Apa kecoh-kecoh ni Anwar?
Dalam dunia ni biasanya takda benda yang boleh dapat
free, terutamanya kalau benda tu mahal dan berharga. Biasanya kalau ada sesuatu
benda tu kita dapat free, mesti ada udang di sebalik batu.
“Ini barang banyaaak mahal, I kasi you free, tapi lepas
ni you kenalah tolong I sikit.”
Dialog macam ni memang biasa kita dengar.
Jadi, bila Anwar kata jet mewahnya ditaja oleh pihak
ketiga yang suci murni, tulus dan ikhlas dalam menaja jet tersebut tanpa
mengharapkan sebarang balasan, aku sikiiiiiit pun tak percaya.
Jet mewah tu sendiri berharga beratus-ratus juta dollar.
Kos sewaannya sahaja dah hampir RM50 ribu sehari, jadi kalau jet tu digunakan selama
dua hari dari 15 – 16 September, berapa agaknya jumlah yang ditaja oleh pihak
ketiga yang bermurah hati tu? Itu aku
minta korang sendiri kiralah.
Sumber aku dalam PKR juga memaklumkan bahawa ini bukan
kali pertama Anwar menggunakan khidmat jet mewah untuk ke Sabah, Sarawak dan ke
lokasi-lokasi lain.
Katakanlah dah 20 kali Anwar ditaja untuk gunakan jet
mewah secara percuma, berapa agaknya kos yang ditanggung oleh pihak ketiga yang
pemurah tu? Mahu sampai juta-juta!!
Kalau belanja setakat sekupang dua, itu tak jadi masalah.
Tapi bila dapat sponsor sampai berjuta-juta, siapa yang nak percaya
bahawa ianya tiada motif yang terselindung?
Yang pastinya Anwar dah terhutang budi pada pihak ketiga
ni. Ditakdirkan Anwar jadi PM (Na’uzubillah!) sudah pastinya pihak ketiga ini
akan menagih pulangan yang setimpal. Dan pada ketika itu, maka Anwar sudah
pastinya akan membalas budi pihak ketiga ni.
Bagaimana budi akan dibalas? Itulah perkara yang paling
merisaukan.
Adakah masa depan negara dan bangsa akan digadai
semata-mata kerana tajaan jet mewah?
Satu igauan ngeri buat Rakyat Malaysia!!
Apa kecoh-kecoh ni Anwar?
No comments:
Post a Comment