Dato' Raja Nong Chik bersama Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Dato Pandikar Amin Mulia meninjau pemindahan setinggan Kg. Pasir ke PPR |
Dato' Raja Nong Chik bersama Menteri Penerangan ketika itu, Dato' Mohamad Rahmat dan Datuk Bandar KL ketika itu, Tan Sri Elyas Omar membantu mangsa banjir di Lembah Pantai |
Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Aku dengar cerita dari kawan PKR aku, si Nurul Izzah dah
semakin tak keruan sekarang kerana Dato’ Raja Nong Chik kerap turun padang di
Lembah Pantai sedangkan Nurul sendiri lebih suka makan angin dengan jet mewah
bapanya. Lebih-lebih lagi bila Dato’ Raja Nong Chik menyuarakan kesudiannnya
bertanding di Lembah Pantai, makin tambah kecutlah si Nurul.
Sebelum ni dia berharap Dato’ Raja Nong Chik akan
bertanding di kerusi yang lebih mudah seperti kawasan Parlimen Putrajaya atau
Labuan. Tapi Dato’ Raja Nong Chik tetap dengan pendiriannya mahu bertanding di
Lembah Pantai.
Raja Nong Chik sedia bertanding di Lembah Pantai
Saya telah banyak kali
memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini, sekiranya
saya dicalonkan dalam pilihan raya ke-13 kelak, saya mahu bertanding di Lembah
Pantai walaupun ia dikatakan sukar untuk dimenangi, berbanding Putrajaya dan
Labuan," kata Dato’ Raja Nong Chik.
Ditanya mengapa beliau memilih bertanding di
Lembah Pantai, Raja Nong Chik berkata beliau menetap di kawasan itu, lebih 25
tahun dan berkhidmat kepada masyarakat setempat dalam apa jua keadaan.
"Saya mempunyai banyak pengalaman dalam
menyelesaikan pelbagai masalah dan isu-isu berkaitan masyarakat setempat dan
bukannya seperti beberapa anggota politik lain yang hanya aktif ketika musim
pilihan raya sahaja.
"Sudah tiba masanya untuk saya berkhidmat
sebagai wakil rakyat dan benar-benar membuat kerja untuk warga Lembah Pantai.
Bagaimanapun, saya akur sekiranya pucuk pimpinan memilih calon lain untuk
kerusi Parlimen Lembah Pantai," katanya.
Dato’ Raja Nong Chik dah lebih 25 tahun berkhidmat untuk
penduduk Lembah Pantai walaupun dia tidak memegang sebarang jawatan besar,
bukannya macam Nurul Izzah yang jadi calon paracut dan terus mendabik dada
kononnya dialah pejuang nasib penduduk Lembah Pantai.
Kini setelah 4 tahun Nurul menjadi Ahli Parlimen Lembah
Pantai, penduduk dah arif dengan perangainya yang macam bikut Chipsmore, “Sekejap
ada, sekejap takda!”
Hai Nurul, aku dengar kau ada back up plan, sama ada nak
ke Kelana Jaya atau Titiwangsa. Betul ke kau nak lari macam anjing bercawat
ekor semata-mata kerana takut kepada Dato’ Raja Nong Chik?
Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Aku kagum dgn keberanian Raja Nong Chik. Ini bukan lagi cite dgn kesungguhan beliau bak kata org tdk ada tanah yg tak dipijaknya di Lembah Pantai. Terdetak apa sj maka muncullah dia. Maka depa yg tiada mata, tiada hati atau tiada perasaan yg tdk dpt menilaikannya. He's a fighter. Tapi ini politik urban. Apa sj blh berlaku. Bukan apa sekadar mengingatkan.
ReplyDeleteBefore becoming a minister he's a philanthropist. He managed to help in a few of our endearvouring about the bangsarian community welfare. Hes down to earth and is a good samaritan indeed. A person who is reliable to put a trust in...... me & my family our votes definitely with u!!!
ReplyDelete