Apa kecoh-kecoh ni Nurul
Izzah?
Selama ni yang sering kita
dengar pasal janji tak ditepati ialah di Selangor. Masa pilihanraya dulu,
macam-macam yang dijanjikan oleh pembangkang, tapi bila dah berkuasa punyalah
liat untk menunaikan janji-janji pilihanraya mereka.
Yang paling lawaknya, MB
Selangor, Khalid Ibrahim, boleh keluar kenyataan bahawa manifesto pilihanraya
bukanlah janji yang perlu ditepati. Habis tu, kalau manifesto tu bukan janji,
apa gunanya ada manifesto?
Dan kini penyakit Khalid
Ibrahim dah berjangkit kepada Nurul Izzah pula.
Nurul Izzah semasa berkempen
untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai telah berjanji bahawa wanita dan warga emas
di Lembah Pantai akan menerima sehingga RM1,500 seorang dan janji ini antara
punca penduduk Lembah Pantai memilih Nurul Izzah. Kini setelah lebih 4 tahun
menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, janji ini masih belum tertunai.
Tuntut
Nurul Izzah tunai janji PRU12 beri elaun saraan
KUALA LUMPUR - Ahli
Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dituntut menunaikan janji memberi
elaun saraan kepada warga emas dan suri rumah Lembah Pantai, yang dibuat pada
kempen Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.
Janji tersebut dikatakan menjadi punca pengundi ‘terpaksa’ beralih
arah kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) di Lembah Pantai ketika itu tidak
mampu untuk menjanjikan perkara sama.
Perkara itu didedahkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat
Abdul Jalil, yang juga pesaing Nurul Izzah bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai
pada 2008.
Shahrizat berkata, perkara itu antara perkara utama yang
dijanjikan ketika kempen dibuat.
Menurutnya, beliau masih ingat ia antara yang ditanya pengundi
adakah BN juga dapat menjanjikan hal sama.
“Ketika saya melawat rumah ke rumah, wanita dan warga emas di
Lembah Pantai memberitahu yang mereka dijanjikan pemberian elaun sara diri
sebanyak RM600 hingga RM1,500 mengikut kawasan, dan mereka tanya adakah saya
boleh janjikan hal sama. Saja kata saya tidak mampu untuk berjanji kerana ia
mustahil.
Sehingga kini janji tersebut tidak dilunaskan.”
Apakah NO ROLE IZZAH akan
menggunakan helah sama yang dipakai oleh Khalid Ibrahim, kononnya manifesto
bukan janji?
Mari kita tunggu dan lihat…
Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?
RM1,500.00 X 4 tahun X 12bulan = RM72,000.00 jumlah tertunggak setiap warga emas yang boleh dituntut kini.
ReplyDeleteRM600.00 X 4 tahun X 12 bulan + RM28,800.00 baki tertunggak setiap wanita yang masih belum di bayar PKR.
Katanya PKR ada banyak duit untuk dana PRU12 dan PRU 13, mana dia?