Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Nampak sangat si Nurul Izzah dah takda modal, sampaikan
isu basi Skim Pembiayaan Rumah PPR pun diungkitnya semula.
Dalam wawancara terkini dengan Malaysian Times, Nurul sekali
lagi mengungkit mengenai isu Pembiayaan Pinjaman Perumahan PPR.
Apa kata Nurul?
KUALA LUMPUR, 21 Sept : Naib Presiden KeAdilan (PKR ) dan Ahli Parlimen Lembah Pantai
Nurul Izzah Anwar hari ini sekali lagi mencabar Menteri Wilayah Persekutuan dan
Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin berdebat
berkaitan berhubung isu skim pembiayaan khas menggunakan dana Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memastikan masyarakat umum mengetahui isu sebenar
penggunaan dana tersebut.
Katanya,
sehingga kini tiada jawapan yang diberikan oleh Nong Chik dalam usaha membela
rakyat berpendapatan rendah sekaligus membantu golongan miskin bandar memiliki
rumah.
“Saya cabar, kalau beliau
rasa cadangan-cadangan beliau lebih baik, ok..kita debat. Isu ini sahaja. Tapi
sampai hari ini belum lagi berani untuk sahut cabaran saya,” jelas Ahli
Parlimen Lembah Pantai itu.
Mak aiii… Bebal betul si Nurul ni.. Siapa yang sebenarnya
tak berani berdebat?
Dato’ Raja Nong Chik sebenarnya dah lama sabut cabaran
Nurul Izzah. Malah Dato’ Raja Nong Chik dah jemput Nurul untuk bersemuka di depan
penduduk PPR yang diperlekehkan Nurul sebagai orang yang tak layak diberi
pinjaman.
Tak percaya? Boleh baca balik artikel ni yang diterbitkan
pada 31 Mac 2012. Bukan semalam, bukan kelmarin tapi 6 bulan lepas!!
NURUL IZZAH TAKUT DITELANJANGKAN RAJA NONG CHIK?
Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Sebelum ni , bila Dato’ Raja Nong Chik lancarkan Skim Pembiayaan Penjualan Perumahan PPR dan PA, Nurul Izzah adalah orang paling lantang menentang Skim ini.
Apa kata Nurul Izzah?
PAKATAN RAKYAT BERPENDAPAT ADALAH SALAH, ZALIM DAN TIDAK BERMORAL UNTUK MEMPERJUDIKAN DAN MENDEDAHKAN KEPADA RISIKO TINGGI SIMPANAN PEKERJA KEPADA PIHAK YANG MEMILIKI TAHAP KREDIT YANG LEMAH.
Maksudnya, Nurul Izzah tuduh penduduk PPR ni semuanya tak boleh dipercayai untuk diberi pinjaman. Penduduk PPR ni semuanya kaki kelentong, kaki temberang. Bila dapat duit pinjaman mereka tak akan bayar balik, mereka akan makan duit tu dan pinjaman akan hangus. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca di sini.
YA ALLAH!! HINANYA PENDUDUK PPR DAN PA DI MATA NURUL IZZAH!!
Tapi Dato Raja Nong Chik masih percaya bahawa skim ini adalah peluang terbaik untuk membantu penduduk PPR dan PA memiliki rumah mereka sendiri sekaligus membantu golongan berpendapatan rendah yang majoritinya Melayu untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
Maka Dato Raja Nong Chik pun membuat undangan terbuka kepada Nurul Izzah.
KERAJAAN AKAN BUAT SESI PENERANGAN KEPADA PENDUDUK PPR DAN PA BAGI MENJELASKAN TENTANG SKIM INI. NURUL IZZAH DIJEMPUT UNTUK BERSEMUKA DI HADAPAN PENDUDUK PPR DAN PA BAGI MENJELASKAN MENGAPA BELIAU MENUDUH TINDAKAN KERAJAAN MEMBERI PINJAMAN KEPADA PENDUDUK PPR ADALAH SALAH, ZALIM DAN TIDAK BERMORAL.
Eh, ini peluang baik untuk Nurul Izzah menjelaskan tentang tuduhannya itu… Sudah tentu Nurul akan datang untuk mempertahankan tohmah dan fitnahnya!
Maka sesi penerangan pun bermula.
Sesi penerangan yang pertama diadakan di Lembah Pantai, kawasan Nurul sendiri. Ini peluang baik Nurul nak tunjuk jaguh depan pengundi kawasannya! Mesti dia datang!
Majlis bermula. Majlis tamat. Batang hidung Nurul masih tak nampak.
Aik? Majlis kat kawasan sendiri pun tak datang?
Takpa, takpa… Mungkin dia sibuk. Masih banyak lagi sesi penerangan lain yang dia boleh hadir.
Malangnya dari sesi penerangan pertama hinggalah ke sesi penerangan ke 16, bukan setakat batang hidung, bayang Nurul pun langsung tak nampak.
Macam mana ni Nurul? Sesi pertama di Lembah Pantai pun kau tak berani tunjuk muka, padahal tu kawasan kau!
Lepas tu ada lagi 15 sesi untuk kau hadir, itu pun kau tak berani datang?
Kawan-kawan, sesi-sesi penerangan ni dibuat bukan dalam tempoh satu atau dua hari, tapi berlangsung selama SEBELAS HARI DARI 7 HINGGA 18 MAC! 16 SESI PENERANGAN DALAM TEMPOH 11 HARI!!
Mustahil Nurul terlalu sibuk sampai nak luangkan masa dua jam pun tak boleh!
Jadi, apa kesimpulannya?
Kesimpulannya, Nurul Izzah tak berani tunjuk muka depan penduduk PPR kerana dia tahu tuduhannya hanya fitnah dan tohmah tanpa sebarang asas yang kukuh!! Kalau dia tunjuk muka, sudah tentu Dato Raja Nong Chik akan menelanjangkan hujah-hujah dangkalnya itu!!
Maka akan terserlahlah sikap hipokrit Nurul Izzah kepada penduduk PPR dan seluruh rakyat Malaysia. Akan tersingkaplah hati busuk Nurul Izzah yang bermati-matian cuba menggagalkan semua usaha baik kerajaan demi kepentingan politik sempitnya!
PEDULI APA KALAU PENDUDUK PPR TAK DAPAT MEMILIKI RUMAH!
PEDULI APA KALAU PENDUDUK PPR TERUS DIBELENGGU KEMISKINAN TANPA ADA PELUANG MENINGKATKAN TARAF KEHIDUPAN!!
APA YANG PENTING, SEMUA USAHA BAIK KERAJAAN BN MESTI DIGAGALKAN!!
Macam ni ke pemimpin yang orang Lembah Pantai nak?
Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Si Nurul ni dah macam betina gila talak. Dia yang cabar,
lepas tu Dato’ Raja Nong Chik dah setuju bersemuka, tapi lepas tu dia yang tak
berani tunjuk muka! Sekarang ni, 6 bulan kemudian, tiba-tiba dia pula nak
berkokok kononnya cabarannya belum berjawab.
Memang dah mereng agaknya si Nurul ni? Mungkin masih
belum hilang jet lag selepas naik jet mewah Papa Hebat kot?
Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
No comments:
Post a Comment