Thursday, September 27, 2012

NURUL IZZAH MAHU UNIVERSITI KEMBALI KE ZAMAN BATU!!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Dek kerana kem Pro-Mahasiswa yang didokong pakatan pembangkang tewas dalam pilihan raya kampus, maka Nurul Izzah terus merengek mempertikaikan ketelusan sistem pilihan raya berkenaan.

Apa kata Nurul Izzah?

Pilihan raya kampus yang diadakan semalam mencatatkan titik hitam dalam sejarah Malaysia.

Sebahagian dari perancangan durjana pihak eksekutif termasuklah pengenalan sistem pengundian elektronik (e-undi) di UM sejak 2009 – apabila pentadbiran UM meneruskan konsep menukar kertas undi kepada undian secara berkomputer. Setelah e-undi diperkenalkan pada 2009, pada tahun 2010 UM sekali lagi memperkenalkan sistem baru dalam pelaksanaan pilihan raya kampus iaitu e-calon, e-daftar dan e-bantah – yang semuanya berbentuk elektronik.

Sistem yang digunapakai ini mengakibatkan seribu permasalahan buat mahasiswa.

Dalam pilihan raya kampus UM kali ini, Fakulti Sains & Pendidikan terpaksa menjalankan undian semula akibat undi seri yang diperolehi kedua-dua fraksi Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa.

PKR menggesa Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan sistem undian manual sehinggalah satu badan bebas khas diwujudkan untuk menyiasat dan menyelesaikan kemelut yang berlaku.


Bahasa si Nurul kali ni nampak sangat ter’over’. Pilihanraya kampus, kononnya ‘titik hitam’ semata-mata kerana geng pro-pembangkang kalah. Buat sistem undi secara elektronik pun dituduh kononnya ‘perancangan durjana’.

Eh Nurul, kita bukannya duduk kat Zaman Batu sekarang. Semua benda kita nak upgrade mengikut perkembangan teknologi dan peredaran zaman. Dulu orang tulis surat pakai bulu pelepah, sekarang orang tulis e-mel pakai komputer. Adakah penggunaan komputer juga ‘perancangan durjana’ dan ‘titik hitam’? 

Kalau semua benda yang moden kau nak bantah, janganlah tulis e-mel pakai komputer. Tulis je pakai bulu pelepah atas kulit kambing. 

Nak bercakap dengan orang, jangan pakai telefon. Pergi sendiri jumpa orang tu, cakap depan-depan. 

Nak pergi berkempen ke Labuan, Sabah dan Sarawak, janganlah pakai jet mewah. Naik je lah sampan, berkayuh ke sana.

Lepas tu yang kau merengek pasal keputusan seri di pilihan raya UM tu mengapa? Kalau undi dah sama, memang lah keputusannya seri. Kalau undi secara manual pun, kalau jumlah undinya sama, keputusannya tetap seri! Apa kena mengena keputusan seri dengan sistem undi elektronik? Nampak sangat kau ni bangang.

Selama ni kau berlagak macam intelektual, tapi benda remeh macam ni pun kau tak boleh nak fikir. 

Bangang!! Bahlol!! Tolol!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul? 

Wednesday, September 26, 2012

NURUL IZZAH UNGKIT SEMULA ISU PEMBIAYAAN PINJAMAN PERUMAHAN PPR



Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Nampak sangat si Nurul Izzah dah takda modal, sampaikan isu basi Skim Pembiayaan Rumah PPR pun diungkitnya semula.

Dalam wawancara terkini dengan Malaysian Times, Nurul sekali lagi mengungkit mengenai isu Pembiayaan Pinjaman Perumahan PPR.

Apa kata Nurul?

KUALA LUMPUR, 21 Sept : Naib Presiden KeAdilan (PKR ) dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini sekali lagi mencabar Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin berdebat berkaitan berhubung isu skim pembiayaan khas menggunakan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memastikan masyarakat umum mengetahui isu sebenar penggunaan dana tersebut.
Katanya, sehingga kini tiada jawapan yang diberikan oleh Nong Chik dalam usaha membela rakyat berpendapatan rendah sekaligus membantu golongan miskin bandar memiliki rumah.
“Saya cabar, kalau beliau rasa cadangan-cadangan beliau lebih baik, ok..kita debat. Isu ini sahaja. Tapi sampai hari ini belum lagi berani untuk sahut cabaran saya,” jelas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Mak aiii… Bebal betul si Nurul ni.. Siapa yang sebenarnya tak berani berdebat?

Dato’ Raja Nong Chik sebenarnya dah lama sabut cabaran Nurul Izzah. Malah Dato’ Raja Nong Chik dah jemput Nurul untuk bersemuka di depan penduduk PPR yang diperlekehkan Nurul sebagai orang yang tak layak diberi pinjaman.

Tak percaya? Boleh baca balik artikel ni yang diterbitkan pada 31 Mac 2012. Bukan semalam, bukan kelmarin tapi 6 bulan lepas!!

NURUL IZZAH TAKUT DITELANJANGKAN RAJA NONG CHIK?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Sebelum ni , bila Dato’ Raja Nong Chik lancarkan Skim Pembiayaan Penjualan Perumahan PPR dan PA, Nurul Izzah adalah orang paling lantang menentang Skim ini.

Apa kata Nurul Izzah?

PAKATAN RAKYAT BERPENDAPAT ADALAH SALAH, ZALIM DAN TIDAK BERMORAL UNTUK MEMPERJUDIKAN DAN MENDEDAHKAN KEPADA RISIKO TINGGI SIMPANAN PEKERJA KEPADA PIHAK YANG MEMILIKI TAHAP KREDIT YANG LEMAH.

Maksudnya, Nurul Izzah tuduh penduduk PPR ni semuanya tak boleh dipercayai untuk diberi pinjaman. Penduduk PPR ni semuanya kaki kelentong, kaki temberang. Bila dapat duit pinjaman mereka tak akan bayar balik, mereka akan makan duit tu dan pinjaman akan hangus. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca di sini.

YA ALLAH!! HINANYA PENDUDUK PPR DAN PA DI MATA NURUL IZZAH!!

Tapi Dato Raja Nong Chik masih percaya bahawa skim ini adalah peluang terbaik untuk membantu penduduk PPR dan PA memiliki rumah mereka sendiri sekaligus membantu golongan berpendapatan rendah yang majoritinya Melayu untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Maka Dato Raja Nong Chik pun membuat undangan terbuka kepada Nurul Izzah.

KERAJAAN AKAN BUAT SESI PENERANGAN KEPADA PENDUDUK PPR DAN PA BAGI MENJELASKAN TENTANG SKIM INI. NURUL IZZAH DIJEMPUT UNTUK BERSEMUKA DI HADAPAN PENDUDUK PPR DAN PA BAGI MENJELASKAN MENGAPA BELIAU MENUDUH TINDAKAN KERAJAAN MEMBERI PINJAMAN KEPADA PENDUDUK PPR ADALAH SALAH, ZALIM DAN TIDAK BERMORAL.

Eh, ini peluang baik untuk Nurul Izzah menjelaskan tentang tuduhannya itu… Sudah tentu Nurul akan datang untuk mempertahankan tohmah dan fitnahnya!

Maka sesi penerangan pun bermula.

Sesi penerangan yang pertama diadakan di Lembah Pantai, kawasan Nurul sendiri. Ini peluang baik Nurul nak tunjuk jaguh depan pengundi kawasannya! Mesti dia datang!

Majlis bermula. Majlis tamat. Batang hidung Nurul masih tak nampak.

Aik? Majlis kat kawasan sendiri pun tak datang?

Takpa, takpa… Mungkin dia sibuk. Masih banyak lagi sesi penerangan lain yang dia boleh hadir.

Malangnya dari sesi penerangan pertama hinggalah ke sesi penerangan ke 16, bukan setakat batang hidung, bayang Nurul pun langsung tak nampak.

Macam mana ni Nurul? Sesi pertama di Lembah Pantai pun kau tak berani tunjuk muka, padahal tu kawasan kau!

Lepas tu ada lagi 15 sesi untuk kau hadir, itu pun kau tak berani datang?

Kawan-kawan, sesi-sesi penerangan ni dibuat bukan dalam tempoh satu atau dua hari, tapi berlangsung selama SEBELAS HARI DARI 7 HINGGA 18 MAC! 16 SESI PENERANGAN DALAM TEMPOH 11 HARI!!

Mustahil Nurul terlalu sibuk sampai nak luangkan masa dua jam pun tak boleh!

Jadi, apa kesimpulannya?

Kesimpulannya, Nurul Izzah tak berani tunjuk muka depan penduduk PPR kerana dia tahu tuduhannya hanya fitnah dan tohmah tanpa sebarang asas yang kukuh!! Kalau dia tunjuk muka, sudah tentu Dato Raja Nong Chik akan menelanjangkan hujah-hujah dangkalnya itu!!

Maka akan terserlahlah sikap hipokrit Nurul Izzah kepada penduduk PPR dan seluruh rakyat Malaysia. Akan tersingkaplah hati busuk Nurul Izzah yang bermati-matian cuba menggagalkan semua usaha baik kerajaan demi kepentingan politik sempitnya!

PEDULI APA KALAU PENDUDUK PPR TAK DAPAT MEMILIKI RUMAH!

PEDULI APA KALAU PENDUDUK PPR TERUS DIBELENGGU KEMISKINAN TANPA ADA PELUANG MENINGKATKAN TARAF KEHIDUPAN!!

APA YANG PENTING, SEMUA USAHA BAIK KERAJAAN BN MESTI DIGAGALKAN!!

Macam ni ke pemimpin yang orang Lembah Pantai nak?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?


Si Nurul ni dah macam betina gila talak. Dia yang cabar, lepas tu Dato’ Raja Nong Chik dah setuju bersemuka, tapi lepas tu dia yang tak berani tunjuk muka! Sekarang ni, 6 bulan kemudian, tiba-tiba dia pula nak berkokok kononnya cabarannya belum berjawab.

Memang dah mereng agaknya si Nurul ni? Mungkin masih belum hilang jet lag selepas naik jet mewah Papa Hebat kot?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul? 

JET MEWAH ANWAR LEBIH MURAH DARI AIR ASIA? BIAR BETUL, TIAN CHUA?


Apa kecoh-kecoh ni Tian Chua?

Selama ni pemimpin-pemimpin pembangkang cukup gemar mengutuk pemimpin Kerajaan, kononnya bermewah-mewah dan tak pandai berjimat. Mereka juga suka mendabik dada kononnya mereka sentiasa berbelanja secara berhemah dan berjimat. Kalau nak terbang pun, pakai Air Asia je sebab nak berjimat.

Tapi bila Anwar dan kuncu-kuncunya pergi ke Labuan baru-baru ni, mengapa pakai jet mewah dan bukannya naik Air Asia?

Ni jawapan dari kuncu Anwar, Tian Chua.

Tian Chua berkata, adalah lebih murah dan menjimatkan menyewa jet peribadi berbanding pesawat komersial.

Biar betul, Tian Chua? Sewa jet mewah lebih murah dari naik kapalterbang biasa macam Air Asia? Kalau macam tu, lain kali aku nak pergi bercuti, aku pun nak sewa jet mewah lah!!

Sekarang mari kita bandingkan kos sewa jet mewah dengan kos naik Air Asia.

Kos sewa jet mewah adalah hampir RM50,000 sehari. Katakanlah dia sewa jet untuk ke  Labuan pagi dan balik  KL petang, maka bayaran sewa jet ialah RM50,000.

SEWA RM50,000 SAHAJA!!!

UISHHH!!! MURAHNYA SEWA JET MEWAH!!

Bandingkan pula dengan kos naik Air Asia.

Nak kira tambang, kita kena tahu ada berapa penumpang.

Selain Anwar dan Tian Chua, mereka yang turut dilihat berada dalam pesawat itu adalah Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Ketua PKR Terengganu, Abdul Rahman Yusof.

Menurut saksi, ada 6 orang penumpang.

Memandangkan Anwar dan rombongannya pergi ke Labuan pada 15 September bersamaan hari Sabtu, maka kita dapatkan kos tiket pergi balik untuk hari Sabtu juga.

Sekarang berapa kos tiket pergi balik dari KL ke Labuan?

Nah, ni diaa!!



Kalau bertolak hari Sabtu, tambang tiket pergi balik bagi ialah sebanyak RM705 bagi setiap penumpang.

RM705 x 6 penumpang = RM4,230

Sekarang bandingkan kos sewa jet mewah dengan kos naik Air Asia:

RM50,000 – RM4,230 = RM45,770.

KOS SEWA JET MEWAH UNTUK PERGI BALIK KE LABUAN ADALAH LEBIH MAHAL SEBANYAK RM45,770 BERBANDING KOS NAIK AIR ASIA!!

Ni baru kira trip pergi ke Labuan, belum campur kos trip ke Kota Kinabalu, Kuching dan lokasi-lokasi lain. Harus diingat, ini bukan kali pertama Anwar menggunakan khidmat jet mewah. Kalau diambilkira jumlah penerbangan ke lokasi-lokasi, berapa puluh kali agaknya dia gunakan jet mewah ni? 

KALAU DICAMPURKAN KOS KE LOKASI-LOKASI LAIN MAHU JADI JUTA-JUTA PERBEZAAN HARGA AGAKNYA!!

Jadi tang mana yang jimat dan lebih murah sebenarnya Tian Chua? Belanja mewah sampai juta-juta macam ni kau kata berjimat?

Aku cukup gerun kalau orang-orang macam ni menang pilihanraya dan bentuk Kerajaan Persekutuan. Aku rasa tak sampai setahun dah habis duit rakyat dirompaknya. Mau bankrap Malaysia dibuatnya!!

Apa kecoh-kecoh ni Tian Chua? 

Tuesday, September 25, 2012

JET MEWAH PERCUMA? BOLEH PERCAYA KE, ANWAR?



Apa kecoh-kecoh ni Anwar?

Dalam dunia ni biasanya takda benda yang boleh dapat free, terutamanya kalau benda tu mahal dan berharga. Biasanya kalau ada sesuatu benda tu kita dapat free, mesti ada udang di sebalik batu.

“Ini barang banyaaak mahal, I kasi you free, tapi lepas ni you kenalah tolong I sikit.”

Dialog macam ni memang biasa kita dengar.

Jadi, bila Anwar kata jet mewahnya ditaja oleh pihak ketiga yang suci murni, tulus dan ikhlas dalam menaja jet tersebut tanpa mengharapkan sebarang balasan, aku sikiiiiiit pun tak percaya.

Jet mewah tu sendiri berharga beratus-ratus juta dollar. Kos sewaannya sahaja dah hampir  RM50 ribu sehari, jadi kalau jet tu digunakan selama dua hari dari 15 – 16 September, berapa agaknya jumlah yang ditaja oleh pihak ketiga yang bermurah hati tu?  Itu aku minta korang sendiri kiralah.

Sumber aku dalam PKR juga memaklumkan bahawa ini bukan kali pertama Anwar menggunakan khidmat jet mewah untuk ke Sabah, Sarawak dan ke lokasi-lokasi lain.

Katakanlah dah 20 kali Anwar ditaja untuk gunakan jet mewah secara percuma, berapa agaknya kos yang ditanggung oleh pihak ketiga yang pemurah tu? Mahu sampai juta-juta!!

Kalau belanja setakat sekupang dua, itu tak jadi masalah. Tapi bila dapat sponsor sampai berjuta-juta, siapa yang nak percaya bahawa ianya tiada motif yang terselindung?

Yang pastinya Anwar dah terhutang budi pada pihak ketiga ni. Ditakdirkan Anwar jadi PM (Na’uzubillah!) sudah pastinya pihak ketiga ini akan menagih pulangan yang setimpal. Dan pada ketika itu, maka Anwar sudah pastinya akan membalas budi pihak ketiga ni.

Bagaimana budi akan dibalas? Itulah perkara yang paling merisaukan.

Adakah masa depan negara dan bangsa akan digadai semata-mata kerana tajaan jet mewah?

Satu igauan ngeri buat Rakyat Malaysia!!

Apa kecoh-kecoh ni Anwar?

ISU JET MEWAH ANWAR: SIAPA PENIPU? ANWAR, NURUL ATAU TIAN CHUA?



Apa kecoh-kecoh ni Anwar, Nurul & Tian Chua?

Aku cukup peninglah dengan telatah 3 Stooges dari PKR ni.

Sorang cakap lain, sorang lagi cakap lain, yang lagi sorang pun cakap lain.

Siapa yang menipu sebenarnya?

Anwar kata: “Jet mewah tu ditaja pihak ketiga.”

Nurul Izzah kata: “Jet mewah itu kawan Papa Hebat yang pinjamkan.”

Tian Chua kata: “Jet mewah tu kami sewa.”

SIAPA YANG CAKAP BENAR, SIAPA YANG MENIPU NI?

Nampak sangat geng-geng PKR ni semuanya kaki penipu, benda mudah macam ni pun tak boleh nak bagi jawapan yang sama.

Poning kopalo den!!

Apa kecoh-kecoh ni Anwar, Nurul & Tian Chua?

Monday, September 24, 2012

NURUL IZZAH KECUT, RAJA NONG CHIK BAKAL TANDING LEMBAH PANTAI

Dato' Raja Nong Chik bersama Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Dato Pandikar Amin Mulia  meninjau pemindahan setinggan Kg. Pasir ke PPR 


Dato' Raja Nong Chik bersama Menteri Penerangan ketika itu, Dato' Mohamad Rahmat dan  Datuk Bandar KL ketika itu, Tan Sri Elyas Omar membantu mangsa banjir di Lembah Pantai

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Aku dengar cerita dari kawan PKR aku, si Nurul Izzah dah semakin tak keruan sekarang kerana Dato’ Raja Nong Chik kerap turun padang di Lembah Pantai sedangkan Nurul sendiri lebih suka makan angin dengan jet mewah bapanya. Lebih-lebih lagi bila Dato’ Raja Nong Chik menyuarakan kesudiannnya bertanding di Lembah Pantai, makin tambah kecutlah si Nurul.

Sebelum ni dia berharap Dato’ Raja Nong Chik akan bertanding di kerusi yang lebih mudah seperti kawasan Parlimen Putrajaya atau Labuan. Tapi Dato’ Raja Nong Chik tetap dengan pendiriannya mahu bertanding di Lembah Pantai.

Raja Nong Chik sedia bertanding di Lembah Pantai

Saya telah banyak kali memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini, sekiranya saya dicalonkan dalam pilihan raya ke-13 kelak, saya mahu bertanding di Lembah Pantai walaupun ia dikatakan sukar untuk dimenangi, berbanding Putrajaya dan Labuan," kata Dato’ Raja Nong Chik.
   
Ditanya mengapa beliau memilih bertanding di Lembah Pantai, Raja Nong Chik berkata beliau menetap di kawasan itu, lebih 25 tahun dan berkhidmat kepada masyarakat setempat dalam apa jua keadaan.
   
"Saya mempunyai banyak pengalaman dalam menyelesaikan pelbagai masalah dan isu-isu berkaitan masyarakat setempat dan bukannya seperti beberapa anggota politik lain yang hanya aktif ketika musim pilihan raya sahaja.
   
"Sudah tiba masanya untuk saya berkhidmat sebagai wakil rakyat dan benar-benar membuat kerja untuk warga Lembah Pantai. Bagaimanapun, saya akur sekiranya pucuk pimpinan memilih calon lain untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai," katanya.


Dato’ Raja Nong Chik dah lebih 25 tahun berkhidmat untuk penduduk Lembah Pantai walaupun dia tidak memegang sebarang jawatan besar, bukannya macam Nurul Izzah yang jadi calon paracut dan terus mendabik dada kononnya dialah pejuang nasib penduduk Lembah Pantai.

Kini setelah 4 tahun Nurul menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, penduduk dah arif dengan perangainya yang macam bikut Chipsmore, “Sekejap ada, sekejap takda!”

Hai Nurul, aku dengar kau ada back up plan, sama ada nak ke Kelana Jaya atau Titiwangsa. Betul ke kau nak lari macam anjing bercawat ekor semata-mata kerana takut kepada Dato’ Raja Nong Chik?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Saturday, September 22, 2012

ANWAR KENCING PAS LAGI DI LABUAN?



Apa kecoh-kecoh ni Anwar dan PAS?

Aku kesian betul tengok nasib PAS dalam Pakatan pembangkang ni. Walaupun mereka kononnya parti yang memperjuangkan Islam, tapi di Selangor dan Pulau Pinang, Exco Agama Islam di pegang oleh PKR. Hatta, jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang pun dipegang oleh PKR.

Bila nak buat hudud pun DAP selamba je kutuk dan PAS langsung tak berani nak balas penghinaan DAP.

Nampak sangat PAS ni langsung tak dihormati oleh parti-parti lain dalam Pakatan pembangkang.

Dan terkini di Labuan, PAS terus dikencing oleh Anwar Ibrahim.

Sebelum ini pada 6 September, PAS WP dah umumkan bahawa calon PAS akan bertanding di Labuan. Perkara ini telah dipersetujui oleh semua komponen Pakatan.

It’s decided – PAS for Labuan


LABUAN 6 Sept: PAS will contest in the duty free Labuan parliamentary constituency and the decision is ‘final’.

Speaking to reporters here, Federal Territories PAS Commissioner Mohamad Noor Mohamad said – in no uncertain terms – that the Presidential Council of Pakatan Rakyat “had decided on this”.

He said the party will field a candidate for the Labuan parliamentary constituency in the 13th general election and that the name of the individual will be submitted to the party president soon for approval.

“The Presidential Council of PR (Pakatan Rakyat) has decided that for state seats, the State PR (Pakatan) Councils will decide.

“The three leaders of the council from PAS, PKR and DAP had agreed for the Labuan seat to be contested by PAS,” he said.

Mohamad reiterated that the decision by the Presidential Council was made on Aug 18 and that a letter to effect was issued regarding the seat distribution.

“So it is clear that PAS will stand here in Labuan,” Mohamad said.

Muktamad - PAS akan bertanding di Labuan

LABUAN 6 Sept: PAS akan bertanding di kerusi Parlimen Labuan dan keputusan itu adalah 'muktamad'.

Bercakap kepada pemberita di sini, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad berkata – dengan penuh kepastian - bahawa Majlis Presiden Pakatan Rakyat "telah membuat keputusan mengenai perkara ini".

Beliau berkata parti itu akan meletakkan calon untuk kerusi Parlimen Labuan dalam pilihan raya umum ke-13 dan nama individu akan diserahkan kepada presiden parti tidak lama lagi untuk kelulusan.

"Majlis Presiden PR (Pakatan Rakyat) telah memutuskan bahawa bagi kerusi negeri, Majlis PR (Pakatan) Negeri akan menentukan pembahagian kerusi.

"Ketiga-tiga pemimpin majlis dari PAS, PKR dan DAP telah bersetuju kerusi Parlimen Labuan akan dipertandingkan oleh PAS," katanya.

Mohamad mengulangi pendirian beliau bahawa keputusan oleh Majlis Presiden mengenai perkara ini telah dibuat pada 18 Ogos dan surat yang mengesahkan mengenai pengagihan kerusi telahpun dikeluarkan.

"Jadi jelas bahawa PAS akan bertanding di kerusi Parlimen Labuan," kata Mohamad.

Tapi yang lawaknya, bila Anwar turun ke Labuan pada 15 September baru-baru ni, dia telah mengumumkan bahawa Ibrahim Menudin yang baru menyertai PKR adalah calon yang bakal bertanding kerusi Parlimen Labuan.

Haiiii…. Pada 6 September, beria-ia PAS bertegas bahawa mereka akan bertanding di Labuan. Kononnya perkara ini telah diputuskan oleh pimpinan Pakatan di peringkat pusat dan negeri, surat pengesahan pembahagian kerusi pun dah dikeluarkan, cuma tunggu pengesahan nama calon sahaja.

Tapi seminggu selepas tu, bila Anwar turun Labuan, lain pula jadinya. Orang PKR yang bakal jadi calon, bukannya orang PAS!!!

Kena kencing lagi PAS!! Dah bersetuju semasa perbincangan, dah keluar surat pengesahan tapi akhirnya ikut suka Anwar lah siapa dia nak jadikan sebagai calon. PAS jangan bising-bising, dok diam-diam cukup.

Mengikut sumber aku di Labuan, semasa Anwar buat pengumuman ni, berubah muka pemimpin PAS tempatan yang turut hadir dalam majlis tu. Geng-geng PAS yang tengah syok dengar ceramah pun ramai-ramai keluar sebagai tanda tak puas hati.

Berat nampaknya peluang Pakatan di Labuan. Nak pilih calon pun bergaduh sesama sendiri, ditambah pula dengan rekod baik Dato' Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar yang sering turun padang ke Labuan.

Sekarang aku nak tengok, apa tindakan pimpinan PAS Pusat terhadap Anwar Ibrahim yang jelas langsung tidak menghormati kedudukan PAS sebagai rakan kongsi dalam Pakatan.

Kalau ikut rekod sebelum ni, aku yakin pimpinan PAS Pusat akan terus bersikap bacul dan berdiam diri sahaja.

Dan Anwar, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng & Karpal Singh akan terus ketawa besar melihat tingkahlaku PAS yang bagaikan lembu dicucuk hidung, sentiasa patuh dengan arahan PKR & DAP.

Apa kecoh-kecoh ni Anwar dan PAS? 

Friday, September 21, 2012

ANWAR IBRAHIM & TIAN CHUA BARU TUNJUK MUKA DI LABUAN DAH NAK EKSYEN!!



Apa kecoh-kecoh ni Anwar Ibrahim & Tian Chua?

Pada 15 September lepas, sehari sebelum ulangtahun cubaan rampasan kuasa oleh Anwar Ibrahim, dia telah pergi ke Labuan. Dia ditemani ramai pemimpin Pakatan dari PKR, PAS & DAP termasuklah Tian Chua.

Semasa di Labuan, Tian Chua telah keluarkan tweet ini yang merupakan petikan dari ucapan Anwar:

@AnwarIbrahim: We challenge WP Minister@RajaNongChik 2come here, show ur concern4 people's welfare. Whr is ur commitmt?

Kami cabar Menteri WP @RajaNongChik utk ke mari, tunjukkan keprihatinan kamu kpd kebajikan rakyat. Mana komitmen kamu?

Haiiii.. Anwar kena sampuk dengan hantu laut kat Labuan ke sampai meroyan macam ni?

Anwar ni turun Labuan untuk kempen PRU sahaja, lepas tu dabik dada mengaku dia prihatin pasal masalah rakyat Labuan, padahal sebelum ni bayang pun tak pernah nampak!

Kalau kita baca tweet tu, seolah-olah Dato’ Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar tak pernah turun Labuan. Ya ke?

Anwar, sebab kau bebal, aku nak bagi tahu sikit, Dato’ Raja Nong Chik antara Menteri Wilayah Persekutuan yang paling kerap datang menziarahi penduduk Labuan. Hampir tiap-tiap bulan dia turun menyelami masalah penduduk Labuan sehinggakan timbul desas-desus kononnya beliau nak bertanding di Labuan!

Kalau dia tak kerap turun Labuan, takkan boleh timbul khabar angin macam tu kan?

Untuk makluman kau Anwar, dua minggu lepas Dato’ Raja Nong Chik telah turun ke Labuan untuk berhari raya bersama penduduk Labuan.

Semasa bulan Ramadhan pula, beliau telah turun untuk berbuka puasa, menunaikan solat Tarawikh malah turut bersahur bersama rakyat Labuan.

Turun kerap macam tu pun kau kata tak cukup lagi, Anwar?

Aku nak tanya kau sikit, kau tu berapa kerap turun ke Labuan jumpa rakyat?

Setahu aku, selepas PRU 2008, sekali pun kau tak pernah turun ke Labuan.

Dah bertahun-tahun tak turun Labuan, ada hati nak mengaku prihatin masalah rakyat Labuan? Poooodah chittt!!!!

Lepas tu berani pula cabar Dato’ Raja Nong Chik turun Labuan, padahal Menteri turun Labuan hampir tiap-tiap bulan!

Nampak sangat Anwar ni kaki kelentong, bagi ucapan pun pakai tembak je, tak pernah buat research.

Orang buta pun boleh nampak kau ni kaki kelentong lah Anwar!!

Apa kecoh-kecoh ni Anwar?

Thursday, September 20, 2012

ANWAR BELI JET MEWAH PAKAI WANG RAKYAT SELANGOR?

Apa kecoh-kecoh ni Anwar?

Pada 15 September lepas, sehari sebelum ulangtahun cubaan rampasan kuasa oleh Anwar Ibrahim, dia telah pergi ke Labuan.

Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk menggugat ketenteraman Labuan dan mencetuskan perpecahan di kalangan masyarakat Labuan yang selamanya aman damai.

Tapi bukan itu sebenarnya perkara yang menimbulkan tanda tanya. Bila aku tengok gambar ketibaan Anwar ke Labuan, perkara pertama terdetik ialah:

“Mak aihhh!! Anwar ke sana ke mari naik jet mewah??“

Hebat! Menteri-menteri nak ke sana ke mari pun naik kapalterbang MAS je, tak pernah guna jet mewah. Waima, Dato’ Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar yang bertanggungjawab ke atas Labuan pun gunakan MAS & Air Asia sahaja untuk ke Labuan.

Tapi Anwar pula dengan selambanya berjimba-jimba sana sini naik jet mewah?

Soalan aku pada Anwar Ibrahim ialah, jet mewah ni kau beli pakai duit rakyat Selangor atau guna duit sendiri?

Berikut jawapan Anwar.

No - arranged by a friend RT @NeshNeshh: Selangor gov paid or by own for private jet ds?

Tapi jawapannya lebih banyak menimbulkan tanda tanya. Siapa kawan yang begitu bermurah hati mahu mendermakan jet mewah berharga sampai berates-ratus juta dollar ni?

Adakah ianya George Soros, penyangak matawang yang hampir membankrapkan Malaysia semasa krisis matawang tahun 1997 dahulu?

Adakah ianya NGO-NGO pro-Yahudi yang menjadi tunjang kepada kempen Anwar selama ini?

Adakah ianya negara asing seperti Israel yang ingin menggugat kestabilan tanah air tercinta kita?

 Malangnya soalan ini enggan dijawab Anwar.

Sekarang ni baru jelas macam mana Anwar dan anaknya Nurul Izzah boleh berjoli ke sana ke mari dengan mudah. Ada jet mewah sendiri rupanya!!

Patutpun si Nurul Izzah jarang nampak mukanya di Lembah Pantai dan asyik muncul di luar negeri sahaja untuk memburukkan nama negara. Jet mewah kan dah ada, pakai je lah kan?

Orang kat Lembah Pantai nak baiki motorsikal pun takda duit, Nurul dengan selambanya melancong pakai jet mewah sendiri.

Lepas tu bila penduduk Lembah Pantai jumpa Nurul minta bantuan, dia boleh tolak mentah-mentah dengan alasan takda peruntukan.

Haiiiiii… Belanja beli jet mewah boleh, belanja melancong luar negeri boleh, nak hulur RM10 kat orang yang memerlukan bantuan tak boleh?

Kawan Papa Hebat kan kaya-raya dan pemurah belaka, jet mewah harga  ratus-ratus juta dollar pun boleh bagi free je, takkan nak bagi RM10 juta untuk bantu penduduk Lembah Pantai tak boleh?

Ke duit tu semua masuk kat dalam akaun bank di Switzerland dan Israel?

Apa kecoh-kecoh ni Anwar & Nurul?