Apa kecoh-kecoh ni
Anwar?
16 September ialah
tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia kerana ianya adalah tarikh
penubuhan Malaysia.
Tapi bagi pencinta
demokrasi, ianya juga tarikh penuh makna, tarikh Anwar Ibrahim cuba
membelakangkan suara rakyat dan merampas kuasa dari kerajaan yang dipilih
rakyat.
Ya, 16 September 2008,
tarikh yang dihebahkan oleh Anwar bakal menjadi tarikh Kerajaan BN digulingkan
dan Kerajaan Pakatan dibentuk. Caranya? Dengan mengumpan Ahli-ahli Parlimen BN
untuk melompat parti dan menyertai Pakatan.
Hairan sungguh, Anwar
yang selama ini mendabik dada kononnya dia pejuang demokrasi tulin, beria-ia
pula membelakangkan proses demokrasi dan menggunakan cara keji untuk membentuk
kerajaan.
Dan cubaannya itu
direstui oleh anggota Pakatannya yang lain, PAS dan DAP.
Walaupun gagal, taktik
kotor ini terus digunakan oleh Anwar, yang terkini di Sabah bila dia berjaya
mengumpan Lajim Ukim dan Wilfred Bumburing untuk melompat meninggalkan BN dan
menyertai Pakatan.
Sekarang, aku ada soalan
nak tanya. Soalan aku mudah sahaja.
Orang gila kuasa yang
hipokrit seperti inikah yang mahu dijulang oleh rakyat Malaysia sebagai Perdana
Menteri?
Tepuk dada, tanya
selera!
Apa kecoh-kecoh ni
Anwar?
No comments:
Post a Comment