Apa kecoh-kecoh ni Lim Guan Eng?
Selama ni LGE & DAP sering merengek & merintih,
kononnya Kerajaan Pusat meminggirkan mereka. Peruntukan yang diterima kononnya
terlalu kecil sedangkan kutipan cukai dari Pulau Pinang adalah tinggi. LGE juga
sering mendabik dada kononnya pentadbiran Pulau Pinang di bawah DAP sangat
baik.
Ye ke?
Semalam Dato’ Raja Nong Chik menempelak aksi Guan Eng
yang cuba mencari publisiti murah itu.
Menteri Wilayah
Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
membidas pentadbiran Pulau Pinang kerana gagal melaksanakan kerja
penyelenggaraan rumah rakyat di negeri itu sehingga terpaksa memohon bantuan
Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M).
Beliau
berkata sejak TP1M diperluaskan dua minggu lepas, TP1M telah menerima 64
permohonan dari seluruh negara termasuk dari Pulau Pinang. 22 permohonan diterima
dari Pulau Pinang, lebih 1/3 dari keseluruhan permohonan. 3 dari 22 permohonan
tersebut adalah dari Permatang Pauh, kawasan Anwar Ibrahim. Jumlah peruntukan
yang dipohon? Lebih RM11 juta.
Jadi,
kalau sebahagian besar peruntukan TP1M diberi ke Pulau Pinang, macam mana LGE
& DAP boleh kata Kerajaan Pusat meminggirkan mereka dari aspek bantuan
& peruntukan kewangan?
Raja
Nong Chik juga berkata pembangkang sering menuduh negeri di bawah Barisan
Nasional mempunyai budaya pentadbiran tidak cekap, namun permohonan bagi
sejumlah peruntukan yang besar dari Pulau Pinang itu membuktikan kerajaan
pimpinan DAP itu gagal menjaga kawasannya sendiri.
"Kalau
dia (pembangkang) kata kerajaan negeri pimpinan mereka begitu baik, permohonan
macam ini tidak akan datang," katanya kepada pemberita.
Dan
yang paling lawak, skim ini yang dahulunya dikutuk habis-habisan oleh Nurul
Izzah, kini telah ditiru oleh Kerajaan Pakatan Selangor di bawah nama Skim
Ceria Kerajaan Negeri. Alamak Nurul, dulu berbuih-buih mulut kau kutuk skim ni,
habis tu, kalau skim ni tak bagus, kenapa Kerajaan Selangor yang kau
agung-agungkan tu tiru skim ni?
Apa
rasanya bila kena jilat balik ludah sendiri, Nurul? Sedap tak? Boleh la kongsi
sekali dengan Guan Eng ya?
Apa
kecoh-kecoh ni Nurul & Guan Eng?
salam perjuangan tuan,blog tuan telah saya pautkan . pohon tuan pautkan blog saya ini.www.myhomesoil.blogspot.com terima kasih tuan...:-)
ReplyDeleteTelah dipautkan kembali.
ReplyDelete