Wednesday, June 20, 2012

NAK ALIH DARI ISU RAMPASAN PADANG PKNS & RM3 BILION ANWAR, NIK NAZMI BUKA ISU BASI ISTIJUARA



Apa kecoh-kecoh ni Nik Nazmi?

Hek eleh Nik Nazmi…. Aku tahu, sebagai ADUN Seri Setia di Kelana Jaya dan juga Pengarah Komunikasi PKR, kau tengah pening sekarang..

Macam-macam isu melanda dan semuanya kau tak boleh uruskan. Di peringkat nasional, isu akaun RM3 bilion Anwar Ibrahim masih belum berjawab. Di peringkat Kelana Jaya sendiri, isu rampasan padang PKNS oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim, masih belum selesai.

Jadi, apa caranya nak alih perhatian rakyat ya? Nurul Izzah pun bisik, tolong serang Raja Nong Chik, boleh?

Ada awek bisik kat telinga je, terus tegang bulu roma Nik Nazmi. Mari kita serang Raja Nong Chik!!!

Eh, apa isu yang ada nak serang Raja Nong Chik ya? Kes kononnya Menteri salahguna kuasa untuk beri kontrak kepada syarikat anaknya, Istijuara, boleh tak? Bantai je lah!!

Malangnya isu yang dipilih adalah isu basi. Isu ni dah dibangkitkan dan dijawab. Bukan baru dijawab semalam. Bukan baru dijawab kelmarin. Bukan baru dijawab minggu lepas.

ISU NI DAH BERJAWAB DARI BULAN LEPAS LAGI!!

BUKAN BARU JAWAB SEKALI, TAPI DAH BERKALI-KALI!!

Tak percaya?

Sila baca artikel-artikel ni…

HOT!! RAJA NONG CHIK & KELUARGA JADI MANGSA FITNAH POLITIK!






Aku ulang sikit penjelasan yang telah diberi sebelum ini.

  • Istijuara Sdn Bhd dapat Surat Niat (letter of Intent) untuk membekal, memasang dan menyelenggara peralatan untuk Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor dari KBS pada tahun 2006.  Pada masa itu, Dato' Raja Nong Chik takda sebarang pegangan saham dalam Istijuara Sdn Bhd. Ini bermakna Istijuara Sdn Bhd dapat kontrak tu atas daya usaha mereka sendiri. 

  • Dato’ Raja Nong Chik beli Istijuara Sdn Bhd pada tahun 2007 dan letakkan bawah nama anaknya. Pada masa itu, Dato’ Raja Nong Chik belum jadi Menteri lagi. Sebagai ahli perniagaan, takda salahnya dia nak beli saham mana-mana syarikat.

  • Dato’ Raja Nong Chik jadi Menteri pada tahun 2009. Beliau jadi Menteri Wilayah Persekutuan, bukan Menteri Belia dan Sukan ya, jadi kontrak tersebut bukan bawah Kementerian beliau.

  • Pada tahun 2010, kompleks IKBN Bandar Penawar siap. Bila dah siap, baru Surat Tawaran (Letter of Award) dikeluarkan kepada Istijuara Sdn Bhd. Mengapa kena tunggu siap baru keluar Surat Tawaran? Sebabnya Kerajaan nak pastikan spesifikasi peralatan adalah up to date. Kalau dia bagi Surat Tawaran (Letter of Award) pada tahun 2006 bersekali dengan Surat Niat (Letter of Intent) maka spesifikasinya tentulah spesifikasi tahun 2006 sedangkan kompleks hanya akan siap pada tahun 2010! Bayangkanlah, kompleks serba canggih guna peralatan kuno dan out of date! 

 Kesimpulannya?

  • Istijuara Sdn Bhd dapat kontrak takda kena-mengena dengan Dato’ Raja Nong Chik sebab dia bukan pemegang saham pada masa itu.

  • Dato’ Raja Nong Chik beli Istijuara Sdn Bhd dan letakkan bawah nama anaknya sebelum dia jadi Menteri, dan selepas Istijuara dapat kontrak IKBN.

  • Tempoh di antara Surat Niat (Letter of Intent) dan Surat Tawaran (Letter of Award) adalah kerana menunggu kompleks siap bagi memastikan spesifikasi peralatan up to date. Ini adalah Standard Operating Procedure (SOP) perolehan Kerajaan.


Sekarang ni, di mana elemen salahguna kuasa atau pelanggaran undang-undang?

TAKDA LANGSUNG!!!

Hek eleh Nik Nazmi…

Macam ni je ke tahap Pengarah Komunikasi PKR?

Nak serang pun pakai isu basi. Bukan setakat isunya dah basi, soalan yang ditanya pun dah berkali-kali dijawab.

Orang-orang PKR ni semuanya buta dan tuli agaknya. Kalau tak buta dan tuli, mesti bengap-bengap belaka. Penjelasan dah berkali-kali diberi, tapi masih tak faham-faham sampai sekarang!!

Apa kecoh-kecoh ni Nik Nazmi?

2 comments: