Friday, June 7, 2013

BLACKOUT 505 PADANG MERBOK – PAKATAN KENA SAPU DENGAN PERBADANAN SISA PEPEJAL?



Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

Sekarang ni dah kecoh Pakatan kononnya mereka akan adakan perhimpunan mega Blackout 505 di Padang Merbok pada 15 Jun.

Perkara ni dah merata-rata Pakatan hebahkan. Surat makluman pun mereka dah hantar pada polis.

Tapi PDRM buat kenyataan bahawa perhimpunan di Padang Merbok kemungkinan besar akan ditolak.

Maka meroyanlah pencacai Pakatan kononnya ini satu lagi bukti sekatan terhadap hak mereka untuk bersuara! Kononnya inilah bukti bahawa PDRM sengaja menindas Pakatan!

Ye ke Pakatan kena tindas?

Jom baca laporan ni.

Blackout 505 di Padang Merbok Perlu Ditangguhkan

WALAUPUN polis telah menerima notis daripada penganjur perhimpunan Blackout 505 perhimpunan yang mereka merancang untuk mengadakan perhimpunan mereka di Padang Merbok pada 15 Jun, ia mungkin tidak dibenarkan kerana tidak ada kelulusan diperolehi dari pemilik premis iaitu DBKL.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata polis menerima notis pada hari Rabu pada pukul 3.30 petang, tetapi ianya tidak mengikut Akta 2012 Perhimpunan Aman.

"Jika pihak penganjur bercadang untuk mengadakan acara mereka di Padang Merbok, mereka mesti mendapatkan kelulusan daripada pemilik premis sebelum menyerahkan notis mereka. Dalam kes ini, pemilik ialah DBKL, maka mereka perlu mengemukakan kepada polis surat kelulusan dari DBKL. "

Zainuddin berkata penganjur akan melanggar undang-undang jika mereka meneruskan perhimpunan itu tanpa kelulusan DBKL. "Di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, ini merupakan suatu kesalahan kerana mereka perlu mendapatkan kelulusan untuk menggunakan premis.”

"Pihak PDRM dimaklumkan Perbadanan Pengurusan Pembersihan Awam dan Sisa Pepejal akan mengadakan larian amal di Padang Merbok pada 15 Jun di mana pihak penganjur telahpun mendapat kelulusan dari DBKL untuk mengadakan acara di sana," kata Zainuddin.

Sementara itu, Dewan Bandaraya berkata ia tidak menerima sebarang permohonan daripada Pakatan untuk menganjurkan perhimpunan Blackout 505.

TUUU DIAAAA!!

Lawak antarabangsa minggu ini.

Pakatan nak buat perhimpunan, dah jemput orang ramai tapi Padang Merbok pun tak booking lagi. Bukan setakat tak booking, nak maklumkan pada DBKL pun belum! Dah la pada tarikh yang sama, orang lain dah booking Padang Merbok!

Macam ni je ke profesionalisme geng Pakatan?

Contoh insiden ini ialah macam orang nak buat kenduri kahwin, dah siap keluar kad jemputan tapi dewan pun belum booking lagi. Bukan setakat tak booking, nak tanya tuan punya dewan sama ada tarikh tu kosong pun tak buat! Last-last orang lain dah booking dewan dulu, tapi orang tu masih nak buat kenduri kahwin di tempat dan tarikh yang sama! Lepas tu bila tak bagi, dia melolong kononnya kena tindas.

Logik kaaaaa?

Kalau bagi orang biasa mungkin tak logik. Tapi bagi pencacai Pakatan, memang sangat logik. Bagi mereka, inilah bukti kukuh penindasan PDRM & DBKL terhadap Pakatan!

Tapi aku rasa bagus juga kalau Blackout 505 dibuat pada masa yang sama dengan larian amal Perbadanan Sisa Pepejal. Sambil berlari, peserta larian boleh terus beramal dengan membersihkan sampah-sampah masyarakat dalam Blackout 505!

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

1 comment:

  1. ada dorang kisah? Bersih 1, Bersih 2 ada permit ke?

    Apa polis leh buat? abis2 ambil kenyataan dan dibebaskan..

    ReplyDelete