Apa kecoh-kecoh ni Nurul & Rafizi?
Aku cukup hairan tengok telatah Nurul Izzah dan Rafizi
ni. Sebelum PRU, Anwar buat tuduhan kononnya lebih 40,000 warga Bangladesh
diterbangkan masuk ke Malaysia untuk jadi pengundi hantu. Isu ini terus
diapi-apikan oleh Pakatan untuk membangkitkan perasaan benci terhadap warga
asing sehingga timbul insiden-insiden serangan perkauman terhadap warga Bangladesh.
Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia mengecam
serangan-serangan ini dan menafikan bahawa wujud pengundi hantu yang
diterbangkan masuk dari Bangladesh.
Apa respon Nurul & Rafizi?
Boleh baca sendiri laporan dari portal pembangkang
Malaysian Insider:
PKR Pertahankan Dakwaan Terdapat Pengundi Hantu Bangladesh
PKR melalui Pengarah
Strateginya Rafizi Ramli mempertahankan dakwaan warga asing dari Bangladesh
telah mengundi secara haram pada Pilihan Raya 2013 walaupun penafian telah
dibuat oleh Kedutaan Besar negara itu semalam di sini, menegaskan bahawa PKR mempunyai
bukti untuk menyokong dakwaan mereka.
Kedutaan Bangladesh turut
melahirkan kejutan pada insiden-insiden yang menggambarkan rakyat Malaysia
menyerang orang-orang yang didakwa kononnya pengundi hantu Bangladesh.
Naib
Presiden PKR Nuruk Izzah Anwar mengatakan walaupun parti itu mengakui adalah
salah untuk mensasarkan pekerja asing Bangladesh, SPR seharusnya melakukan
sesuatu untuk mencegah tindak balas xenofobia terhadap warga asing jika ia
bertindak terhadap aduan itu.
"Sudah tentu serangan dan permusuhan tidak
harus dilakukan terhadap orang asing, SPR sepatutnya menghalang ini.”
Ini pula laporan dari portal pembangkang Malaysian
Chronicle.
Bukan
Kami Tapi Najib & SPR Yang Merosakkan Nama Baik Warga Bangladesh
PETALING JAYA - Pemimpin-pemimpin PKR enggan mengulas komen
Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh bahawa dakwaan warga Bangladesh diterbangkan
untuk mengundi dalam PRU 13 tidak masuk akal, sebaliknya PKR mendesak supaya
Kedutaan Bangladesh mengambil bahagian dalam siasatan awam mengenai perkara
tersebut.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah meminta Bangladesh
menyertai siasatan awam yang sedang berlangsung di Pulau Pinang dan Selangor
bagi mendapatkan kebenaran perkara itu.
"Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor telah
mengumumkan mereka akan menjalankan penyiasatan, jadi biarlah siasatan
diteruskan. Sertailah pertanyaan di Sabah, Pulau Pinang dan
Selangor," katanya, mendakwa bahawa ia adalah sia-sia untuk Pesuruhjaya
Tinggi untuk menyangkal tanpa menawarkan bukti untuk menyokong penafian beliau.
Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru, menggesa kerajaan
Najib dan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk "memulihkan nama baik warga Bangladesh
".
Isy..isyy..isyy…
Berbelit betul ulasan geng PKR ni.
Sejak sebelum PRU lagi Pakatan dah berbuih tuduh kononnya
ada warga Bangladesh diterbangkan masuk untuk jadi pengundi hantu. La ni dah
SEBULAN lepas PRU tapi sampai sekarang satu bukti pun tak dikemukakan.
Yang banyak ada ialah permohonan maaf dari Pakatan sebab
salah tuduh warga Malaysia sebagai warga asing.
Ni contoh permohonan maaf sebab salah buat tuduhan:
Ahli
Parlimen DAP Mohon Maaf Kepada Pengundi
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dituduh sebagai pendatang asing oleh ahli
parlimen pembangkang merupakan seorang pengundi berdaftar di Malaysia.
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming kini
mahu bertemu dengan Chua Lai Fatt secara peribadi dan memohon maaf kepada Chua
dan keluarganya berhubung dakwaan yang dilemparkan itu.
Chua, berketurunan India namun diambil menjadi
anak angkat sebuah keluarga Cina di Klang serta memberikan nama kepadanya.
Dr Ong telah menggunakan nama Chua yang
merupakan pengundi kali pertama sebagai contoh terhadap dakwaan bahawa Suruhanjaya
Pilihan Raya telah mengeluarkan Mykad kepada pendatang asing pada 4, Mei,
sehari sebelum pilihan raya umum berlangsung.
Beliau telah membuat permohonan maaf dalam
akhbar Cina berhubung dakwaan tersebut.
"Saya akhirnya dapat mengenalpasti
mengapa Chua mempunyai nama Cina. Saya mohon maaf sangat.
"Saya juga mohon maaf kepada Chua dan
ahli keluarganya," kata wakil DAP itu sambil menambah dia mahu
memanjangkan permohonan maafnya itu kepada pengundi dan keluarganya.
Ni pulak lagi satu permohonan maaf dari Suara Keadilan:
Dalam keadaan jelas bahawa semua tuduhan pengundi hantu
oleh Pakatan sebenarnya fitnah, mengapa Pakatan masih cuba menegakkan benang
basah?
Yang lawaknya Nurul pula tuduh SPR sebagai punca
diskriminasi terhadap warga Bangladesh.
Eh Nurul, kau yang mengapi-apikan
kebencian kepada warga asing, mengapa SPR pula yang dipersalahkan? Yang dok
tahan pengundi, dok pecahkan cermin bas, halang kenderaan dari masuk untuk
mengundi tu siapa? SPR ke?
TAAAK!!
Yang buat kerja-kerja tak berjadah ni orang Pakatan lah
Nurul!! Bukan SPR!! Patutnya Pakatan lah yang bertanggungjawab, bukan dok lepas
tangan dan salahkan SPR je!!
Dan yang paling lawak bila Nurul minta Kedutaan
Bangladesh kemukakan bukti bahawa tiada warganya terlibat. Eh, kau yang tuduh,
patutnya kau lah yang buktikan tuduhan. Pasal apa orang kena tuduh pulak kena
bagi bukti?
Kalau kau tak faham lagi Nurul, aku boleh bagi contoh. Kalau
aku tuduh kau, Nurul, terlibat dalam video seks, aku kena bagi bukti. Kena bagi
rakaman video, kena bagi lokasi, tarikh dan waktu kejadian. Kena bagi nama
orang-orang yang terlibat. Kalau aku tak bagi, maka tuduhan tu tak dapat disahkan.
Bukan tanggungjawab kau nak buktikan kau tak terlibat dalam video tu.
Samalah dengan kes ni, kau yang tuduh warga Bangladesh
terlibat, maka kaulah yang kena buktikan tuduhan tu. Bukan tanggungjawab kerajaan
Bangladesh untuk buktikan warga dia tak terlibat.
Itu pun susah nak faham ke?
Kau yang buruk-burukkan nama warga Bangladesh, lepas tu
kau kata ini semua salah Kerajaan. Kau kata Kerajaan yang patut
bertanggungjawab bersihkan nama warga Bangladesh.
Telatah korang ni sebenarnya macam orang yang berak
merata, lepas tu suruh orang lain bersihkan.
JIJIKKK!!
Macam ni je kualiti pemimpin Pakatan?
Boleh percaya ke pemimpin macam ni nak tadbir negara?
Apa kecoh-kecoh ni Nurul & Rafizi?