Aku cukup respek dengan Dr Ridhuan Tee. Walaupun dia sendiri
berbangsa Cina, tapi semangat perpaduan dan anti kiasu beliau memang hebat,
mengalahkan orang Melayu sendiri.
Apabila isu pendidikan Cina dibangkitkan Profesor Teo Kok
Seong, Dong Zong begitu agresif dan defensif. Dong Zong mewakili Zong yang
lain, tetap berkeras tidak mahu pendidikan Cina diusik sedikitpun hatta oleh
kerajaan. Mereka mahu menjadi secina-cinanya dalam apa jua keadaan. Dong Zong
tetap mahukan silibus bahasa Melayu (BM) dan jadual waktu BM dikekalkan
seadanya, tanpa diubahsuaikan. Pendek kata, subjek BM mesti melukut kepada
subjek silibus Cina lain.
Untuk pengetahuan, kerajaan berhasrat untuk menyeragamkan
silibus BM sama seperti Sekolah Kebangsaan. Setakat ini, subjek BM di SJKC/T
lebih mudah berbanding SK. Pelajar di SK perlu mengambil subjek BM yang agak
susah sedikit, berbanding BM di SJKC yang jauh lebih mudah. Apakah istimewanya
pelajar SJKC sehingga silibus mereka dimudahkan? Berbanding negara lain, tidak
ada pilihan sebegini. Suka atau tidak, jika mahu tinggal di sini, setiap warga
mesti mematuhi akur agenda negara.
Kerajaan melihat sudah sampai masanya ianya diseragamkan.
Apabila perkara ini dicadangkan, ianya ditentang oleh semua persatuan Cina,
kerana dengan berbuat demikian, kononnya akan menyusahkan pelajar Cina. Kenapa
tidak boleh bersusah sedikit untuk negara? Perlukah kita menjadi secina-cina
dalam sebuah negara berasaskan kenegaraan Melayu?
Peliknya, mereka tidak pernah risau soal pelajar Cina tidak
dapat menguasai BM sebagai bahasa negara. Mereka cuma risau pelajar Cina tidak dapat menguasai bahasa Cina
sepenuhnya. Sedangkan bahasa dialek Cina yang lain sudah kuasai seperti
Kantonis dan Hokkien, yang menjadi bahasa harian. Apa isi hati mereka
sebenarnya? Pembentukan Cina bagaimana yang dimahukan? Cuba tanya Cina di
Thailand dan Indonesia?
Pelajar-pelajar di universiti saya yang ingin mengkaji
keupayaan BM di kalangan pelajar Cina dihalang oleh pihak pentadbiran sekolah.
Kenapa? Mereka tidak mahu ada bukti yang menunjukkan bahawa pelajar Cina memang
tidak boleh menguasai bahasa negara. Jika ada bukti ini, menyukarkan mereka
untuk menjawab.
Saya berikan dua situasi untuk difikirkan bersama. Situasi
pertama, kes anak-anak saya dan adik saya, seperti juga anak-anak Melayu
yang menyekolahkan anak mereka di SJKC.
Tujuan kami agar mereka dapat menguasai bahasa asing mandarin, bukan untuk
menjadi secina-cinanya. Balik rumah, sosialisasi mereka berbeza. Adunan
sosialisasi bangsa dengan sosialisasi negara. Mereka tidak ada masalah untuk
bertutur dalam BM, BC dan lain-lain.
Mereka tidak ada masalah untuk berkawan dengan anak Melayu
dan anak Cina, serta lain-lain bangsa. Sebab persekitaran tidak terlalu
kecinaan. Bagi orang seperti kami, jika kerajaan mahu melakukan penambahbaikan
BM di SJKC, silakan. Cukuplah anak saya dapat menutur dan membaca BC, tidak
perlu menjadi secina-cinanya. Lagipun ini bukan negara China.
Misalnya, Presiden MCA dan Setiausaha Agung DAP bukan datang
dari SJKC. Mereka masih boleh menggunakan bahasa Cina dengan baik. Kenapa?
Persekitaran kecinaan mereka sudah cukup menjadikan mereka cina.
Mereka masih tetap orang Cina dan boleh berbahasa Cina.
Bayangkan mereka yang seratus peratus melalui sosialisasi Cina. Persoalannya,
kenapa kita mahukan mencinakan mereka sepenuhnya pelajar Cina, sedangkan di
negara Chinapun tidak sedemikian? Mereka terpaksa patuh kepada sekolah di bawah
sistem komunis.
Kita pula biarlah SJKC beroperasi mengikut kehendak mereka,
bukan kehendak negara. Orang Cina dari negara China menggeleng-geleng kepala
apabila saya cerita proses pencinaan yang begitu ultra di sini. Mereka pun
tidak seultra ini seperti contoh kes kedua ini.
Anak Cina yang mendapat pendidikan dan persekitaran mereka
secina-cinanya. Anak Cina yang berada di SJKC, berkawan dengan Cina, balik
rumah cakap Cina, jiran Cina, tonton tv Cina, dengar radio tv dan buka internet
Cina. Akhirnya, mereka kekok berkawan bangsa lain, tidak boleh bercakap BM.
Sosialisasi perkauman.
Jika mereka tidak berada di sekolah Cina pun, penguasaan BC
masih lagi baik kerana persekitarannya amat kecinaan seperti dua pemimpin ultra
kiasu tadi. Kes kedua ini yang paling ramai dan menjadi semakin ultra kiasu.
Jika tidak percaya, pergilah ke rumah-rumah Cina. Saya yakin
tidak ada seorangpun yang akan menonton TV1, TV2, TV3, TV8 dan TV9 (termasuk
radio). Jika adapun yang tonton hanya ketika tayangan filem atau drama Cina.
Selebihnya 24 jam menonton siaran Cina berbayar. Sosialisasi Cina amat
kecinaan.
Kadangkala, saya tidak sangat menyalahkan ultra kiasu, kuasa
di tangan kita atau boleh dikatakan semua di tangan kita. Kenapa kuasa itu
tidak digunakan. Kita biarkan mereka melakukan sesuka hati.
Misalnya, Pelancaran kabel digital TV ABN Xcess yang
dihadiri PM baru-baru ini. Pengerusi stesen TV adalah orang Melayu dan orang
kuatnya adalah bukan Melayu. Amat menjelekkan, pembukaan dimulakan dengan lagu
Cina penyanyi Taiwan, diikuti penyanyi dari India dan penyanyi Indonesia.
Persoalannya, kenapa bukan penyanyi Malaysia yang menyanyikan lagi asli atau
identiti Melayu seperti keroncong, inang dan zapin? Sepatutnya kita tetapkan
syarat-syarat selaras Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Ini tidak, kita biarkan penganjur melakukan sesuka hati mereka.
Malangnya, orang Melayu turut jahil sama. Identiti negara berdagang di bumi
sendiri. Salah siapa?
No comments:
Post a Comment