Tuesday, November 6, 2012

ISU MURTAD MALAYSIAKINI YANG CETUSKAN, MENGAPA NURUL IZZAH SALAHKAN UTUSAN?


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Setelah kecoh seluruh umat Islam ekoran kenyataan Nurul Izzah yang mahu orang Melayu diberi hak untuk murtad, Nurul Izzah tampil dengan kenyataan berkenaan semasa diasak oleh wartawan:

Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya, Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah akidah yang telah memutar belitkan kenyataan saya tempoh hari.


Saya tidak merelakan fitnah akidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN


Wahhh, hebat Nurul... Nak saman akhbar dan blogger, secara khususnya Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Mengapa ya? Utusan Malaysia dan Berita Harian ke yang memulakan isu ini?

Mari kita lihat kronologi isu ini.

Media pertama yang melaporkan isu ini adalah portal pro-pembangkang Malaysiakini dan dituruti oleh portal-portal pro-pembangkang lain seperti Free Malaysia Today dan 1Christians.

Laporan dari media pro-pembangkang keluar pada 3 November 2012.





Bila pula laporan dari Utusan Malaysia dikeluarkan?

5 November beb, 2 hari selepas isu ini dilaporkan oleh portal pro-pembangkang.

Cuba baca laporan Utusan ni, isinya cuma memetik semula laporan yang dibuat portal pro-pembangkang.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.

Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal pro-pembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata." - UTUSAN MALAYSIA


Soalnya sekarang, isu ni mula dimainkan oleh portal pro-pembangkang, takkanlah mereka nak sabotaj pemimpin mereka sendiri kan? Apa yang Nurul cakap, itulah yang mereka laporkan. Jadi, tiada keraguan langsung bahawa Nurul memang mengeluarkan kenyataan mahu orang Melayu diberi hak untuk murtad.

Tapi sekarang, mengapa Nurul mahu mempersalahkan Utusan pula tapi langsung tak menyentuh Malaysiakini, Free Malaysia Today, 1Christians dan portal-portal pro-pembangkang yang lain, sedangkan mereka yang mencetuskan isu ini?

Jawab Nurul, jangan tak jawab!!

Aku yakin Nurul takkan berani jawab...

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

p/s: Boleh jua baca blog sahabat, Gelombang Wangsa Maju untuk laporan lanjut.

1 comment:

  1. Tgk je la video kenyataan nurul di gereja tu http://www.youtube.com/watch?v=44y13XR-bWI&feature=plcp

    ReplyDelete