Wednesday, July 18, 2012

NURUL IZZAH ‘RATU CURI KREDIT’ KEMBALI DI BALAI POLIS BRICKFIELDS!!



Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Baru-baru ini Dato Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, telah mengumumkan bahawa sebuah balai polis baru akan dibina di Brickfields. Ini adalah sebahagian dari langkah untuk mengurangkan kadar jenayah di Brickfields.

Sebaik sahaja perkara ini diumumkan, terus si Nurul Izzah mendabik dada, kononnya dialah yang memperjuangkan pembinaan balai polis tersebut.

YB @n_izzah berjaya selamatkan BalaiPolis Brickfields! 

Mak aihhh… Gila dahsyat bunyinya… Nurul Izzah rupanya yang buat kerja selama ni.

Padahal Dato Raja Nong Chik yang berpeluh turun padang, jumpa rakyat untuk tahu masalah mereka, lepas tu jumpa pemaju minta diperuntukkan ruang untuk Balai Polis, lepas tu jumpa Kementerian Dalam Negeri dan PDRM untuk minta kelulusan dan peruntukan bagi operasi Balai Polis baru di Brickfields bagi menggantikan balai polis lama yang dipindahkan ke Sri Petaling! Kerja ni bukan kerja sehari, bukan kerja seminggu tapi makan masa berbulan-bulan!

Tapi dengan satu tweet sahaja, dengan mudah Nurul Izzah mengaku kononnya dia yang buat kerja.

Inilah perangai Nurul Izzah selama ini.

Itulah sebabnya salah satu gelaran Nurul ialah “RATU CURI KREDIT”!!! Sebab dari dulu sampailah sekarang itu je lah kerjanya. Dia biarkan Dato Raja Nong Chik, Kerajaan BN dan UMNO buat kerja, lepas tu senang-senang dia mengaku semua benda tu dari usaha dia.

Kalau macam tu senang je lah kerja Ahli Parlimen Lembah Pantai. Patut pun boleh dok goyang kaki dan makan angin ke seluruh dunia seperti England, Australia, Turki, Indonesia dan Singapura sambil burukkan nama Malaysia di mata orang asing.

Pakai tweet je semua kerja boleh selesai. Tak payah turun padang. Tak payah jumpa rakyat.

Macam ni ke pemimpin yang penduduk Lembah Pantai nak?

Apa kecoh-kecoh ni RATU CURI KREDIT Nurul Izzah?

p/s: Kalau nak tahu lebih lanjut aktiviti curi kredit Nurul Izzah, boleh baca di sini:

 

NURUL IZZAH – RATU CURI KREDIT MUNCUL KEMBALI!!




No comments:

Post a Comment