Sekarang ni semua orang dah tahu Nurul Izzah menang di
Lembah Pantai. Persoalannya sekarang, mengapa dan bagaimana?
Raja Nong Chik dah berkhidmat untuk penduduk Lembah
Pantai lebih dari 30 tahun sejak dari zaman beliau Pemuda UMNO lagi. Sejak
memegang jawatan Menteri, makin banyak sumbangan beliau untuk Lembah Pantai.
Rumah-rumah PPR dicat baru, Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia ditubuhkan untuk
bantu penyelenggaraan rumah-rumah kos rendah dan sederhana, penjaja tepi jalan
di Jalan Pantai Permai dipindahkan ke Bazaria Pantai bagi melicinkan perjalanan
lalu lintas, Jalan Maarof diperbesarkan untuk mengurangkan kesesakan dan
macam-macam lagi yang diusahakan oleh Raja Nong Chik.
Tetapi mengapa semua usaha ini tidak dipandang oleh
pengundi?
Isu nasional menjadi tumpuan pengundi, terutamanya
golongan kelas pertengahan, kelas atasan dan kaum Cina. Bagi mereka, tidak kira
siapa pun calon BN di Lembah Pantai, walau apapun sumbangan beliau, mereka
telah membulatkan tekad untuk mengundi PKR. Sumbangan Raja Nong Chik lebih
dihargai oleh golongan berpendapatan rendah yang menikmati hasil jasa beliau.
Ini boleh dilihat dengan jelas apabila Raja Nong Chik
kalah di semua peti undi kawasan elit dan Cina, sebaliknya menang di kawasan berpendapatan
rendah. Memang dari awal-awal lagi perlawanan ini telah dilabel sebagai elit
& Cina vs pendapatan rendah.
Harus diingat juga, sebahagian besar pengundi Lembah
Pantai terdiri dari pengundi luar kawasan. Mereka tidak pernah merasai nikmat
usaha-usaha Raja Nong Chik di Lembah Pantai, jadi mereka tidak tahu apa yang
Raja Nong Chik buat di Lembah Pantai. Malah bagi mereka yang hanya disuap oleh
propaganda pembangkang menerusi Malaysiakini, Malaysian Insider, Free Malaysia
Today, Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket; Nurul Izzah sering mendabik dada
dialah sebenarnya wira Lembah Pantai yang telah melakukan pelbagai pembangunan
di sini. Maka mereka ini percaya bulat-bulat semua yang disuap kepada mereka.
Pengundi Melayu juga tidak menunjukkan kesedaran untuk
mengundi berbanding dengan pengundi Cina. Di KL, pengundi Cina hanya 43.2% dari
jumlah keseluruhan penduduk tapi mereka merupakan 52.15% dari jumlah pengundi
di KL. Ini bermakna walaupun sebagai penduduk mereka merupakan minoriti, sebagai
pengundi mereka merupakan MAJORITI di KL! Mengapa ini berlaku? Sebab orang Cina
memandang serius hak untuk mengundi dan sedar kepentingan mendaftar sebagai
pengundi. Orang Melayu memandang lewa hak untuk mengundi jadi mereka tak kisah
pun untuk mendaftar sebagai pengundi. Melayu di KL jadi majoriti penduduk, lebih
50% tapi sebagai pengundi mereka jadi MINORITI, hanya 35% sahaja dari jumlah
pengundi.
Pengundi Cina juga ramai yang sanggup turun dari jauh
semata-mata untuk mengundi. Yang bekerja di Singapura ramai turun mengundi di
Lembah Pantai. Yang bekerja di Australia, Amerika dan England pun sanggup
berbelanja berpuluh-puluh ribu ringgit semata-mata untuk turun mengundi. Tapi
orang Melayu? Ada masalah sikit, terus tak nak pergi mengundi!
Aku petik dari blog OutSyedTheBox:
Then I also noticed that there were very, very few Malay voters
(in Sek Keb Bukit Bandaraya in Lembah Pantai). After voting I received calls from a friend of
mine who said the same thing. Chinese voter turnout was huge in Kelana Jaya and
Shah Alam. The Malay voters were not as many. Then my friend said he was
getting calls from Johor saying the same thing. Where were the Malay
voters?
Two of my Malay staff who were supposed to vote did not do so
for flimsy reasons ('kereta tak datang ambil' and 'ramai sangat
tunggu queue').
Kemudian saya juga mendapati bahawa terdapat sangat,
sangat sedikit pengundi Melayu (di Sek Keb Bukit Bandaraya di Lembah Pantai).
Selepas mengundi saya menerima panggilan daripada seorang rakan saya yang
mengatakan perkara yang sama. Kehadiran pengundi Cina adalah besar di Kelana
Jaya dan Shah Alam. Pengundi Melayu tidak begitu banyak. Kemudian rakan saya
berkata beliau mendapat panggilan dari Johor mengatakan perkara yang sama. Di manakah pengundi Melayu?
Dua kakitangan Melayu saya yang sepatutnya mengundi tidak
berbuat demikian atas sebab-sebab remeh ('kereta
tak datang ambil' dan 'ramai sangat
tunggu giliran').
Tengok tu, alasan remeh macam tu digunakan sebagai sebab
tak pergi mengundi. Orang Cina datang dari beribu-ribu batu takda masalah pun
nak pergi mengundi, kita yang duduk dekat Lembah Pantai boleh bagi alasan bodoh
macam tu?
Cabaran untuk PRU seterusnya ialah untuk mendekati
golongan-golongan yang sebelum ini anti Kerajaan dan memahami isu yang penting
untuk mereka. Sesetengah isu ini memang memerlukan penyelesaian di peringkat
nasional, contohnya isu korupsi. Raja Nong Chik atau mana-mana calon BN di
Lembah Pantai tak boleh selesaikan isu-isu ni. Ianya memerlukan penyelesaian
menyeluruh. Sebersih manapun calon di Lembah Pantai, bila BN/UMNO dikaitkan
dengan korupsi, maka calon yang bersih itupun akan turut terpalit dengan lumpur
yang sama.
Yang paling penting ialah kesedaran untuk mengundi di
kalangan orang Melayu. Kalau kita masih tak sedar-sedar lagi, jangan terkejut
kalau hak kita terhakis sedikit demi sedikit. Jangan jadi macam pepatah Melayu,
dah terantuk baru tengadah. Sementara masih belum terlambat, gunakanlah hak kita
dengan bijak. Daftarlah sebagai pengundi. Masa PRU, turun mengundi, jangan bagi
alasan bodoh untuk mengelak dari mengundi.
Insya Allah, kalau ada kesedaran untuk berubah di dalam
BN/UMNO serta para pengundi Melayu, scenario politik berbeza boleh disaksikan
pada PRU akan datang.