Wednesday, May 29, 2013

TAHNIAH ZAHID HAMIDI!! KASI TARUK SAMA PENGACAU KEAMANAN!!


Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

Padan muka pada geng-geng pengacau keamanan dari Pakatan. Selama ni mereka bermaharajalela melanggar undang-undang negara, buat perhimpunan haram di sana sini. Bising sampai tengah malam, jalan jam sampai orang nak balik rumah pun tak boleh.

Tahniah pada Zahid Hamidi kerana tidak lagi memberi muka kepada pihak yang mencabar kedaulatan undang-undang negara. Teruskan mendakwa penganjur perhimpunan-perhimpunan haram.

Tapi bila dah kena dakwa, pandai pulak geng-geng Pakatan ni merengek kononnya mereka ditindas. Kononnya hak mereka untuk mengadakan perhimpunan aman telah dicabul.

Ya ke kena tindas? Ya ke kena cabul?

Dalam undang-undang, awal-awal lagi dah dinyatakan sebarang perhimpunan perlu dimaklumkan kepada polis 10 hari sebelum ianya diadakan. Perhimpunan-perhimpunan yang Pakatan buat bukannya perhimpunan kecil-kecilan. Semuanya perhimpunan besar, pakai stadium. Bukannya hari ni buat keputusan, esok terus berhimpun. Kena ambil masa juga nak anjurkan. Habis tu, nak buat perhimpunan besar boleh, nak hantar surat maklumkan pada polis tak boleh?

Setelah polis mengambil tindakan berlandaskan undang-undang, apa kesannya? Boleh baca sendiri laporan portal pro pembangkang, Malaysiakini.

Perhimpunan Blackout 505 Akan Diteruskan

Menurut Johari Abdul, Ahli Parlimen Sg Petani, empat negeri akan mengadakan perhimpunan 505 pada bulan Jun bermula dengan Perlis pada 10 Jun, di Sungai Petani, Kedah pada 11 Jun; di Kota Baru, Kelantan pada 12 Jun dan di Batu Pahat, Johor pada 14 Jun.

Beliau menambah bahawa penganjur akan mendapatkan kebenaran daripada pihak polis untuk semua perhimpunan akan datang.

TUUUU DIAAAAA!!

Lepas dah kena dakwa, pandai pulak nak mohon kebenaran dari polis!!

Ini menunjukkan pihak pembangkang dah jadi kaduk naik junjung. Selama ni Kerajaan asyik berlembut sahaja sampaikan mereka memandang enteng undang-undang negara, ikut suka hati mak bapak dia je nak langgar.

Sekarang, bila dah terantuk baru tengadah. Pembangkang sedar, zaman mereka boleh buat apa saja dah berlalu.

UNDANG-UNDANG TETAP UNDANG-UNDANG!!

TAHNIAH ZAHID HAMIDI!!

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

No comments:

Post a Comment