Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Sebelum ini aku dah pernah singkap bagaimana Nurul Izzah
cuba sabotaj penduduk Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi dengan menimbulkan pelbagai
isu untuk melewatkan pembangunan semula kawasan perumahan mereka.
Hari ini penduduk sendiri telah bersuara menempelak kerenah Nurul
Izzah yang membelakangkan kepentingan penduduk demi fahaman politik sempitnya.
Apa kata penduduk?
Pasar
malam tiada keperluan lagi - Penduduk
KUALA
LUMPUR 15 Sept. - Pasar malam di Kampung Kerinchi dekat sini yang diarahkan
tutup bagi memberi laluan kepada projek pembangunan semula di kawasan itu tidak
lagi menjadi keperluan penduduk sekitar.
Pengerusi
Persatuan Penduduk Flat Empat Tingkat Kampung Kerinchi, Ahmad Rahmat berkata,
tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang cuba mempertahankan
operasi pasar malam itu hanyalah disebabkan agenda politik.
"Pada
peringkat setempat, penduduk sendiri bersetuju dengan penutupan itu kerana
mereka mahukan keselesaan, tapi di peringkat nasional Nurul Izzah hanya mahu
menampakkan kekejaman pihak kerajaan yang kononnya menutup periuk nasi peniaga.
"Tambahan
pula, peniaga di pasar malam itu kini bukan di kalangan penduduk setempat
kerana penduduk yang berniaga sebelum ini akur dengan notis penutupan yang
sudah lama dikeluarkan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambah
Ahmad, tindakan wakil rakyat tersebut hanya menyebabkan proses pembangunan di
situ terganggu, selain melambatkan tempoh siap pembinaannya.
"Lagipun,
dia kena faham jika pasar malam terus beroperasi juga, keselamatan pengunjung
dan peniaga sendiri akan terancam kerana ia laluan keluar masuk utama kenderaan
berat ke tapak pembinaan," katanya.
"Penduduk
mahukan keselesaan, mereka mahu ada tempat meletak kenderaan selepas pulang
bekerja dan bukan seperti sebelum ini, jadi dia kena fikir kepentingan pihak
yang ramai daripada memihak kepada peniaga yang juga berniaga di tempat
lain," katanya.
“Penduduk
juga tidak merungut dengan penutupan pasar malam tersebut memandangkan terdapat
sebuah lagi pasar malam di Pantai Dalam, masih beroperasi.”
Sementara
itu Pengarah Suez Domain Sdn Bhd, Abdul Hadi Abdullah berkata, pihaknya TIDAK
memberi sebarang persetujuan untuk pasar malam beroperasi sehingga November
sepertimana didakwa Nurul Izzah.
“Tapak
itu nanti menjadi laluan utama projek, lori keluar masuk, malah untuk jangka
masa panjang, ia akan menjadi laluan utama penduduk di kediaman baru mereka,”
katanya.
TU DIAAAA NURUL!!!
BERDAS-DAS DIA KENA KALI NI!!
Sebelum ini dia kata penduduk yang mahu kekalkan pasar
malam. Nah, ni dia jawapan penduduk yang tak mahu kekalkan pasar malam di situ
kerana menimbulkan masalah keselesaan dan parking. Lagipun, dah ada pasar malam
berhampiran di Pantai Dalam.
Lepas tu Nurul dakwa kononnya pemaju dah beri kebenaran
pasar malam beroperasi. Nah, kena lagi sedas bila pemaju dengan jelas
menyatakan mereka TIDAK PERNAH memberi kebenaran seperti yang didakwa Nurul.
Aku hairan betul lah tengok perangai Nurul ni. Dia
dipilih sebagai wakil rakyat untuk penduduk Lembah Pantai. Jadi tanggungjawab
dia ialah untuk membela penduduk Lembah Pantai. Tapi mengapa dia sengaja
mengenepikan kepentingan penduduk?
Kalau penduduk dah minta tutup pasar malam tu, mengapa
pula Nurul Izzah beria-ia nak minta supaya ia terus beroperasi?
Tak lain tak bukan kerana dendam kesumat Nurul Izzah yang
selamanya dengki melihat kesejahteraan yang dibawa oleh Kerajaan. Dia selagi
boleh mahu menggendalakan pembangunan semula Flat 4 Tingkat kerana ianya
pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan.
Peduli apa kalau penduduk terpaksa menunggu lama untuk
mendiami rumah baru mereka. Peduli apa kalau ada penduduk yang dah meninggal
kerana pembangunan semula kawasan perumahan mereka telah diganggu oleh Nurul
Izzah. Peduli apa kalau Melayu duduk merempat dan melarat. Yang penting, semua
usaha baik Kerajaan perlu dibangkang!
Isy, isy, isy, macam ni ke perangai orang yang penduduk
mahukan sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai?
Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Bagus betul cara nurul ni jadi wakil rakyat, bukan nak bawa kebaikan tapi nak bawa musibat pada penduduk. Next PRU pilih lagi wakil rakyat yang perangai macam sampah ni ye...confirm makin maju lembah pantai nanti.
ReplyDeleteKike Father Like Daughter dari membohongnya..
ReplyDeletepatutlah bapak taram depan belakang, anak buat selambe dekkk jeeee...!!!!!!!
kalau kamu melayu,mengaku islam .mulut tu jaga sikit.Jangan jadi orang munafik
DeleteTAK HABIS2 NAK MENYALAHKAN ORANG,KALAU DAH KALAH DLM PRU12 SUDAH ORANG DAH TAK SUKA >MENYUSAHKAN RAKYAT MENGABIHKAKAN DUIT RAKYAT
ReplyDelete