Tuesday, June 4, 2013

DONG ZONG RASIS TAK BENARKAN SIJIL UEC JIKA BELAJAR DALAM BAHASA MELAYU



Apa kecoh-kecoh ni Dong Zong?

Semua orang tahu bahawa Dong Zong ialah sebuah pertubuhan rasis Cina. Sebelum ini mereka buat kecoh kerana Timbalan Menteri Pendidikan, Dato Mary Yap tidak fasih berbahasa Mandarin. Dong Zong kata orang Cina yang tak fasih berbahasa Mandarin TIDAK LAYAK untuk menguruskan hal ehwal sekolah Cina.

Dong Zong, jawatan Timbalan Menteri Pendidikan BUKAN untuk uruskan hal ehwal sekolah Cina sahaja. Jawatan itu untuk uruskan hal ehwal pendidikan di SELURUH Malaysia!! Apa hak Dong Zong nak tetapkan syarat untuk pelantikan jawatan Timbalan Menteri Pendidikan?

Sekarang mereka buat kecoh lagi. Kali ini mereka menghalang pelajar-pelajar SM Chong Hwa Kuantan untuk menduduki peperiksaan UEC, iaitu sijil sekolah menengah Cina setaraf SPM.  

Mengapa pelajar tersebut dihalang menduduki peperiksaan UEC?

Boleh baca sendiri laporan berikut:

Persekutuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Pahang, yang mendapat kelulusan pada tahun lepas untuk membina SM Chong Hwa, telah menegaskan bahawa ia adalah sekolah bebas Cina dan akan mengamalkan "model dwi-track" untuk membenarkan para pelajar untuk menduduki kedua-dua peperiksaan SPM dan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Walau bagaimanapun, Dong Zong tidak bersetuju kerana prasyarat kontroversi bahawa ia harus menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dan menerima kurikulum kebangsaan.

Dong Zong juga menegaskan bahawa ia tidak akan membenarkan pelajar Chong Hwa untuk menduduki UEC.

Timbalan Presiden Dong Zong, Chow Siew Hon berkata membenarkan pelajar sebuah sekolah bukan tipikal persendirian Cina untuk menduduki UEC, yang adalah pemeriksaan tertutup, akan menjejaskan masa depan 60 sekolah-sekolah Cina.

TUUU DIAAA!!

Alasan Dong Zong untuk menghalang pelajar SM Chong Hwa menduduki peperiksaan UEC semata-mata kerana mereka belajar dalam Bahasa Melayu dan menerima kurikulum kebangsaan. Dong Zong mahu pelajar sekolah menengah Cina belajar 100% dalam bahasa Cina, langsung tak boleh guna Bahasa Melayu!! Kurikulum pula mestilah menggunakan kurikulum Dong Zong yang mengagungkan Cina dan tak boleh guna kurikulum kebangsaan yang memupuk perpaduan!

Kawan-kawan boleh tengok sendiri betapa rasisnya Dong Zong yang juga merupakan tulang belakang DAP. Belajar dalam Bahasa Melayu tak boleh, kena belajar dalam Bahasa Cina sahaja. Belajar kurikulum kebangsaan tak boleh, kena belajar kurikulum Cina Dong Zong sahaja.

Sekarang siapa yang sebenarnya rasis?

Apa kecoh-kecoh ni Dong Zong?

No comments:

Post a Comment