Monday, June 25, 2012

POLITIK HIT & RUN PEMBANGKANG


Hari ni aku siarkan semula artikel dari Utusan Malaysia. Aku tak payah komen panjang-panjang. Artikel tu sendiri dah cukup jelas dan padat!


Politik 'hit & run' pembangkang

KHABARNYA di Lembah Pantai, Kuala Lumpur sekarang, pakatan pembangkang semakin tak senang duduk. Panas punggung. Dikatakan mereka cuba mencari banyak isu untuk memastikan rakyat termasuk pengundi Lembah Pantai tidak sempat melihat kebaikan program atau produk-produk yang diutarakan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam setahun dua ini untuk rakyat.

Tambah terkejut lagi dia dan orang-orangnya ialah apabila pertemuan dialog yang diatur oleh kepemimpinan BN Wilayah Persekutuan disambut baik oleh penduduk Bangsar dan sekitar Lembah Pantai.

Pada 19 Jun lalu sekitar pukul 8 malam, kira-kira 50 warga Bangsar yang terdiri daripada golongan profesional termasuk doktor, arkitek dan jurutera hadir dalam pertemuan santai dengan Timbalan Pengerusi BN Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di Devi's Corner, Jalan Telawi.

Dikatakan di pihak sebelah sana pada siangnya mula cuak. Cuba 'dipancingnya' menerusi panggilan telefon kepada pihak restoran supaya jangan 'entertained' perjumpaan itu - batalkan sahaja tempahan ruang pertemuan. Tapi, semua tak menjadi. Akhirnya pertemuan berlangsung.

Setengah jam perjumpaan ia dipenuhi tuntutan penjelasan beberapa isu-isu 'panas' yang dimomokkan pembangkang. Isu NFC dan melibatkan fitnah dan dakwaan terhadap Perdana Menteri dan keluarganya dijawab dengan cermat oleh Nong Chik. Penjelasan demi penjelasan diberikan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu.

Jawapan dan penjelasan yang diberikan mendapat maklum balas yang baik daripada kalangan profesional berkenaan. Setelah hampir tiga jam bertemu dan setelah kelibat Nong Chik hilang dari pandangan mereka, seorang penduduk menyapa seorang pegawai khas Nong Chik.

"Ya, dia memang different dari apa yang Nurul (Izzah) cakapkan," katanya.

Sebenarnya dalam beberapa tahun ini di banyak kawasan dalam Wilayah Persekutuan, pembangkang meletakkan satu stigma kepada penduduk termasuk pengundinya bahawa pemimpin BN sukar didekati. Paling mengecewakan lagi apabila pembangkang memomokkan kepada penduduk terutama bukan Melayu bahawa UMNO disokong oleh tiga golongan. Pertama, oleh orang-orang tua Melayu subsidi dan golongan mat rempit dan samseng serta NGO-NGO yang ultra Melayu khususnya Pekida dan Perkasa. Pembangkang menambah lagi stigma itu yang seolah-olah parti mereka sahajalah disertai profesional.
Cuma, sesuatu yang terlepas pandang yang boleh dipelajari daripada 'perwatakan' pembangkang di Lembah Pantai oleh kepemimpinan BN ialah 'kesanggupan wakil mereka mendengar rintihan penduduk tanpa perlu berbuat apa-apa pun untuk menyelesaikan permasalahan itu.'

"Kalau kita tengokpun 'dia' hanya datang di sini untuk mendengar keluhan penduduk dan lepas itu lesap begitu sahaja.

"Taktik yang digunakan juga mudah ... mula-mula 'dia' akan suruh orang-orangnya ambil gambar jalan berlubang di satu-satu tempat, kemudian hantar (MMS) kepadanya, dan kemudian 'dia' akan 'reply' sms dengan mengatakan 'DBKL akan settlekan' atau 'tq DBKL'. Tanpa berurusan dengan DBKL pun, 'dia' dengan gaya psiko menggunakan jalan pintas sebegitu," kata seorang penduduk yang ditemui penulis di sebuah flat berdekatan loji kumbahan di Lembah Pantai Khamis lalu.

Realitinya, taktik 'bashing' itulah yang digunakan pakatan pembangkang di seluruh negara waktu ini.

Dan hakikatnya juga, dalam pertemuan dengan wakil pembangkang, penduduk kebiasaannya bukan nakkan jawapan kepada penyelesaian masalah setempat mereka. Tetapi nakkan seseorang yang boleh mendekati mereka dan meluahkan apa yang terbuku di jiwa. Inilah yang dikatakan silent majority atau pengundi 'atas pagar'. Kumpulan seperti ini tidak dapat meluahkan apa yang dilihat dalam Internet sebaliknya menterjemahkan rasa hati mereka dalam bentuk undi dalam pilihan raya.

Bila geram, mereka akan undi pembangkang. Macam wakil-wakil pembangkang di kawasan tertentu, mereka akan menerapkan unsur kebencian rakyat kepada BN dan UMNO. Ia 'dipasak-pasak' dalam hati penduduk. Sebab pembangkang tahu BN tidak akan meletakkan calon-calon bebas masa pilihan raya nanti.

"Macam bertemu dengan Datuk Nong Chik tempoh hari, penduduk berkenaan tahu bahawa kalau isu keselamatan, sudah tentunya ia di bawah tanggungjawab polis, jalan pecah dan rosak urusan DBKL. Mereka juga tahu bahawa BN tidak wajar dipersalahkan dalam soal semua ini.

"Sudah pasti selain penduduk berkenaan tahu Datuk Nong Chik mampu membawa isu-isu ini ke pihak atas, namun perkara pokok yang mereka hendakkan ialah meluahkan apa yang ada dalam hati mereka dengan bersemuka dengan Datuk.

"Mereka merasakan diri begitu dihargai," kata seorang pegawai Nong Chik.

Dan pembangkang sememangnya seperti mana yang ketara dalam akhbar-akhbar tanpa permit KDN, mereka akan sentiasa meletakkan pemimpin kerajaan termasuk menteri dalam keadaan perlu menjawab. Mereka sentiasa 'menyerang' manakala di pihak kerajaan pula sentiasa dalam situasi hendak pertahankan.

Namun dalam banyak insiden ketika ini di Lembah Pantai, pembangkang dalam keadaan tersepit.

Dalam dia memperlekehkan mat-mat rempit, mereka menggerakkan pula program memberi topi keledar percuma kepada penunggang motosikal di tepi jalan perumahan pantai Permai dekat sebuah stesen minyak baru-baru ini. Mulanya dicadangkan 300 topi keledar. Tetapi setelah melihat sambutan cukup hangat dalam 100 pemberian pertama, program dihentikan. Kemudian habis di'tweet' bahawa kira-kira '300 topi keledar telah diberi, sambutan sangat hebat. Inilah taktik program 'hit & run' pembangkang.

Khamis lalu itu penulis sempat meninjau selama tiga jam di sekitar Bangsar dan Lembah Pantai. Di suatu hentian bas dekat Angkasapuri, penulis disuakan dengan sekeping risalah. Pendek sahaja ungkapannya.

"BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) kali kedua, jangan lepaskan peluang terus sapu kerana itulah duit kita sebenarnya. Ayuh! kita makankan UMPANnya. Tapi AWAS! jangan terkena pancingnya."

Itulah taktik 'hit & run'. Memang gaya pembangkang, mereka suka 'hit & run' sesuatu isu atau cakap begitu begini. Tetapi akhirnya tidak berani beri fakta, bukti serta angka yang mereka dakwa sebelum ini. Banyak sudah bukti Anwar Ibrahim bercakap menuduh itu dan ini, tetapi bila diminta bukti, jawapan 'tunggu'. Dan selalunya rakyat tertipu kerana sampai 'kucing bertanduk' pun bukti yang dia janjikan, tidak muncul-muncul juga.

Apa yang boleh diambil iktibar daripada pertemuan Nong Chik dengan kira-kira 50 penduduk Bangsar tempoh hari ialah perlunya kepemimpinan BN memecahkan stigma yang sedang dan telah 'digarap' oleh pembangkang. Yakni, BN takut berbincang atau berdialog dengan masyarakat.

Sebenarnya, adalah lebih baik lagi jika wakil rakyat atau menteri berkenaan menghubungi terus penduduk yang hendak dibawa berdialog. Ini bagi memastikan sifat kepunyaan penduduk terhadap wakil rakyat mereka.

Wilayah Persekutuan tidak mahu wakil rakyat yang mahu tumpang semangkuk dengan sekadar mendengar rintihan rakyat. Dan tidak tahu atau gagal menyelesaikan permasalahan itu.

Lebih buruk lagi apabila menuding jari kepada pihak lain untuk menutup kelemahan yang ada.

4 comments:

  1. puak & juak-juak nie dah 50 thn lebih hidup dgn menipu tak habik-habik, dr genetik lagi kot, yg pening tu??? yg percaya dekat depa tu makin lama makin keras.... bertambah tu tdk lah sgt??? apa nak buat dgn hampas-hampas nie???

    balik pd lp punya citer... anak dia sebiji macam bapak, kdg lebih dr papa... tak habik-habik dgn tipu, kelepiak sana kelepiak sini.... semua kena dekat dia sj.... apa dah jadi, apa nak jadi???

    mangsa pd keadaan dan kebenaran... tu!tu!tu!.... rang nong chik..... kesian dekat dia!!! tapi takpe org lembah pantai makin bijak.... dia org makin nampak, blh timbang siapa yg keloloh siapa yg betui??? cherio bro!!!

    ReplyDelete
  2. BN until now, failed to manage the percept of the intellect. Pity the hardworking Raja Nong Chik thats being manipulated by this twisted Nurul.

    ReplyDelete
  3. Let Raja Nong Chik, our local boyz run as our candidate for Lembah Pantai?

    ReplyDelete
  4. Saya akui perubahan sememangnya sedang berlaku di Bangsar walau pun pada kadar yang perlahan. Kita perlu realistik. Kami terlalu ke depan jika dibanding dengan keseluruhan Lembah Pantai dan lama tidak mampu diurus atau ditinggal oleh BN. Walau bagaimana pun kami inginkan juga kedekatan pada pemimpin. Pendekatan Datuk Seri Raja Nong Chik yang hari ini mestilah berterusan dan DS sudah mulai masuk di dalam buku pertimbangan kami.

    ReplyDelete