Saturday, June 22, 2013

RUSUHAN JALANAN SATU-SATUNYA CARA PAKATAN DAPAT RAMPAS KUASA – HISHAMUDDIN RAIS


Apa kecoh-kecoh ni Hishamuddin Rais?

Akhirnya geng-geng Pakatan mengaku juga, mereka berkumpul di jalan raya kerana mereka tahu mustahil untuk rampas kuasa secara sah melalui pilihan raya!

Berikut kenyataan Hishamuddin Rais semasa perhimpunan haram Black 505  di Padang Merbok seperti dilaporkan portal pembangkang, Malaysiakini:

4:50 petang: Padang Merbok - aktivis veteran Hishamuddin Rais mengambil pentas.

Beliau menegaskan bahawa beliau sentiasa berpendapat adalah mustahil untuk menukar
kerajaan melalui pilihan raya.

"Saya selalu berkata, mustahil.

"Jalanraya, jalanraya," katanya berulang kali.

TUUU DIAAA!!!

Turun jalan buat kacau sahaja caranya untuk rampas kuasa. Ikut model Arab Spring dan cetuskan kekacauan besar-besaran. Lepas tu baru boleh gulingkan Kerajaan.

Tapi malangnya orang dah tak makan helah lapuk pembangkang. Boleh baca sendiri sambutan terhadap Black 505 seperti yang dilaporkan portal pembangkang, Malaysiakini:

Walaupun PKR menjangkakan kehadiran kira-kira 300,000 orang tetapi hanya kira-kira 30,000 orang sahaja yang hadir di Padang Merbok.

10% sahaja yang hadir dari jumlah yang disasarkan?

Nampak sangat takda sambutan!!

Nampaknya mimpi Anwar dan Hishamuddin Rais untuk merampas kuasa menerusi rusuhan jalan raya takkan tercapai!!

Apa kecoh-kecoh ni Hishamuddin Rais?


2 comments:

  1. Rakyat Malaysia ni berapa juta..oii..adakah dengan seramai ni dikatakan mewakili suara rakyat..orang tengok bola kat stadium lagi ramai laa..kalau betul SPR tak telus..besok pagi, jangan angkat sumpah jadi wakil rakyat la ...ni tak berebut nak elaun sebagai wakil rakyat keje tarakkk

    ReplyDelete
  2. dah nama pun politikus. diorang cari makan lagu tu lah... ada kuasa baru tak miss soru. Bela rakyat? Perpaduan?? ada diorang kesah???

    ReplyDelete