Aku rasa ramai di antara kita yang pernah dengar pasal
air con jenama Acson. Mungkin ada di antara kita yang pernah pakai air con
jenama tu.
Tahukah anda, pengasas jenama Acson adalah orang Melayu? Kejayaan
beliau dalam perniagaan juga diiktiraf oleh para usahawan Bumiputra lain
sehingga beliau dilantik menjadi Presiden Persatuan Pengilang & Industri
Perkhidmatan Bumiputra Malaysia.
Dalam keadaan kita ingin melihat peningkatan ekuiti
Bumiputra dalam perniagaan, orang-orang macam ni memang perlu diberi
penghargaan.
Bila melihat keupayaan beliau dalam bidang perniagaan,
Perdana Menteri sendiri ingin melihat kejayaan beliau dalam bidang perniagaan
diterjemahkan kepada kejayaan dalam membantu membangunkan negara. Maka PM telah
meminta agar usahawan Bumiputra berjaya ini mengorbankan waktu dan kudrat
beliau dan meninggalkan bidang perniagaan sementara untuk berkhidmat sebagai
Menteri.
Siapakah insan yang dimaksudkan? Tak lain tak bukan, Dato’
Raja Nong Chik. Semasa Dato’ Raja Nong Chik dilantik menjadi Menteri, siapa
yang kenal beliau? Pelantikan Dato’ Raja Nong Chik memang mengejutkan semua
kerana beliau bukanlah tokoh penting dalam UMNO.
Dato’ Raja Nong Chik sendiri tidak pernah melobi untuk
menjadi Menteri, tetapi atas dasar berkhidmat untuk negara, perniagaan
ditinggalkan seketika.
Tapi berbaloikah menjadi Menteri jika apa yang diterima
terutamanya dari pembangkang cuma fitnah, tohmahan dan cercaan? Sedangkan jika
menjadi ahli perniagaan sepenuh masa, lebih banyak masa dapat diluangkan
bersama keluarga, perniagaan juga dapat ditingkatkan dan yang paling penting,
ahli keluarga dapat mengekalkan privasi mereka.
Fitnah terkini yang dilemparkan ialah mengenai isu
Istijuara. Fitnah ini dilemparkan oleh Nurul Izzah, Nik Nazmi, RPK dan diberi
sorotan menyeluruh dalam media pembangkang. Pembangkang mempertikaikan kenapa
kontrak tersebut diberi kepada anak Dato’ Raja Nong Chik.
Hakikatnya,
Istijuara Sdn Bhd
dapat Surat Niat (Letter of Intent) untuk membekal, memasang dan menyelenggara
peralatan untuk Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor
dari KBS pada tahun 2006. Pada
masa itu, Dato' Raja Nong Chik tidak
ada sebarang pegangan saham dalam Istijuara Sdn Bhd. Ini bermakna Istijuara Sdn Bhd dapat kontrak tu atas
daya usaha mereka sendiri.
Dato’ Raja Nong
Chik beli Istijuara Sdn Bhd pada tahun 2007
dan letakkan bawah nama anaknya. Pada
masa itu, Dato’ Raja Nong Chik
belum jadi Menteri lagi. Sebagai ahli
perniagaan, tidak ada salahnya dia nak beli saham mana-mana syarikat.
Dato’ Raja Nong
Chik jadi Menteri pada tahun 2009. Beliau
jadi Menteri Wilayah Persekutuan, bukan Menteri Belia dan Sukan ya, jadi
kontrak tersebut bukan bawah Kementerian beliau.
Pada tahun 2010,
kompleks IKBN Bandar Penawar siap. Bila dah siap, baru Surat Tawaran (Letter of
Award) dikeluarkan kepada Istijuara Sdn Bhd. Mengapa kena tunggu siap baru keluar Surat Tawaran?
Sebabnya Kerajaan nak pastikan spesifikasi peralatan adalah up to date. Kalau dia bagi Surat Tawaran (Letter of Award) pada
tahun 2006 bersekali dengan Surat Niat (Letter of Intent) maka spesifikasinya
tentulah spesifikasi tahun 2006 sedangkan kompleks hanya akan siap pada tahun
2010! Bayangkanlah, kompleks serba canggih guna peralatan kuno dan out of
date!
Isu
ni sebenarnya dah banyak kali dijawab tapi pembangkang sengaja memekakkan
telinga dan memejamkan mata, tetap tidak mahu menerima kebenaran.
Sebenarnya
budaya fitnah pembangkang inilah yang menyebabkan ramai tokoh dalam pelbagai
bidang fikir panjang sebelum menerima sebarang jawatan untuk membantu Kerajaan.
Kita mahu kepakaran mereka untuk membantu dalam membangunkan negara, tapi bila
mereka memikirkan tentang pelbagai fitnah yang bakal dilemparkan, ramai yang
tidak bersedia tampil ke hadapan.
Ini
sebenarnya satu kerugian untuk negara. Tapi pembangkang peduli apa? Biarlah negara
kehilangan khidmat pakar-pakar. Apa yang penting, dia dapat buat kecoh walaupun
isu yang dibangkitkan jelas tidak benar.
Inilah
sebenarnya wajah sebenar pembangkang. Matlamat menghalalkan cara. Peduli apa
kalau negara mundur atau bankrap asalkan kuasa politik dapat dirampas!
Read about Nurul caught lying on the AAT contract in our blog.
ReplyDeleteTuduhan yang palsu atau tidak tepat hanya menyerlahkan kebodohan si penuduh. Semua pun dah tahu Nurul memang macam tu kerjanya, tergopoh gapah, menyangkakan dia dah buat breaking news padahal selidiknya tak habis.
ReplyDeleteIni pengajaran buat kita semua juga. Jangan tuduhan bertukar menjadi fitnah. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap buruk padahnya.
Bapak borek anak rintik. Keluarga yg diingati bukan kerana jasa tapi kerana keluarga dajal. Manusia mati tinggalkan nama tapi keluarga Anwar mati tinggalkan "haramjadah" iaitu kata2 hikmat Anwar..
ReplyDelete