Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?
Baru-baru ni Nurul Izzah telah cuba lagi untuk sabotaj
projek pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi.
Eh, apa lagi kerenah Betina BSF (Bangkang, Spin, Fitnah)
ni?
Dia cuba tunjuk hero untuk bela penjaja pasar malam di
luar projek pembangunan semula Flat 4 Tingkat. Penjaja-penjaja ni telah diberi
notis sejak tahun lepas untuk berpindah kerana jalan tempat mereka berniaga
akan menjadi laluan kenderaan berat semasa projek pembinaan dijalankan. Lokasi
mereka juga betul-betul sebelah projek pembinaan berkenaan. Kalau dibiarkan
beroperasi, maka dikhuatiri boleh mengancam keselamatan penjaja dan pelanggan.
Maka berkokoklah si Nurul Izzah menuntut supaya penjaja
dibiarkan terus beroperasi.
Eh Nurul, kalau jadi apa-apa pada orang ramai, siapa yang
nak tanggung? Aku yakin Nurul lah orang pertama akan berkokok menyalahkan
Kerajaan kerana tidak mengambil langkah-langkah melindungi keselamatan orang
ramai. Tapi dia jugalah yang mendesak supaya pasar malam berkenaan dibiarkan
beroperasi tanpa menghiraukan keselamatan orang ramai!!
Ini semua tidak lain tidak bukan strategi Nurul untuk
terus melengah-lengahkan projek pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi.
Setelah pelbagai taktik kotor yang digunakan termasuklah mengimport samseng
Cina, India dan orang luar untuk mencetuskan kekacauan tidak berhasil, kini dia
mencuba taktik baru pula.
Kalau timbul kekacauan antara penjaja dan Kerajaan dek
kerana hasutan Nurul, sudah pastinya projek pembangunan semula Flat 4 Tingkat
Kerinchi akan tergendala. Dan jika ini berlaku, maka bersorak kerianganlah si
Nurul dan kuncu-kuncunya.
Cukup-cukuplah Nurul kau menganiaya penduduk Flat 4 Tingkat
Kerinchi. Dah hampir 3 tahun projek ini tergendala kerana mainan politik kotor
kau, kau tak kesian ke tengok penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi yang dah lama
mengidam tinggal di rumah yang lebih besar dan selesa? Malah, ada yang dah meninggal
pun, kempunan tak merasa duduk di rumah baru.
Ketepikanlah kepentingan politik sempit dan bukalah mata
untuk melihat kesengsaraan penduduk.
Jangan menang sorak, tapi kampung tergadai!!
Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
No comments:
Post a Comment