Wednesday, May 1, 2013

RAJA NONG CHIK JAWAB FITNAH NURUL IZZAH TENTANG PEMBERIAN KONTRAK KEPADA ANAK SENDIRI



Inilah Surat Niat kepada Istijuara Sdn Bhd yang dikeluarkan oleh KBS pada tahun 2006.  Dalam fitnah pembangkang, pernah tak dia sebut tarikh Surat Niat ni? HARAM TAK PERNAH!!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Dato Raja Nong Chik bagi kontrak kerajaan kepada anak sendiri? Itulah fitnah yang sedang hebat disebarkan oleh pihak pembangkang bagi memburukkan nama baik Dato’ Raja Nong Chik.

Walaupun sebelum ini calon pembangkang sendiri yang beria-ia mahukan kempen yang bersih, tapi memang dasar lidah bercabang, depan cakap lain, belakang buat lain. Depan kata nak bersih, kat belakang dia yang sebar fitnah.

Yang hairannya, isu ini bukan isu baru tetapi isu yang ditimbulkan pada bulan MEI 2012, ya, ISU BASI DARI TAHUN LEPAS LAGI!

Dan yang lebih menghairankan, isu ni pun dah dijawab pada tahun lepas tetapi mengapa pihak pembangkang masih sibuk menyebarkan fitnah ini? Tak faham-faham ke dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan ataupun sengaja buat-buat tak faham?

Apa fitnahnya? Kononnya Dato’ Raja Nong Chik salahguna kuasa untuk beri kontrak Kementerian Belia dan Sukan kepada syarikat anaknya, Istijuara Sdn Bhd.

Sebenarnya aku bila dengar fitnah ni pun dah jadi hairan. Dato' Raja Nong Chik ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Dia bukannya pegang Kementerian Belia dan Sukan, jadi macam mana dia boleh bagi kontrak kat anak dia?

Takpalah, mari kita kaji kronologi isu ni untuk buktikan bahawa ianya langsung tidak berasas.

Apa penjelasan kepada fitnah ni?

  • Istijuara Sdn Bhd dapat Surat Niat (Letter of Intent) untuk membekal, memasang dan menyelenggara peralatan untuk Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor dari KBS pada tahun 2006.  Pada masa itu, Dato' Raja Nong Chik TAKDA sebarang pegangan saham dalam Istijuara Sdn Bhd. Ini bermakna Istijuara Sdn Bhd dapat kontrak tu atas daya usaha mereka sendiri. 

  • Dato’ Raja Nong Chik BELI Istijuara Sdn Bhd pada tahun 2007 dan letakkan bawah nama anaknya. Pada masa itu, Dato’ Raja Nong Chik BELUM jadi Menteri lagi. Sebagai ahli perniagaan, takda salahnya dia nak beli saham mana-mana syarikat.

  • Dato’ Raja Nong Chik jadi Menteri pada tahun 2009.

  • Pada tahun 2010, kompleks IKBN Bandar Penawar siap. Bila dah siap, baru Surat Tawaran (Letter of Award) dikeluarkan kepada Istijuara Sdn Bhd. Mengapa kena tunggu siap baru keluar Surat Tawaran? Sebabnya Kerajaan nak pastikan spesifikasi peralatan adalah up to date. Kalau dia bagi Surat Tawaran (Letter of Award) pada tahun 2006 bersekali dengan Surat Niat (Letter of Intent) maka spesifikasinya tentulah spesifikasi tahun 2006 sedangkan kompleks hanya akan siap pada tahun 2010! Bayangkanlah, kompleks serba canggih guna peralatan kuno dan out of date! 


 Kesimpulannya?

  • Kontrak Istijuara dikeluarkan oleh Kementerian Belia & Sukan, takda kena mengena dengan Dato’ Raja Nong Chik sebab KEMENTERIAN YANG BERLAINAN.

  • Istijuara Sdn Bhd dapat kontrak takda kena-mengena dengan Dato’ Raja Nong Chik sebab dia BUKAN PEMEGANG SAHAM pada masa Istijuara mendapat kontrak.

  • Dato’ Raja Nong Chik beli Istijuara Sdn Bhd dan letakkan bawah nama anaknya SEBELUM dia jadi Menteri, dan SELEPAS Istijuara dapat kontrak Kementerian Belia & Sukan.

  • Tempoh di antara Surat Niat (Letter of Intent) dan Surat Tawaran (Letter of Award) adalah kerana menunggu kompleks siap bagi memastikan spesifikasi peralatan up to date. Ini adalah Standard Operating Procedure (SOP) perolehan Kerajaan.

  
Jadi, apa yang pembangkang nak kecoh-kecoh kononnya ada salahguna kuasa? Nampak jelas semua proses mengikut prosedur dan lunas undang-undang.

Sengaja je diorang seronok tabur fitnah!!!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE? 

No comments:

Post a Comment