Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Beberapa hari lepas, para peniaga pasar malam Kerinchi diketuai
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peniaga Pasar Malam Kerinchi, Mohd Sani Sabran
telah mengadakan sidang media untuk mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Raja Nong
Chik kerana membantu menyelesaikan kemelut yang dihadapi peniaga dengan
mendapatkan tapak baru untuk mereka berniaga.
Soalan yang aku nak tanya Nurul Izzah: kau mendabik dada
kononnya kau pejuang isu Pasar Malam Kerinchi ni, tetapi mengapa sejak
pengeluaran notis penamatan pada bulan Mac, LAPAN BULAN LEPAS, kau tak berusaha
untuk mencari tapak baru untuk mereka?
Sebenarnya
tanggungjawab mencari tapak baru adalah di tangan penganjur, dan dalam hal ini,
penganjur adalah orang kuat kau sendiri, Nurul. Jadi mengapa kau sengaja tak
nak mohon tapak baru walaupun tapak alternatif telah dicadangkan kepada
penganjur oleh DBKL?
Jawapannya ialah, kau sengaja tak nak mohon tapak baru supaya
isu ini dapat dipolitikkan selama mungkin.
Lagi lama isu ni berlanjutan, lagi lama lah kau boleh berlakon sebagai
pejuang rakyat. Peduli apa kalau peniaga tak dapat berniaga, peduli apa kalau
peniaga tak dapat mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga mereka, yang
penting kepentingan politik kau tercapai!
Akhirnya Dato’ Raja Nong Chik sendiri terpaksa campur
tangan, mencarikan tapak baru untuk para peniaga. Walaupun ianya tidak sebesar
tapak asal, tetapi sekurang-kurangnya Dato’ Raja Nong Chik berusaha mencari
jalan penyelesaian.
Kau, apa yang kau buat Nurul? Cuma tahu komplen, buat
demonstrasi, hantar memorandum dan menyalahkan semua pihak.
Ada kau beri cadangan tapak baru? TAKDA!!
Tapi bila Dato’ Raja Nong Chik berusaha mencari tapak
baru, terus kau ungkit kononnya tapak tak sesuai lah, kecil lah.
Haiii, Nuruuuul… Komplen memang senang, tapi nak
menyelesaikan masalah memang susah.
Kalau kau tu sempurna sangat, carikanlah
tapak baru yang serba selesa dan paling sesuai untuk peniaga tu!! Dah dapat
notis LAPAN BULAN lepas, apa pasal tak buat kerja sampai sekarang?
Kerja tak nak buat, lepas tu komplen itu tak betul, ini
tak betul. Memang sesuailah kau digelar NO ROLE Izzah, sebab kau memang langsung
tak mainkan apa-apa peranan untuk bantu para peniaga!
Kata muktamad, aku serahkan balik pada para peniaga.
Tengok gambar ni, dan bacalah sendiri luahan hati para peniaga
Pasar Malam Kerinchi.
TERIMA KASIH YB DATO’ RAJA NONG CHIK KERANA MENYELESAIKAN
MASALAH KAMI.
YB NURUL IZZAH… JANGAN CUBA PECAH-BELAHKAN KAMI!!
JANGAN DIMANIPULASIKAN ISU PASAR MALAM INI DEMI
KEPENTINGAN POLITIK SEMPIT!!
Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?
Ratu Twitter has No Role!
ReplyDeleteMak bapak anak dan menantu perangai sama saje - perosak bangsa sendiri.