Thursday, September 13, 2012

PROGRAM “SELANGORKU BERSIH” BUKTIKAN KETELUSAN SPR!!



Apa kecoh-kecoh ni Khalid Ibrahim?

Kelmarin Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, dengan disokong oleh Anwar Ibrahim telah umumkan bahawa mereka tidak akan adakan pilihanraya DUN serentak dengan PRU. 

Alasannya? Kononnya daftar pengundi tidak bersih.

Dari dulu sampai sekarang, itu jugalah alasan basi yang dipakai.

Tapi Pakatan buat-buat lupa, daftar pengundi yang kononnya tak bersih nilah yang membolehkan Kelantan dipegang oleh PAS selama berpuluh-puluh tahun. Daftar pengundi yang kononnya tak bersih nilah yang membolehkan 5 negeri (Kelantan, Selangor, Kedah, Perak, Penang) jatuh ke tangan Pakatan dalam PRU lepas. Daftar pengundi yang kononnya tak bersih nilah yang menyaksikan Pakatan menang 9 dari 16 pilihanraya kecil yang diadakan selepas PRU 2008. BN cuma menang 7 sahaja.

Kalau betullah daftar pengundi tidak bersih dan dipenuhi pengundi hantu, sudah pasti BN akan sapu bersih semua kerusi dalam pilihanraya. Tapi tidak, Pakatan masih tetap boleh menang.

Kalau kawan-kawan ingat, pada bulan Mei dahulu, Khalid Ibrahim dah lancarkan program “Selangorku Bersih” untuk menyemak daftar pemilih di Selangor. Program dengan kos RM5 juta ini sepatutnya selesai pada bulan Julai. Sekarang dah bulan September, apa sudah jadi dengan Selangorku Bersih?

Ini komen Khalid pada 30 Julai yang lepas yang dipetik dari laman pembangkang Selangorku:

 7 DUN Selangor Selesai Kenal Pasti 100% Pengundi


SHAH ALAM 30 JULAI: Tujuh Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Selangor berjaya menyelesaikan proses mengenal pasti pengundi dalam Program Selangorku Bersih.
Tujuh DUN terbabit adalah Rawang, Batu Caves, Bukit Melawati, Sungai Pinang, Sri Kembangan, Morib dan Tanjung Sepat.
Manakala dari 56 keseluruhan kawasan DUN di Selangor, hampir 20  DUN yang lain turut berjaya menyelesaikan lebih 90 peratus dalam program sama.
Demikian menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan status terkini program yang dijalankan di bawah Program Pendemokrasian Rakyat Selangor oleh Kerajaan Negeri itu.
“Saya harap proses pendemokrasian ini dapat diselesaikan dalam masa dua minggu lagi,” kata beliau di Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Bersama Pemimpin Masyarakat yang diadakan di kediaman rasminya.
Program Selangorku Bersih diadakan bagi mengenal pasti kewujudan pengundi berdaftar yang sah di Selangor.
Program yang menerima peruntukan sebanyak RM5 juta dari Geran Selangorku ini membabitkan kerjasama antara Adun kawasan, Ahli-ahli majlis dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung.
TV Selangor difahamkan keputusan kajian tersebut akan diumumkan setelah keputusan penuh dan analisa dari kajian tersebut dibuat.
Kalau ikut cakap Khalid, sepatutnya program ni dah lama selesai dan daftar pengundi telah lama dibersihkan. Sekiranya ada isu dengan daftar pengundi berkenaan, sudah tentu Khalid telah lama berkokok di media menyalahkan SPR. Tapi kini setelah hampir 2 bulan program ini selesai, Khalid masih belum bersuara membentangkan hasil kajian tersebut.

Apa maknanya semua ni? Maknanya hasil kajian tersebut membuktikan daftar pengundi adalah bersih. Kalau tak bersih, dah lama Khalid melompat kutuk SPR. Tapi sebab hasil kajian menunjukkan daftar pengundi bersih, dia pun duduk diam macam tikus dalam guni beras.

Lepas tu bila dengar ada ura-ura PRU akan diadakan, terus dia kata daftar pengundi tak bersih.

Hoi Khalid, bentangkanlah hasil kajian Selangorku Bersih tu. Takkan dah belanja duit rakyat RM5 juta, lepas tu hasil kajian diperam sampai basi kot?

Apa kecoh-kecoh ni Khalid Ibrahim?   

No comments:

Post a Comment