Wednesday, October 10, 2012

PENIAGA PASAR MALAM KERINCHI TIADA TAPAK BARU: SALAH SIAPA?



Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Sejak kebelakangan ini, Nurul Izzah asyik berlagak hero meminta supaya Pasar Malam Kerinchi dikekalkan di tempat asal. Dia juga menuntut supaya tapak alternatif diberikan oleh DBKL sekiranya mereka perlu berpindah.

Bila penduduk tak puas hati kerana isu ini masih berlarutan dan marah kepada Nurul Izzah kerana mempolitikkan isu ini, cepat sahaja Setiausaha Politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil, menuding jari kepada DBKL.

 tak dipolitikkan, masalah timbul krn DBKL enggan beri tapak pasar mlm baru.

Soalnya sekarang, tanggungjawab siapa untuk menyediakan tapak alternatif? 

Minta maaf ya Fahmi Fadzil, BUKAN tanggungjawab DBKL untuk sediakan tapak baru. Permohonan tapak baru perlu dibuat oleh penganjur.

Perkara asas macam ni pun kau tak tahu, macam mana nak jadi Setiausaha Politik?

Untuk makluman kau ya Fahmi Fadzil, kelulusan diberikan DBKL apabila ada permohonan dari Persatuan Penduduk di mana permintaan melebihi bantahan dan tapak yang dipohon sesuai. Jika di kemudian hari, tapak tidak lagi sesuai, maka DBKL berhak menarik balik kelulusan.

Dalam kes Pasar Malam Kerinchi, penganjur ialah Persatuan Penduduk Flat 4 Tingkat dan Persatuan Penduduk Flat 17 Tingkat yang kemudiannya diambil alih oleh JMB Flat 17 Tingkat. 

Bila DBKL memutuskan bahawa tapak Pasar Malam Kerinchi tidak lagi sesuai atas sebab keselamatan, maka pihak penganjur dan peniaga telah dimaklumkan. Persatuan Penduduk Flat 4 Tingkat setuju dengan penutupan manakala JMB Flat 17 Tingkat tidak setuju.

DBKL telah cadangkan supaya tapak Pasar Malam dipindahkan ke dalam kawasan Flat 17 Tingkat tetapi ianya perlu dipohon secara rasmi oleh JMB Flat 17 Tingkat. 

Haaa, nampak tak? DBKL bukan terus suruh tutup, malah beri cadangan tapak alternatif!

Sekarang ni, Pengerusi JMB Flat 17 Tingkat ialah Zamri, penyokong Nurul Izzah. 

Isunya sekarang, notis penutupan telah diberi sejak bulan Mac 2012, sekarang dah bulan Oktober, maknanya dah LAPAN BULAN Zamri tahu tapak alternatif perlu dipohon tetapi mengapa sehingga sekarang Zamri belum mengemukakan permohonan untuk memindahkan tapak pasar malam? Adakah kerana Nurul Izzah sengaja mahu memanjangkan isu ini? Kalau dari dulu Zamri dah mohon perpindahan tapak, sekarang takkan ada isu penutupan pasar malam ni!

Mujurlah Dato' Raja Nong Chik prihatin dengan masalah yang dihadapi penduduk dan peniaga. Beliau berusaha mencari penyelesaian yang dapat memuaskan hati semua pihak.

Semalam, Dato' Raja Nong Chik telah umumkan perpindahan Pasar Malam Kerinchi ke Vista Angkasa. Maknanya, penganjur Pasar Malam Kerinchi sekarang ialah JMB Vista Angkasa, bukan lagi JMB Flat 17 Tingkat.

Nak harapkan si Zamri, confirm sampai bila-bila lah dia takkan mohon perpindahan tapak pasar malam! Maklumlah, Nurul dah arah supaya isu ni dipanjangkan selama mungkin.

Penduduk Lembah Pantai boleh tengok sendiri, siapa yang ambil inisiatif selesaikan masalah dan siapa yang cuma mahu buat kecoh. 

Nurul buat kecoh dan bising satu kampung kononnya takda tapak pasar malam alternatif. Habis tu, kau carilah tapak baru dan cadangkan! Dok buat memorandum, demonstrasi sana-sini bukannya dapat selesaikan masalah!

Bandingkan pula dengan Dato' Raja Nong Chik. Dalam diam, tanpa demonstrasi sana-sini, beliau buat kerja cari tapak pasar malam baru. 

Sekarang isu dah selesai. Penduduk Flat 4 Tingkat gembira kerana projek pembangunan semula kawasan mereka dapat diteruskan. Penduduk Flat 17 Tingkat gembira kerana masalah kesesakan dan parkir telah selesai. Peniaga pun gembira kerana dapat tapak baru. 

Yang tak gembira seorang sahaja. 

Siapa yaaa? Tak lain tak bukan si Nurul lah!! 

Bukan sahaja rancangan dia nak cetuskan kekacauan gagal, tapi Dato' Raja Nong Chik pula jadi hero kerana berjaya menggembirakan semua pihak.

Nampak sangat Nurul bukan peduli masalah penduduk dan peniaga. Dia cuma nak cetuskan kekacauan dan huru-hara!! 

Dia langsung takda peranan untuk menyelesaikan masalah penduduk. Patut pun sekarang dia dapat gelaran baru - NO ROLE IZZAH!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

2 comments:

  1. Die NO ROLE IZZAH atau MOLE IZZAH...hehehe

    ReplyDelete
  2. Ni lah akibat pilih org yg tak reti ape2 nak jadi wakil rakyat. Yg dia tau buat ialah demonstrasi jalanan dan buat kecoh...bapa borek anak rintik.

    ReplyDelete