Sunday, November 18, 2012

ANWAR DAN NURUL PERLEKEH ISLAM, MENGAPA PAS TAK MURTADKAN MEREKA?



Apa kecoh-kecoh ni Nik Aziz?

Aku memang cukup hairan dengan perangai pemimpin PAS sekarang ni. Bila Anwar dan Nurul buat kenyataan menghina Islam, PAS buat macam tak dengar. Tapi semata-mata kerana UMNO musuh PAS dalam pilihanraya, maka dengan mudah Nik Aziz mengeluarkan fatwa bahawa UMNO telah murtad!

KOTA BHARU 18 Nov. - Selepas adiknya mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula memberi gambaran bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Beliau dalam nada tegas kemudiannya melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Sehubungan itu katanya, UMNO tidak perlu dimuliakan sebaliknya doa-doa yang memohon agar UMNO dan BN ditimpa bala tidak salah kerana ia sama dengan kisah Nabi Noh yang memohon kepada Allah untuk memusnahkan umatnya yang tidak patuh kepadanya.

Aku hairan, macam mana Nik Aziz boleh kata UMNO melekehkan Islam dalam dasar parti. Untuk makluman semua, dalam Perlembagaan UMNO Fasal 3.3, jelas dinyatakan antara asas perjuangan UMNO ialah “Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam.” Maka sah-sahlah Islam tak pernah diketepikan dalam dasar-dasar UMNO.

Aku nak tanya Nik Aziz,surau dan masjid beribu-ribu dalam negara kita ni, siapa yang bangunkan? Kerajaan UMNO dan BN!

Sekolah agama beribu-ribu dalam negara kita ni siapa yang bangunkan?  Kerajaan UMNO dan BN!

Gaji dan elaun imam, tok siak, guru-guru agama yang sampai berjuta-juta ringgit tu, siapa yang bayar? Kerajaan UMNO dan BN!!

Tabung Haji yang mengurus perjalanan jemaah haji kita, siapa yang tubuhkan? Kerajaan UMNO dan BN!!

Macam-macamlah yang UMNO telah buat untuk menegakkan syiar Islam dalam negara kita, jadi macam mana Nik Aziz boleh kata UMNO memperlekehkan Islam sehingga jatuh hukum murtad?

Pimpinan PAS ni sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga ke, sampai langsung tak nampak amal baik yang dilaksanakan Kerajaan UMNO dan BN?

Kalau benar PAS ikhlas dalam memperjuangkan Islam, sepatutnya mereka tegur semua pihak, bukan setakat musuh politik sahaja.


Bila Anwar buat kenyataan menyokong pluralisme dan mengatakan bahawa semua agama sebenarnya sama sahaja, PAS buat macam tak dengar. Bila Nurul Izzah buat kenyataan mahu Melayu diberi hak untuk murtad dan LGBT dibiarkan mengamalkan gaya hidup songsang tanpa sebarang sekatan, PAS buat macam tak dengar. PAS kata itu semua isu remeh. Tak perlu nak ulas.

Tapi bila tiba tang UMNO je, terus pemimpin PAS naik gila dan cop UMNO murtad dan kafir!!

Punyalah marah PAS dengan UMNO, sampai sanggup berdoa dan buat solat hajat meminta kemusnahan UMNO! Kalau benar PAS ikhlas dalam memperjuangkan Islam, doakanlah kemusnahan untuk semua musuh-musuh Islam. Kenapa dikhususkan kepada UMNO sahaja?


Israel baru lepas bedil Gaza sampai ramai umat Islam terkorban, mengapa tak buat doa dan solat hajat besar-besaran minta kemusnahan Israel dan Yahudi?


Anwar Ibrahim dengan lantang menyatakan bahawa dia “Menyokong semua langkah untuk menjamin keselamatan Israel”, mengapa PAS tak doakan kemusnahan penyokong kuat Israel dan Yahudi ni?

Hipokrit sungguh PAS!!

Apa kecoh-kecoh ni PAS? 

1 comment:

  1. PAS parti yang ahlinya terdiri daripada orang-orang yang bebal dan buta hati. Itu sebab senang-senang mereka diliwatkan oleh Anwar, dibabikan oleh Dapigs, dipariahkan oleh Ambiga dan didajjalkan oleh Soros.

    ReplyDelete