Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Teruk betul lah si Nurul ni. Kelmarin ada unit Blok F PPR
Cempaka terbakar. Dan kerana nak tunjukkan kononnya dia prihatin, terus
si Nurul keluarkan Tweet ni.
Seorang mangsa
terkorban akibat kebakaran di Blok F PPR Cempaka semalam, insyaAllah saya akan
melawat petang ini.
Masalahnya sekarang, tiada sesiapa pun yang terkorban
dalam kebakaran tu! Habis tu, yang kau beria-ia nak doakan mangsa kebakaran tu
mati pasal apa Nurul?
Dan yang lebih lawak lagi, sebenarnya mangsa kebakaran
TAK ADA PUN di PPR Cempaka pada petang ini kerana mereka dah balik kampung! Habis
tu yang si Nurul nak datang melawat tu sapa?
Nak lawat rumah kosong tanpa tuan
rumah? Nak ziarah jenazah anak patung terbakar?
Itulah Nurul, nampak sangat kau langsung takda hubungan
dengan penduduk Lembah Pantai. Langsung tak pernah dekati mereka. Cuma dengar
khabar angin je, terus buat kecoh kononnya prihatin, padahal benda yang kau
kecoh-kecohkan tu tak betul pun!!
Memang sesuai betul kau dapat gelaran BETINA BSF
(BANGKANG, SPIN, FITNAH). Rumah terbakar pun kau spin putar alam tak ingat
dunia punya!!
Orang hidup kau kata dah mati. Orang takda kat rumah kau
nak datang melawat.
Kalau aku jadi tuan rumah, memang kecik hati aku bila
wakil rakyat sebar fitnah macam tu. Tuan rumah segar-bugar, sihat walafiat
lagi, boleh dikatakannya dah mati! Kalau orang yang buat fitnah macam ni datang
rumah aku nak tunjuk kononnya prihatin, aku halau je dengan penyapu!!
Bandingkan cara Nurul Izzah buat kerja dengan cara Raja Nong Chik
buat kerja.
Sebaik sahaja dapat berita tentang kebakaran tu, wakil Dato' Raja
Nong Chik dari Pusat Khidmat Masyarakat Lembah Pantai terus turun padang untuk
sampaikan bantuan RM500 sebelum keluarga mangsa balik kampung.
Dato' Raja Nong Chik juga telah arahkan DBKL beri bantuan bencana
RM300 dan percepatkan pembaikian unit yang terbakar serta penyedian unit ganti
jika diperlukan.
Yayasan Wilayah Persekutuan juga diarah untuk memberi sumbangan
tambahan sebanyak RM1000 untuk melegakan penderitaan mangsa.
Haaa, macam ni lah baru dinamakan pemimpin. Walaupun beliau bukan Ahli Parlimen
Lembah Pantai, Dato' Raja Nong Chik lebih peka dengan penderitaan dan masalah
penduduk Lembah Pantai dari wakil rakyat kawasan itu sendiri.
Nurul, dah berapa tahun kau jadi wakil rakyat?
Dah hampir 4 tahun kan? Kau tu kan Ahli Parlimen Lembah Pantai sepenuh masa,
mengapa kau takda di kawasan semasa berlaku bencana seperti ini?
Kalau Dato' Raja Nong Chik hantar wakil, tu aku faham sebab dia
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, bukan setakat jaga
Wilayah Persekutuan, malah portfolionya meliputi satu Malaysia!
Tapi kau dibayar elaun sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai sepenuh
masa. Jadi sepatutnya kau sentiasa ada di Lembah Pantai untuk bantu penduduk
setempat, bukannya dok joli kat tempat lain.
Sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai
kau sepatutnya sensitif dengan penderitaan rakyat tempatan. Sebagai
Ahli Parlimen Lembah Pantai kau sepatutnya cepat turun padang untuk
hulurkan bantuan, bukannya sebar khabar angin pasal mangsa kebakaran ataupun
jalan-jalan makan angin luar negara sambil sebar fitnah tentang Kerajaan!!
Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
anak beranak sama eja suka buat fitnah dan dajal kat bumi malaysia. paling hina, keji dan jijik perempuan pulak tu yg buat hal siallll...!!!!
ReplyDelete