat tindakan susulan yang logik iaitu mengeluarkan arahan peletakan jawatan kepada wakilnya dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Katanya, ini adalah kerana usul Dewan Ulama yang menggesa parti itu dan Majlis Syura Ulama memutuskan hubungan dengan DAP diterima secara muktamad pada Muktamar Pas ke-61 minggu lalu.

Beliau turut bertanyakan kepada kepimpinan Pas: “Adakah pertahankan jawatan lebih penting daripada prinsip?”

“Kalau pemimpin-pemimpin Pas ada amalan yang jelas, pasti serta konsisten, berpeganglah kepada prinsip. Cakaplah serupa bikin. Sebelum ini mereka menerima usul bagi memutuskan hubungan dengan DAP, kini mereka kata perlu rujuk (Majlis Syura Ulama) pula. Mereka sepatutnya guna perkataan rujuk bukan terima.

“Mungkin sekarang mereka terpaksa membuat keputusan melepaskan jawatan, oh.. sekarang mereka cuba pusing balik. Adakah ini perkara pertama yang dilakukan oleh kepimpinan baharu Pas? Ini saya rasa akan dipersoalkan,” katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, Pas tidak perlu memutar belit kenyataannya sendiri dengan memberi alasan bahawa usul memutuskan hubungan dengan DAP itu perlu dirujuk kepada pihak lain pula kerana sudah jelas parti berlabel Islam itu telah menerima usul berkenaan.

“Kalau begitu, kenapa mereka menggunakan perkataan usul itu diterima? Sebagai parti yang berpengalaman dan matang, takkan awak guna perkataan diterima? Kalau cakap rujuk, kena guna perkataan dirujuk bukan diterima? Apa maksud diterima? Saya rasa kita tidak perlu berbelit-belit dalam hal ini. Kalau hendak putus, kita terima keputusan tetapi ambil tindakan susulannya,” katanya.

Ada penyokong PAS yang cuba beri justifikasi, kononnya yang memutuskan hubungan ialah DAP dahulu di mana DAP Sabah dan Sarawak telah menendang PAS Sabah dan Sarawak keluar dari Pakatan Rakyat manakala DAP Pusat sendiri telah memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Haji Hadi. Maka tidak salah untuk PAS pula memutuskan hubungan dengan DAP.

Tapi PAS tidak sedar jarum halus DAP yang cuba untuk mencucuk PAS agar melatah.

JIka kita lihat, di Sabah dan Sarawak pengaruh PAS memang hampir tiada, jadi DAP tidak memerlukan bantuan PAS untuk menang kerusi di negeri-negeri tersebut. Maka tiada masalah jika DAP putuskan hubungan dengan PAS. Cuba lihat negeri-negeri di Semenanjung, ada DAP negeri yang berani putuskan hubungan? TAKDA!!! Kerana mereka sedar, tanpa bantuan PAS, susah nak menang.

Begitu juga tindakan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS. DAP dah nyatakan mereka masih boleh bekerjasama dengan pemimpin PAS lain, jadi urusan pentadbiran seharian masih boleh dijalankan. Tiada impak langsung bila putus hubungan dengan Presiden. Selepas putus hubungan pun, PAS masih bantu DAP & PKR semasa PRK Permatang Pauh.

Tapi bila PAS melatah dan putuskan hubungan secara keseluruhan dengan DAP, jelaslah PAS sudah terperangkap dengan mainan politik DAP.

Bila PAS putuskan hubungan,  DAP cepat-cepat mencanangkan kononnya pimpinan PAS tiada pendirian tetap dan hanya gilakan jawatan dan kuasa kerana tidak sanggup meletak jawatan dalam kerajaan negeri.

Dan boneka DAP dalam PAS seperti Mat Sabu dan Mujahid yUSOF cepat-cepat letak jawatan dan cabar pemimpin PAS lain buat perkara yang sama. Kalau tak buat memang gila jawatan dan kuasa.

Jadi PAS pun dah terbelit. Nak tarik balik keputusan putuskan hubungan, Muktamar PAS dah setuju. Kalau nak teruskan tapi tak nak letak jawatan, nampak macam PAS gila kuasa.

Jadi macam mana?

DAP membelit, PAS terus terbelit!!

Apa kecoh-kecoh ni PAS & DAP?

Sunday, May 17, 2015

PERGI BALIK KELANTAN LAH, PAS!!!



DAP LARANG PAS ADAKAN MUKTAMAR DI SELANGOR
Teng Chang Khim berkata, hasrat PAS mahu menganjurkan program besar di Selangor jelas memperlihatkan parti Islam itu tidak menghormati pendirian tuan rumah.
 SHAH ALAM – Berang dengan PAS Kelantan yang mengecam tindakan Lim Kit Siang berceramah mengenai hudud di Kota Bharu baru-baru ini, DAP Selangor hari ini tampil mempertahankan ‘bosnya’ itu.
Seolah-olah mahu membalas dendam, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, PAS tidak perlu mengadakan sebarang program utama di negeri ini jika sudah mengetahui kerajaan negeri Selangor menolak sebarang usaha untuk melaksanakan hudud.
Tegasnya, hasrat PAS mahu menganjurkan program besar di Selangor jelas memperlihatkan parti Islam itu tidak menghormati pendirian tuan rumah.
“Kenapa pula kamu (PAS) datang ke Selangor yang tidak mahu melaksanakan hudud, untuk memperjuangkan hudud?
“Selangor bukan rumah kamu! Bila kamu menghormati Selangor?” katanya dalam laman Facebook hari ini.
Beliau mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menempelak Kit Siang yang merupakan Penasihat DAP kerana menyanggah pelaksanaan hudud dan pada masa sama dilihat cuba mengajar rakyat negeri itu berhubung hukum berkenaan dalam ceramah yang berlangsung di Kota Bharu, Ahad lalu.
Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS dalam nada sinis berkata, Kit Siang bukanlah individu yang layak untuk memperkatakan tentang undang-undang Islam, apatah lagi mengajar masyarakat perkara berkaitan hudud.
Dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Kota Bharu di Padang Perdana, Kit Siang memanfaatkan ruang untuk menyanggah pelaksanaan hudud di Kelantan serta mempersoalkan komitmen kerajaan negeri di hadapan kira-kira 1,000 penyokong PAS.
Ceramah tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya sedar Kit Siang sememangnya merupakan individu yang menolak hudud, namun beliau sepatutnya menghormati Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang meluluskan enakmen berkaitan hudud secara sebulat suara oleh wakil rakyat.
Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pula memberitahu, PAS Kelantan telah bermesyuarat kelmarin dan bersetuju memanggil pemimpin PAS Kawasan Kota Bharu untuk memberi penjelasan lanjut berhubung isu itu.
Sementara itu, Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 dijadualkan berlangsung dari 4 sehingga 6 Jun ini di Kuala Selangor.

Apa kecoh-kecoh ni Teng Chang Khim?

Wah, garangnya DAP Selangor sampai tak bagi PAS buat muktamar! Kena halau balik pergi Kelantan!

Eh, Kerajaan Negeri Selangor ni wakil rakyat semua dari DAP dan PKR ke? Takda langsung wakil rakyat PAS? Ada kan? Habis tu apa hak DAP nak tolak PAS dari Selangor sedangkan dalam Kerajaan Negeri sendiri ada wakil rakyat PAS yang jelas menyokong hudud. Tapi yang sokong ni tak termasuk puak liberal PAS lah, macam Hanipa Maidin, Khalid Samad dan Saari Sungib.

Mungkin kerana adanya sokongan dari dalam PAS sendiri maka makin berani DAP membuli kepimpinan PAS. Ya lah, kalau Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, sendiri sokong pendirian anti Islam Lim Kit Siang, maknanya lampu hijaulah untuk kutu-kutu DAP turut bantai PAS. Macam orang mengantuk disorongkan bantal lah.

Jadi kita tak boleh salahkan Teng Chang Khim dan DAP Selangor dalam hal ini.  Yang patut disalahkan puak liberal PAS diketuai Mat Sabu yang jadi musuh dalam selimut menghancurkan PAS dari dalam!

Apa kecoh-kecoh ni Teng Chang Khim?

Thursday, November 28, 2013

AZMIN BERSEKONGKOL GAJI NAIK MELAMPAU, TIBA2 NAK JADI HERO BANTAI KHALID


Apa kecoh-kecoh ni Azmin Ali & Khalid Ibrahim?

Baru-baru ni Khalid Ibrahim umumkan kenaikan gaji untuk kroni-kroninya dalam Kerajaan Negeri Selangor sehingga mencecah 400%.

Lepas tu bila rakyat merintih kerana pemimpin Pakatan lebih pentingkan tembolok sendiri berbanding penderitaan rakyat, Azmin pun cuba jadi hero.

Apa kata Azmin?

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini menggesa kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu agar penilaian semula dengan kadar berpatutan dapat dilakukan.
Azmin berkata biarpun BBC tidak menolak kenaikan gaji tersebut, kadar yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah terlalu tinggi.
Menurut Adun Bukit Antarabangsa itu, sepanjang tempoh cadangan pelaksanaan kenaikan gaji, Abdul Khalid tidak pernah berbincang dengan BBC.
"Kita tidak tahu bagaimana pelaksanaannya dan kerajaan negeri sudah umumkan semalam. Tidak ada perbincangan langsung yang dibuat bersama BBC," katanya yang juga merupakan ahli Parlimen Gombak dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.
Beliau pada masa turut menyatakan perasaan terkilan dengan Abdul Khalid yang telah membelakangkan kepentingan pendapat parti dalam pentadbiran kerajaan.
"Kita tidak pernah diberitahu dan kita mengharapkan bahawa berbincang dengan kita namun tidak ada. Yang kita persoalkan kenapa usul yang dibentangkan pada 19 November lalu dengan begitu cepat dilaksanakan.”
Apa pula kata Khalid?
“Usul ni kita dah bentangkan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor dan usul ini juga telah diluluskan oleh Dewan. Kenaikan gaji ni tetap akan dilaksanakan. Kalau ada ADUN yang tak setuju dengan kenaikan gaji ni, mereka boleh dermakan lebihan gaji tu.”
Keras betul bunyi si Khalid.
Soalan mudah aku kepada Azmin. Kau cakap BBC dan pucuk pimpinan parti tak tahu menahu tentang kenaikan gaji ni. Tapi kau sendiri mengaku yang usul ni dah DIBENTANGKAN & DILULUSKAN dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.
BBC dan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat Selangor semuanya adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Jadi mengapa semasa usul ini dibentangkan di DUN Selangor, tak seorang pun ahli BBC atau pucuk pimpinan Pakatan Rakyat yang membantah kenaikan gaji gila ni?
Sebelum satu-satu usul diluluskan, ada perbahasan dahulu. Dalam usul tu dinyatakan dengan jelas berapa kadar kenaikan gaji yang akan dilaksanakan, Jadi, semua ADUN dah tahu lebih awal berapa banyak peningkatan gaji yang akan diterima. Kau kan ADUN, Azmin, jadi semasa perbahasan, mengapa kau tak bangkitkan tentang kenaikan melampau ni? Lepas tu, semasa undian, mengapa tiada seorang pun yang mengundi menentang kenaikan melampau ni?
SEMUA ADUN PAKATAN MENYOKONG USUL KENAIKAN GAJI MELAMPAU SEMASA IA DIBENTANGKAN DI DUN SELANGOR!
Tapi bila rakyat dah marah, baru kau nak berdalih kononnya kau tak tahu pun pasal isu ni. Bila rakyat dah melenting, baru kau nak berlagak jaguh, konon nak membela kepentingan rakyat.
Pigiraaah Azmin, sandiwara basi macam ni dah tak laku.
Semua orang dah tahu, pemimpin Pakatan hanya pentingkan tembolok masing-masing sahaja, pergi mampuslah dengan rakyat!
Apa kecoh-kecoh ni Azmin Ali & Khalid Ibrahim?

Wednesday, November 27, 2013

MB SELANGOR KAYA RAYA, RAKYAT SELANGOR MENDERITA


Apa kecoh-kecoh ni Khalid Ibrahim?

Dalam keadaan rakyat Selangor merintih kerana tekanan hidup, Khalid Ibrahim senang-senang naikkan gajinya dan gaji kroni-kroninya dalam kerajaan Selangor.

Aku nak tanya sikit , antara tanggungjawab MB dengan tanggungjawab PM, yang mana lagi besar? Ini soalan mudah, sudah tentulah tanggungjawab PM!! PM jaga satu Malaysia, MB jaga satu negeri je!

Soalan berikutnya, antara tanggungjawab Exco dengan tanggungjawab TPM, yang mana lagi besar? Ini pun soalan senang jugak, sudah tentulah tanggungjawab TPM lagi besar dari tanggungjawab Exco!! TPM pun jaga satu Malaysia, EXCO jaga satu portfolio dalam negeri je!

Tapi, tapi, tapi.... kalau tanggungjawab PM jauh lagi besar dari tanggungjawab MB, mengapa gaji MB Selangor naik mencanak sampai jauh lebih tinggi dari PM?

Banyak ke naiknya?

Takdalah banyak sangat. Sikit jeeee…

Gaji ADUN naik 87% je…

Gaji Speaker naik  268% je.

Gaji Timbalan Speaker naik 373% je.

Gaji Exco naik 231% je.

Gaji MB naik 106% je.

Ini gaji sahaja tau, belum masuk kira elaun-elaun lagi!!

Gaji kakitangan Kerajaan Negeri Selangor?

Naik jugak!!

NAIK 0% JE!!! Hahahaha..

Kempuuuunan lah kakitangan Kerajaan Negeri Selangor. Kenaikan 1% pun TAK DAPAT!!!

Aku nak tanya sikit; antara MB, Exco, ADUN dan kakitangan Kerajaan Negeri, siapa yang lebih memerlukan kenaikan gaji?

Kalau ikut kepada kenaikan gaji yang diumumkan Khalid Ibrahim, yang lebih memerlukan kenaikan gaji sudah tentunya ADUN, Exco dan MB Khalid Ibrahim sendiri!

Kakitangan bawahan Kerajaan Negeri Selangor? Eh, diorang dah banyak duit, tak payah naik gaji pun dah mewah belanja. Macam tu lah logik akal Khalid Ibrahim.

Tahniah kakitangan Kerajaaan Negeri Selangor. Anda memang bertuah dapat majikan yang begitu prihatin terhadap penderitaaan kakitangan bawahan!

Apa kecoh-kecoh ni Khalid Ibrahim?

Tuesday, November 12, 2013

SKANDAL RASUAH PAKATAN DI MAJLIS PERBANDARAN KAJANG MAKIN HANGAT!


Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

Sebelum ni beria-ia Pakatan mendabik dada kerana kononnya pentadbiran mereka bersih dan telus, tapi kini satu demi satu skandal Pakatan mula terbongkar.

Yang terkini ialah pergolakan di antara ahli majlis Pakatan di Majlis Perbandaran Kajang dengan Yang Dipertua MPKj, Datuk Hasan Nawawi.

Pada 23 Ogos 2013, 24 ahli majlis Pakatan mengemukakan undi tidak percaya terhadap pentadbiran MPKj kononnya wujud penyelewengan dan rasuah di dalam pentadbiran MPKj.

Pada 9 Oktober 2013, 24 ahli majlis Pakatan sekali lagi mengemukakan undi tidak percaya dan mendesak Datuk Hasan Nawawi berundur dari jawatannya sebagai Yang Dipertua MPKj.

Bila undi tidak percaya ini tidak diendahkan Hasan, semua ahli majlis mengambil tindakan memboikot semua  mesyuarat lembaga dan jawatankuasa sehinggalah Hasan dilucutkan jawatannya.

Isyyy… Ini isu besar ni… Pakatan kan selama ni mengaku mereka telus. Kalau dah sampai kesemua 24 ahli majlis kata ada penyelewengan dan rasuah, kerajaan Selangor mesti ambil tindakan!!

Apa tindakan Kerajaan Selangor terhadap pemberontakan ahli majlis Pakatan ini? Adakah mereka berpihak kepada ahli majlis Pakatan?

TAKDA!!!

Sehingga kini, peranan kesemua 24 ahli majlis termasuklah kelulusan belanjawan dan perancangan kelulusan dijalankan secara terus oleh Menteri Besar sendiri, Khalid Ibrahim. Secara ringkasnya, dakwaan penyelewengan oleh ahli majlis tak diendahkan langsung oleh Khalid Ibrahim, malah ahli majlis semua ditolak ke tepi.

Sebelum ini, EXCO Kerajaan Tempatan Datuk Teng Chang Khim cukup terkenal dengan kelantangannya membongkar penyelewangan dan rasuah yang kononnya dibuat oleh BN, tapi bila disoal tentang skandal rasuah dan penyelewengan di MPKj, langsung tak berani buka mulut. Tunduk je, bibir kena kunci tak boleh cakap.

Mengapa mereka tidak berani bertindak terhadap MPKj?

Sumber dalaman memaklumkan, Datuk Hasan Nawawi sendiri mempunyai bukti penyelewengan dan salahguna kuasa oleh sekurang-kurangnya 10 ahli majlis Pakatan di MPKj yang menyalahgunakan kedudukan mereka sebagai ahli majlis untuk mendapatkan pelbagai kontrak dari MPKj.

Sekiranya tindakan diambil terhadap Datuk Hasan, beliau akan membongkar semua penyelewengan yang dilakukan oleh ahli-ahli majlis Pakatan.

Maka terdiamlah Kerajaan Selangor. Nak buat macam mana? Kalau diam tak ambil tindakan terhadap Hasan, nanti mereka dituduh bersubahat dan membenarkan penyelewangan di dalam MPKj. Tapi kalau diambil tindakan, habislah terbuka semua pekung Pakatan. Malu besarlah Kerajaan Selangor bila rakyat dapat tahu ahli majlis Pakatan yang sepatutnya membela rakyat, rupanya cuma berminat nak membolot dan merompak wang hak rakyat!!

Sekarang ni dah hampir 3 bulan kemelut di MPKj berpanjangan tanpa sebarang penyelesaian.

Aku nak tengok, sampai bila Pakatan dapat selindung skandal penyelewengan dan rasuah ni. Bak kata pepatah, bangkai gajah takkan dapat ditutup dengan nyiru.

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

p/s: Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca laporan ni dari FZ.com.


Wednesday, October 17, 2012

NURUL IZZAH KANTOI LAGI ISU BEKAS PENYEWA GERAI FLAT 4 TINGKAT KG KERINCHI!!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Kelmarin Nurul telah buat sidang media kononnya untuk membela nasib bekas penyewa gerai PKNS Flat 4 Tingkat Kerinchi.

Dalam sidang media berkenaan, Nurul Izzah mendakwa Kementerian Wilayah Persekutuan, DBKL dan pemaju bertindak zalim kerana tidak menyediakan gerai baru bagi bekas penyewa tersebut meneruskan perniagaan.

Berikut laporan yang dipetik dari Sinar Harian:

Status Penyewa Masih Samar

Sembilan bekas penyewa rumah kedai Flat 4 Tingkat Kerinchi masih keliru dengan status mereka walaupun sudah 6 bulan berpindah ke PPR.

Mereka berharap dapat memperoleh kedai baru untuk menyambung perniagaan.

Rosli Ahmad, 55, berkata pihaknya pernah merujuk perkara tersebut kepada pemaju dan DBKL namun jawapan diterima masih buntu.

“Nasib kami ibarat tergantung kerana apabila dirujuk, kami ditolak ke pihak satu lagi, begitulah sebaliknya,” katanya.

Sekali baca, nampak macam pemaju dan DBKL memang zalim. Tapi bila kita singkap kisah sebenar, barulah kita tahu siapa yang sebenarnya kaki penipu dan buat kacau.

Untuk makluman, kesemua peniaga ni menyewa gerai milik PKNS di Flat 4 Tingkat, Kg Kerinchi. PKNS yang berada di bawah kawalan Kerajaan Pakatan Selangor sebenarnya telah bekerjasama dengan pemaju untuk membangunkan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi.

Benda ni Nurul tak pernah cerita. Dia kata Kementerian Wilayah Persekutuan zalim, DBKL zalim, pemaju zalim tapi apa pasal dia tak pernah kata PKNS zalim padahal PKNS pun turut sama bekerjasama dalam pembangunan kawasan ni malah PKNS memang menjadi tuan punya gerai yang disewa mereka!!

Untuk makluman kawan-kawan, PKNS akan mendapat lot-lot kedai sebagai ganti apabila Flat 4 Tingkat Kerinchi dibangunkan kelak. Jadi, mereka memang menyokong pembangunan ini kerana ianya menguntungkan mereka.

Sekarang ni, penyewa ni semuanya menyewa dengan PKNS, habis tu apasal PKNS tak bantu tempatkan mereka di gerai-gerai di lokasi lain? PKNS kan banyak gerai di pelbagai lokasi. Tempatkanlah penyewa gerai PKNS di situ! Mengapa DBKL pula yang dipersalahkan Nurul Izzah?

Tapi sebab Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL prihatin, mereka tetap bantu para penyewa. Penyewa diberi pilihan sama ada mereka mahu ditempatkan di rumah PPR atau menyewa gerai.

Semua penyewa perlu membuat pilihan sama ada mahukan rumah PPR atau gerai. KESEMUA mereka telah memilih rumah PPR. Lihat sendiri Surat Akujanji ini. Ini bukti kukuh penyewa telah buat pilihan.


Baca pula surat ini. PKNS sendiri telah tulis surat kepada Nurul Izzah mengesahkan bahawa SEMUA penyewa gerai PKNS setuju untuk menyewa rumah PPR.

Jadi, bila penyewa kedai dah setuju menyewa rumah PPR, memang lah mereka takkan dapat gerai dari DBKL! Kalau nak sewa gerai, pilihlah nak sewa gerai! Ni dah pilih sewa rumah PPR, tiba-tiba kecoh pulak pasal tak dapat sewa gerai! Banyak lemak muka korang!!

Nurul Izzah lagi lah nampak hipokritnya! Terang-terang dia dah tahu penyewa kedai PKNS ni memang tak layak diberi tapak meniaga baru sebab dah pilih untuk menyewa rumah PPR. Surat tu pun datang dari PKNS sendiri dan jelas ditujukan untuk Nurul Izzah, tapi dia masih lagi nak berlagak macam heroin kononnya nak membela para peniaga.

Baca pula surat ini yang dihantar oleh pemaju kepada PKNS. Dalam surat ni jelas pemaju MERAYU kepada PKNS agar menangguhkan notis pengosongan kepada penyewa sehingga rumah PPR untuk mereka selesai disediakan. Kalau PKNS terus menghalau penyewa mereka keluar, duduk merempatlah mereka tanpa ada tempat berteduh.
Sekarang ni, siapa yang beria-ia nak halau keluar orang Melayu, siapa yang nak jaga kebajikan mereka?

Jawapannya: PKNS di bawah Kerajaan Pakatan Selangor yang nak halau Melayu keluar, pemaju yang bersungguh-sungguh nak bantu mereka!

Lepas tu ada hati pulak si Nurul Izzah nak sediakan sepanduk minta penyewa bergambar dengan dia!
Apa kata sepanduk tu?

Jutaan Terima Kasih kepada Nurul Izzah & Terima Kasih kepada PKNS.

Sendiri buat sepanduk, lepas tu puji diri sendiri. Memang muka tak malu betul Nurul Izzah! Bak kata pepatah, masuk bakul angkat sendiri! Padahal yang selama ni nak menggagalkan pembangunan Flat 4 Tingkat ialah Nurul Izzah sendiri, dan PKNS juga jelas beria-ia nak halau penyewa tu keluar cepat-cepat!

Pigirahh Nurul Izzah!! Benda jelas macam ni pun kau nak kelentong?

Sekarang kan dah pecah tembelang!!

Malulah ada Ahli Parlimen kaki penipu macam ni. Kau memang betul takda peranan di Lembah Pantai selain dari cetuskan perpecahan dan kekacauan, sesuai dengan gelaran NO ROLE IZZAH.

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Sunday, October 14, 2012

NURUL IZZAH HARAP MUKA JE CANTIK TAPI SUKA BUAT FITNAH?



Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Aku baru lepas baca akhbar Star hari ni. Ada artikel menarik pasal perebutan jawatan MB Selangor antara Khalid Ibrahim & Azmin Ali.

Tapi yang agak menariknya, ada juga ulasan mengenai Nurul Izzah.

Aku kongsikan sekali di sini.

There has also been talk about positioning Nurul Izzah as the next MB, and Taman Medan, a state seat in Selangor, has been named as a possible constituency for her. It is not an implausible scenario because Datuk Seri Dr Khir Toyo was only slightly older than her when he was plucked from obscurity for the post.
But her problem is that, intellectually, she has not measured up to her generational peers like Rafizi Ramli or Rembau MP Khairy Jamaluddin. She has not shone in Parliament compared to several other first-time MPs. Without her father’s name, she would be just another pretty and ambitious politician.
Her other problem is that she seems to be modelling herself after the eccentric Batu MP Tian Chua whom not many people take seriously these days. They like to pursue sensational and gimmicky issues without proper research and when proven wrong, they simply move on to a new issue. Over time, such incidents affect one’s credibility.
For instance, Nurul Izzah went to town about the Defence Ministry submarine that could not dive. She got loads of publicity but when the submarine dived in the sea off Sabah with no less than the King on board, she behaved as though she had never talked about it.
Nurul Izzah is a good ceramah speaker but has yet to show that she can think and argue factually in a debate. She has a lot of catching up to do and Azmin will see to it that she stays in Lembah Pantai.
Terdapat juga spekulasi kemungkinan Nurul Izzah dilantik sebagai MB seterusnya, dan Taman Medan, kerusi DUN di Selangor, telah dinamakan sebagai kawasan yang sesuai untuk Nurul. Ia bukan satu senario yang mustahil kerana Datuk Seri Dr Khir Toyo hanya tua sedikit daripada Nurul apabila dilantik sebagai MB.

Tetapi masalahnya ialah secara intelektual, dia tidak standing dengan  ahli politik dari generasinya seperti Rafizi Ramli atau Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. Dia tidak menyerlah di Parlimen berbanding dengan beberapa Ahli Parlimen baru yang lain. Tanpa nama bapanya, dia hanya sekadar seorang ahli politik berwajah cantik dan bercita-cita tinggi.

Masalah lain beliau adalah bahawa dia seolah-olah menampilkan dirinya mengikut gaya Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, yang tidak dipandang serius oleh rakyat pada hari ini. Nurul dan Tian Chua hanya suka menggembar-gemburkan isu-isu sensasi untuk menarik perhatian orang ramai tanpa menyelidik sesuatu isu itu dengan mendalam terlebih dahulu. Apabila terbukti salah, mereka akan cuba menimbulkan isu sensasi yang baru pula. Apabila Nurul dan Tian Chua sering terperangkap dengan cerita sensasi palsu yang dibuat, ianya sudah pasti menjejaskan kredibiliti mereka.

Sebagai contoh, Nurul Izzah pernah kecoh tentang kapal selam Kementerian Pertahanan yang kononnya tidak boleh menyelam. Beliau mendapat banyak publisiti tetapi apabila kapal selam tersebut menyelam di perairan Sabah dengan kehadiran Yang diPertuan Agong di atas kapal selam tersebut, dia berlagak seolah-olah dia tidak pernah bercakap mengenai isu berkenaan.

Nurul Izzah adalah seorang penceramah yang baik tetapi dia masih belum mampu berfikir dan berhujah secara rasional dalam perbahasan. Dia masih banyak ketinggalan dan Azmin sudah tentunya akan memastikan bahawa Nurul Izzah kekal di Lembah Pantai dan bukannya berpindah ke Selangor.

Memang betul Tian Chua dan Nurul Izzah suka buat fitnah. Siapa boleh lupa bila Tian Chua kantoi kerana photoshop gambar PM bersama Altantuya? Siapa boleh lupa bila Tian Chua sengaja rempuh polis semasa perhimpunan Bersih yang pertama dan selepas itu buat cerita kononnya polis yang serbu dia?

Dan manusia kaki fitnah dan penipu inilah yang menjadi idola Nurul Izzah. Hubungan mereka begitu intim sehingga timbul tanda tanya sama ada Nurul Izzah kah anak pemimpin pembangkang Melayu yang dimaksudkan apabila Raja Petra mengesahkan bahawa Tian Chua mempunyai hubungan sulit dengan anak seorang pemimpin pembangkang Melayu.  

Dengan idola seperti Tian Chua dan Papa Hebat, maka tidak hairanlah Nurul Izzah pun jadi kaki fitnah dan kaki penipu juga.

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Thursday, September 20, 2012

ANWAR BELI JET MEWAH PAKAI WANG RAKYAT SELANGOR?

Apa kecoh-kecoh ni Anwar?

Pada 15 September lepas, sehari sebelum ulangtahun cubaan rampasan kuasa oleh Anwar Ibrahim, dia telah pergi ke Labuan.

Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk menggugat ketenteraman Labuan dan mencetuskan perpecahan di kalangan masyarakat Labuan yang selamanya aman damai.

Tapi bukan itu sebenarnya perkara yang menimbulkan tanda tanya. Bila aku tengok gambar ketibaan Anwar ke Labuan, perkara pertama terdetik ialah:

“Mak aihhh!! Anwar ke sana ke mari naik jet mewah??“

Hebat! Menteri-menteri nak ke sana ke mari pun naik kapalterbang MAS je, tak pernah guna jet mewah. Waima, Dato’ Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar yang bertanggungjawab ke atas Labuan pun gunakan MAS & Air Asia sahaja untuk ke Labuan.

Tapi Anwar pula dengan selambanya berjimba-jimba sana sini naik jet mewah?

Soalan aku pada Anwar Ibrahim ialah, jet mewah ni kau beli pakai duit rakyat Selangor atau guna duit sendiri?

Berikut jawapan Anwar.

No - arranged by a friend RT @NeshNeshh: Selangor gov paid or by own for private jet ds?

Tapi jawapannya lebih banyak menimbulkan tanda tanya. Siapa kawan yang begitu bermurah hati mahu mendermakan jet mewah berharga sampai berates-ratus juta dollar ni?

Adakah ianya George Soros, penyangak matawang yang hampir membankrapkan Malaysia semasa krisis matawang tahun 1997 dahulu?

Adakah ianya NGO-NGO pro-Yahudi yang menjadi tunjang kepada kempen Anwar selama ini?

Adakah ianya negara asing seperti Israel yang ingin menggugat kestabilan tanah air tercinta kita?

 Malangnya soalan ini enggan dijawab Anwar.

Sekarang ni baru jelas macam mana Anwar dan anaknya Nurul Izzah boleh berjoli ke sana ke mari dengan mudah. Ada jet mewah sendiri rupanya!!

Patutpun si Nurul Izzah jarang nampak mukanya di Lembah Pantai dan asyik muncul di luar negeri sahaja untuk memburukkan nama negara. Jet mewah kan dah ada, pakai je lah kan?

Orang kat Lembah Pantai nak baiki motorsikal pun takda duit, Nurul dengan selambanya melancong pakai jet mewah sendiri.

Lepas tu bila penduduk Lembah Pantai jumpa Nurul minta bantuan, dia boleh tolak mentah-mentah dengan alasan takda peruntukan.

Haiiiiii… Belanja beli jet mewah boleh, belanja melancong luar negeri boleh, nak hulur RM10 kat orang yang memerlukan bantuan tak boleh?

Kawan Papa Hebat kan kaya-raya dan pemurah belaka, jet mewah harga  ratus-ratus juta dollar pun boleh bagi free je, takkan nak bagi RM10 juta untuk bantu penduduk Lembah Pantai tak boleh?

Ke duit tu semua masuk kat dalam akaun bank di Switzerland dan Israel?

Apa kecoh-kecoh ni Anwar & Nurul?

Saturday, September 15, 2012

PILIHANRAYA BERBEZA – PAKATAN MEMBAZIR DUIT RAKYAT RM150 JUTA!!


Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

Kelmarin Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, dengan disokong oleh Anwar Ibrahim telah umumkan bahawa mereka tidak akan adakan pilihanraya DUN serentak dengan PRU. Alasannya? Kononnya daftar pengundi tidak bersih.

Semalam aku dah buktikan bahawa Pakatan sendiri sebenarnya tiada bukti kukuh bahawa daftar pengundi tidak bersih. Boleh baca di sini: PROGRAM “SELANGORKU BERSIH” BUKTIKAN KETELUSAN SPR.

Hari ini aku nak ulas dari aspek pembaziran duit rakyat pula.

SPR telah jelaskan bahawa jika Selangor berkeras untuk mengadakan pilihanraya DUN berasingan, maka perbelanjaannya boleh mencecah RM50 juta!! Itu baru satu negeri, kalau Kedah dan Penang pun nak buat pilihanraya berasingan juga, macam mana? RM50 juta x 3 = RM150 juta!!! Wowwww!!! Banyaknya duit rakyat dibazirkan!!

Banyak tuuuuu!!! RM150 juta boleh bagi makan ramai rakyat miskin, boleh bina banyak rumah mampu milik, boleh bina banyak rumah ibadat, boleh baiki perbagai kemudahan awam. Tapi Pakatan selamba je nak bazirkan duit rakyat sebanyak RM150 juta demi muslihat politik mereka.

Kalau pilihanraya dipanggil terlampau awal, logiklah kalau nak minta tangguh supaya ada masa nak laksanakan polisi baru. Tapi ni dah hampir 5 tahun memerintah, tempoh mandat pun nak habis, takkan tak sempat nak laksanakan janji-janji pilihanraya kot?

Bayangkanlah, kalau PRU diadakan pada bulan November/Disember seperti ramalan ramai orang, hanya 2 bulan lepas tu dah kena adakan pilihanraya DUN sebab tempoh 5 tahun dah habis, maka wajib diadakan pilihanraya. Tak ke buang masa, buang tenaga, dan yang paling penting, membazirkan duit rakyat je kalau buat macam tu? Kan lebih jimat jika dibuat sekaligus?

Kawan-kawan ingat tak janji-janji manis Pakatan – nak naikkan subsidi, nak hapuskan tol, nak turunkan harga minyak, nak beri pendidikan percuma kepada semua hingga peringkat universiti. Banyak nak pakai duit tu.

Bila ditanya macam mana mereka nak dapatkan dana untuk laksanakan janji mereka, jawapan Pakatan cukup mudah.

“KAMI AKAN KURANGKAN PEMBAZIRAN WANG KERAJAAN! WANG PENJIMATAN ITU, KAMI AKAN GUNAKAN UNTUK BIAYAI PROGRAM KAMI”.

Habis tu, ni jimatkan wang kerajaan apa ke jadahnya? Belum tubuh Kerajaan Pusat dah pandai membazir duit rakyat, bukan sikit pulak tu, tapi RM150 juta!! Kalau sekarang pun Pakatan dah membazirkan duit rakyat, boleh percaya ke mereka akan pandai berjimat bila menang nanti?

Kat Selangor sekarang pun dah macam-macam skandal penyelewengan duit rakyat – penyelewengan duit Kerajaan untuk selamatkan Talam Corp, salahguna wang Kerajaan untuk acara politik Karnival Rakyat, perbelanjaan boros untuk majlis Keputeraan Sultan, penyelewengan duit selenggara jalan raya Selangor, penyelewengan pembelian lori sampah – ni baru senaraikan sikit.

Kalau Pakatan dapat pegang Kerajaan Pusat, maknanya habislah duit rakyat kena rompak!!

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?