Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar
Ibrahim?
Nurul Izzah menang Parlimen Lembah Pantai guna taktik
kotor?
TAK HERAN!!
Memang dari dulu lagi aku dah cakap, anak didik
kesayangan Anwar Ibrahim ni perangainya memang sebijik macam Papa Hebatnya.
Depan cakap lain, belakang cakap lain.
Depan kata nak PRU yang bersih tanpa serangan peribadi,
kat belakang dialah nombor wahid dalam kategori umpat-mengumpat dan
fitnah-memfitnah.
Nah, sekarang petisyen dah dikemukakan, kita biar
Mahkamah tentukan.
BN ada bukti
kukuh menang Batu & Lembah Pantai
SHAH ALAM: Kes salah
laku melibatkan Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar merupakan
antara isu 'heavyweight' yang difailkan di dalam petisyen Barisan Nasional
(BN), demikian menurut Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam
Harun.
"Di Parlimen Batu
melibatkan YB Tian Chua dikatakan hilang kelayakan untuk bertanding. Manakala
di Parlimen Lembah Pantai lebih kepada taktik berkempen melampau YB Nurul Izzah
menentang Datuk Raja Nong Chik," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Tian Chua sebelum ini
dikatakan hilang kelayakan sebagai calon apabila terlibat dalam satu dakwaan
kes jenayah berikutan suatu perhimpunan awam dan telah dikenakan denda sebanyak
RM 2,000.
Manakala Nurul Izzah
pula didakwa menggunakan taktik kotor serangan peribadi terhadap pesaingnya di
Parlimen Lembah Pantai, Raja Nong Chik berkaitan isu pembelian tanah dan harta,
selain menuduh bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu sebagai rasis.
Mengulas lanjut,
Hafarizam berkata, kesemua petisyen yang difailkan BN berasaskan kepada fakta
dan bukti kukuh dan tidak menjadikan jumlah petisyen difailkan Pakatan Rakyat
yang sebagai satu isu besar.
"BN pada mulanya
nak failkan 50, tapi selepas kita adakan mesyuarat bersama peguam-peguam BN
seluruh Malaysia, kita lihat secara fakta dan aduan serta bukti yang ada, kita
telah kurangkan kepada 21. Atas alasan kita mahukan kes yang ada asas untuk
dibicarakan dan bukan atas tujuan politik.
"Kedua ialah dalam
21 petisyen, ada satu petisyen tidak melibatkan fakta, rasuah atau perjalanan
PRU. Tetapi melibatkan intepretasi undang-undang sama ada (seseorang) layak
menjadi Ahli Parlimen atau tidak.
"Maknanya petisyen
ini bukan nak tunjuk kita tak puas hati sebab kalah, tetapi mahu undang-undang
tidak dipandang remeh, sebaliknya kelayakan menjadi calon parlimen atau DUN
adalah paling utama sebelum seseorang dilantik," katanya lagi.
Jelas Hafarizam lagi, BN
mempunyai lima alasan kukuh mengapa petisyen difailkan iaitu mahu membuktikan
pembangkang terlibat dalam kegiatan rasuah dan taktik menakut-nakutkan pengundi
dengan cara tidak wajar.
"Ketiga, tentang
perjalanan PRU yang dibuat SPR tak mematuhi piawaian undang-undang. Keempat
berkenaan kertas undi rosak ditolak tanpa mengikut alasan seperti dalam
peraturan perjalanan PRU. Kelima berkaitan kelayakan seseorang menjadi
calon."
Terdahulu, Setiausaha
Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur pada hari ini mengumumkan BN
memutus untuk memfailkan 21 petisyen Plihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Jelasnya BN tidak mahu
membangkitkan isu remeh di mahkamah, selain yakin petisyen yang difailkan itu
mempunyai asas kukuh serta merit yang wajar untuk dipertimbangkan.
PKR, PAS dan DAP
memfailkan sebanyak 35 petisyen, meliputi 25 petisyen kerusi parlimen dan 10
petisyen kerusi Dewan Undangan Negeri PRU13.
Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?
Teruskan BN.
ReplyDeleteSekurang-kurangnya kita guna jalan yang benar.
Bukan jalan belakang, tapi tak jalan-jalan pon lagi.. :)
Terbaik la BN ...
ReplyDeleteLink :http//:donclubjerantut.blogspot.com