Pada 15 September lepas, sehari sebelum ulangtahun cubaan rampasan kuasa oleh Anwar Ibrahim, dia telah pergi ke Labuan.
Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk menggugat
ketenteraman Labuan dan mencetuskan perpecahan di kalangan masyarakat Labuan
yang selamanya aman damai.
Tapi bukan itu sebenarnya perkara yang menimbulkan tanda tanya.
Bila aku tengok gambar ketibaan Anwar ke Labuan, perkara pertama terdetik
ialah:
“Mak aihhh!! Anwar ke sana ke mari naik jet mewah??“
Hebat! Menteri-menteri nak ke sana ke mari pun naik
kapalterbang MAS je, tak pernah guna jet mewah. Waima, Dato’ Raja Nong Chik, Menteri
Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar yang bertanggungjawab ke atas
Labuan pun gunakan MAS & Air Asia sahaja untuk ke Labuan.
Tapi Anwar pula dengan selambanya berjimba-jimba sana
sini naik jet mewah?
Soalan aku pada Anwar Ibrahim ialah, jet mewah ni kau beli
pakai duit rakyat Selangor atau guna duit sendiri?
Berikut jawapan Anwar.
No - arranged by a
friend RT @NeshNeshh: Selangor gov
paid or by own for private jet ds?
Tapi jawapannya lebih banyak menimbulkan tanda tanya. Siapa
kawan yang begitu bermurah hati mahu mendermakan jet mewah berharga sampai berates-ratus
juta dollar ni?
Adakah ianya George Soros, penyangak matawang yang hampir
membankrapkan Malaysia semasa krisis matawang tahun 1997 dahulu?
Adakah ianya NGO-NGO pro-Yahudi yang menjadi tunjang
kepada kempen Anwar selama ini?
Adakah ianya negara asing seperti Israel yang ingin
menggugat kestabilan tanah air tercinta kita?
Malangnya soalan
ini enggan dijawab Anwar.
Sekarang ni baru jelas macam mana Anwar dan anaknya Nurul
Izzah boleh berjoli ke sana ke mari dengan mudah. Ada jet mewah sendiri
rupanya!!
Patutpun si Nurul Izzah jarang nampak mukanya di Lembah
Pantai dan asyik muncul di luar negeri sahaja untuk memburukkan nama negara. Jet
mewah kan dah ada, pakai je lah kan?
Orang kat Lembah Pantai nak baiki motorsikal pun takda
duit, Nurul dengan selambanya melancong pakai jet mewah sendiri.
Lepas tu bila penduduk Lembah Pantai jumpa Nurul minta
bantuan, dia boleh tolak mentah-mentah dengan alasan takda peruntukan.
Haiiiiii… Belanja beli jet mewah boleh, belanja melancong
luar negeri boleh, nak hulur RM10 kat orang yang memerlukan bantuan tak boleh?
Kawan Papa Hebat kan kaya-raya dan pemurah belaka, jet
mewah harga ratus-ratus juta dollar pun
boleh bagi free je, takkan nak bagi RM10 juta untuk bantu penduduk Lembah
Pantai tak boleh?
Ke duit tu semua masuk kat dalam akaun bank di Switzerland
dan Israel?
Apa kecoh-kecoh ni Anwar & Nurul?
bagus la anwar dapat kawan yang baik & pemurah macam tu...siap bagi pinjam jet lagi tuu...mana nak cari kawan macam tu kt dunia skrg ni..
ReplyDelete