Wednesday, September 26, 2012

JET MEWAH ANWAR LEBIH MURAH DARI AIR ASIA? BIAR BETUL, TIAN CHUA?


Apa kecoh-kecoh ni Tian Chua?

Selama ni pemimpin-pemimpin pembangkang cukup gemar mengutuk pemimpin Kerajaan, kononnya bermewah-mewah dan tak pandai berjimat. Mereka juga suka mendabik dada kononnya mereka sentiasa berbelanja secara berhemah dan berjimat. Kalau nak terbang pun, pakai Air Asia je sebab nak berjimat.

Tapi bila Anwar dan kuncu-kuncunya pergi ke Labuan baru-baru ni, mengapa pakai jet mewah dan bukannya naik Air Asia?

Ni jawapan dari kuncu Anwar, Tian Chua.

Tian Chua berkata, adalah lebih murah dan menjimatkan menyewa jet peribadi berbanding pesawat komersial.

Biar betul, Tian Chua? Sewa jet mewah lebih murah dari naik kapalterbang biasa macam Air Asia? Kalau macam tu, lain kali aku nak pergi bercuti, aku pun nak sewa jet mewah lah!!

Sekarang mari kita bandingkan kos sewa jet mewah dengan kos naik Air Asia.

Kos sewa jet mewah adalah hampir RM50,000 sehari. Katakanlah dia sewa jet untuk ke  Labuan pagi dan balik  KL petang, maka bayaran sewa jet ialah RM50,000.

SEWA RM50,000 SAHAJA!!!

UISHHH!!! MURAHNYA SEWA JET MEWAH!!

Bandingkan pula dengan kos naik Air Asia.

Nak kira tambang, kita kena tahu ada berapa penumpang.

Selain Anwar dan Tian Chua, mereka yang turut dilihat berada dalam pesawat itu adalah Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Ketua PKR Terengganu, Abdul Rahman Yusof.

Menurut saksi, ada 6 orang penumpang.

Memandangkan Anwar dan rombongannya pergi ke Labuan pada 15 September bersamaan hari Sabtu, maka kita dapatkan kos tiket pergi balik untuk hari Sabtu juga.

Sekarang berapa kos tiket pergi balik dari KL ke Labuan?

Nah, ni diaa!!



Kalau bertolak hari Sabtu, tambang tiket pergi balik bagi ialah sebanyak RM705 bagi setiap penumpang.

RM705 x 6 penumpang = RM4,230

Sekarang bandingkan kos sewa jet mewah dengan kos naik Air Asia:

RM50,000 – RM4,230 = RM45,770.

KOS SEWA JET MEWAH UNTUK PERGI BALIK KE LABUAN ADALAH LEBIH MAHAL SEBANYAK RM45,770 BERBANDING KOS NAIK AIR ASIA!!

Ni baru kira trip pergi ke Labuan, belum campur kos trip ke Kota Kinabalu, Kuching dan lokasi-lokasi lain. Harus diingat, ini bukan kali pertama Anwar menggunakan khidmat jet mewah. Kalau diambilkira jumlah penerbangan ke lokasi-lokasi, berapa puluh kali agaknya dia gunakan jet mewah ni? 

KALAU DICAMPURKAN KOS KE LOKASI-LOKASI LAIN MAHU JADI JUTA-JUTA PERBEZAAN HARGA AGAKNYA!!

Jadi tang mana yang jimat dan lebih murah sebenarnya Tian Chua? Belanja mewah sampai juta-juta macam ni kau kata berjimat?

Aku cukup gerun kalau orang-orang macam ni menang pilihanraya dan bentuk Kerajaan Persekutuan. Aku rasa tak sampai setahun dah habis duit rakyat dirompaknya. Mau bankrap Malaysia dibuatnya!!

Apa kecoh-kecoh ni Tian Chua? 

1 comment:

  1. yg murahnya ialah kepala hotak tian chua itu sendiri. bagi alasan cam haram!!! ko bodoh sorang dh la chua, jgn nk ajak org lain bodoh sama...

    ReplyDelete