Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?
Sebelum ni kita dah banyak kali dengar DAP dalam kempen
mereka lantang menyuarakan hasrat untuk mengurangkan jumlah penjawat awam
kononnya jumlah penjawat awam terlalu ramai. Isu ini sebenarnya boleh dianggap
isu perkauman, kerana penjawat awam kebanyakannya Melayu, sedangkan DAP ialah
parti cauvinis Cina. Bila diasak oleh orang ramai, PKR dan PAS cepat-cepat buat
kenyataan bahawa isu ini cuma salah faham, tapi yang hairannya DAP tidak pernah
sekalipun membuat penafian. Ini bermakna agenda mengurangkan penjawat awam
masih menajdi agenda utama DAP.
Dan kini aku kena tabik kepada Menteri Kewangan II, Dato’
Seri Husni Hanadzlah, kerana telah berjaya membongkar agenda rahsia dalam bajet
pembangkang.
Berdasarkan kajian Perbendaharaan Malaysia, bajet pembangkang
tidak menyediakan peruntukan secukupnya iaitu RM6.9 bilion bagi gaji dan pencen
penjawat awam.
Kalau kita tengok jumlah perbelanjaan yang dinyatakan
dalam bajet pembangkang, jumlah wang yang diperuntukkan terlalu sedikit untuk
menampung gaji penjawat awam. Kalau kita tengok bajet pembangkang tu, jika
menjadi Kerajaan, Pakatan perlu membuang seramai 72,000 penjawat awam supaya
bajet mereka tak terlebih belanja.
72,000 PENJAWAT AWAM KENA BUANG!
Aku ulang sekali lagi.
72,000 PENJAWAT AWAM KENA BUANG!
Dengan bajet pembangkang ditunjangi oleh pakar-pakar ekonomi
DAP seperti Tony Pua, tak hairanlah mereka cuba memasukkan secara senyap agenda
pengurangan penjawat awam dalam bajet pembangkang.
Sekarang ni ada dua senario:
Senario pertama:
Pakatan mengaku pengurangan jumlah penjawat awam memang
agenda utama mereka dan ianya akan dilaksanakan mulai tahun depan dengan
PEMBUANGAN 72,000 PENJAWAT AWAM MELAYU sekaligus mendaulatkan agenda cauvinis Cina dalam DAP.
Senario kedua:
Pakatan mengaku bajet yang mereka sediakan memang hancuss
dan banyak kesilapan. Dengan kata lain, bajet mereka ni sekadar momokan angka
yang langsung tak boleh dipercayai.
Walau apapun pengakuan mereka, kedua-dua senario ini
jelas menunjukkan bahawa Pakatan sebenarnya tiada agenda yang telus dan jelas
serta langsung tak berkemampuan untuk mentadbir negara.
Kalau betul ada agenda nak buang penjawat awam Melayu,
bagi tahu terang-terangan, jangan sorok dalam bajet.
Kalau betul tak reti nak buat bajet yang jadi panduan
untuk menguruskan negara, macam mana kita nak percaya Pakatan mampu memerintah negara
dengan baik?
Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?
Salam perjuangan..Mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.
ReplyDelete