Apa kecoh-kecoh ni DAP & PKR?
Belum apa-apa lagi dah bercakar sesama sendiri. Mari kita
lihat apa kata Penyelaras Hal Ehwal Melayu DAP, Zulkifli Mohd Noor tentang PKR
dalam Free Malaysia Today.
PKR egos too big, says DAP man
A Malay DAP leader has warned Pakatan colleagues against
egoism, cronism and nepotism, saying that it could cost the opposition bloc the
next election.
DAP Malay Affairs coordinator Zulkifli Mohd Noor said he
detected this inflated sense of self-worth in Pakatan leaders, especially from
PKR, whenever he dealt with them.
He fears that this attitude would cause the alliance to
lose rather than gain seats in the crucial upcoming 13th general election.
Zulkifli has a message for PKR leaders – realise that
they are relatively new compared to the likes of DAP.
They must therefore display a greater level of respect
and tolerance towards the party elders in DAP, he said.
Ego PKR terlalu besar, kata pemimpin DAP
Seorang pemimpin Melayu DAP telah memberi amaran kepada
rakan-rakan Pakatan Rakyat tentang sikap egoisme, kronisme dan nepotisme mereka,
dengan berkata bahawa ia boleh memberi akibat buruk terhadap blok pembangkang dalam
pilihan raya akan datang.
Penyelaras Hal Ehwal Melayu DAP, Zulkifli Mohd Noor,
berkata sikap besar kepala pemimpin Pakatan, terutamanya dari PKR, dapat
dikesan apabila beliau berurusan dengan mereka.
Beliau bimbang sikap ini akan menyebabkan Pakatan
kehilangan kerusi dalam PRU13 akan datang.
Zulkifli mempunyai mesej untuk pemimpin PKR - sedarlah
bahawa anda adalah orang baru berbanding dengan pemimpin-pemimpin dari DAP.
Oleh itu, mereka perlu lebih menghormati dan toleransi
terhadap pemimpin-pemimpin DAP, katanya.
Wow… DAP sudah mengorak langkah untuk jadi parti utama
dalam Pakatan Rakyat. Sebelum ini PAS memang sudah tunduk kepada kepimpinan
DAP, sekarang sudah tiba masanya untuk mengajar PKR pula. Biar dia tahu siapa
sebenarnya parti teras Pakatan Rakyat.
Tapi, aku sebenarnya musykil juga. Siapa Zulkifli Mohd
Noor ni? Ada fungsi ke Penyelaras Hal Ehwal Melayu DAP ni? Ada berapa kerat je
Melayu dalam DAP? Pemimpin utama Melayu macam Tunku Aziz pun dah lari, jadi nampak
sangat Penyelaras Hal Ehwal Melayu DAP memang tak reti buat kerja untuk tarik
sokongan Melayu untuk DAP. Tapi tiba-tiba je dia boleh sound geng-geng PKR.
Mengapa orang junior macam Zulkifli Mohd Noor yang diberi
tugas untuk sound PKR? Mengapa bukan pemimpin senior yang menegur PKR? Adakah
ini caranya untuk membodek Lim Kit Siang, Lim Guan Eng & Karpal Singh
dengan mendewa-dewakan DAP dan memperlekehkan PKR? Ataupun mungkin pemimpin DAP
sengaja nak test market, nak tengok apa respon PKR terhadap teguran ini?
Sekarang aku nak tunggu apa ulasan pemimpin senior PKR
terhadap teguran keras dari budak junior DAP ni. Kalau mereka hanya berdiam
diri tanpa sebarang komen, tidak berani membela diri, jelaslah bahawa tampuk
kepimpinan Pakatan Rakyat berada dalam genggaman DAP.
Dan jika Pakatan menang PRU13, walau siapapun Perdana
Menteri yang dilantik, yang pastinya kuasa berada di tangan dinasti Lim dan
Karpal.
Apa kecoh-kecoh ni DAP & PKR?
No comments:
Post a Comment