Friday, May 3, 2013

NURUL IZZAH TUDUH PENDUDUK ELIT BANGSAR PENGUNDI HANTU


Pengundi Bangsar Cina, India & Melayu bangkit menyelar Nurul Izzah yang menuduh mereka pengundi hantu.

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Mula-mula dulu aku ingat Nurul Izzah hanya tuduh bekas setinggan sahaja sebagai pengundi hantu. Rupa-rupanya penghuni kawasan elit Bangsar pun jadi mangsa tuduhan pengundi hantu!

Yang paling lawaknya, yang dituduh tu bukan orang sebarangan, tetapi Setiausaha Persatuan Penduduk Bangsar Baru, Prem Kumar!! Bila ditanya kepada Nurul Izzah, Nurul kata semua pengundi hantu ni dia tak jumpa sebab alamat tak lengkap.

Nurul, Prem Kumar dilahirkan di Bangsar, dibesarkan di Bangsar dan dah laaaaamaaaa jadi Setiausaha Persatuan Penduduk Bangsar Baru. Macam mana kau tak kenal dia ya?

Hek eleh… Nurul, kau tu dah jadi wakil rakyat 5 tahun, orang yang aktif macam Prem Kumar pun tak boleh cari? Nampak sangat kau jarang turun padang, kalau tak, mustahil kau tak kenal Prem Kumar!!

Boleh baca sendiri Kenyataan Media dari NGO GEMPUR tentang isu ni.

KENYATAAN MEDIA NGO GEMPUR ‘GERAKAN MENCARI PENGUNDI ASAL LEMBAH PANTAI’

ISU PENGUNDI HANTU DI BANGSAR

2 MEI 2013


Sebagaimana tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, pada 22 Mac 2013 Nurul Izzah telah memfailkan semakan kehakiman menuntut SPR untuk membatalkan pendaftaran 4,637 pengundi Lembah Pantai yang disifatkan oleh Nurul Izzah sebagai pengundi hantu kononnya kerana alamat kediaman mereka tidak lengkap atau tidak wujud.

Walaupun semakan kehakiman asal Nurul Izzah telah ditolak, kami terkejut apabila mengetahui Nurul Izzah akan memfailkan semula rayuan terhadap keputusan asal mahkamah. Kami amat bimbang dengan perkembangan terbaru ini dan khuatir ianya akan menjejaskan hak pengundi Lembah Pantai untuk mengundi.

Pihak GEMPUR telah dibekalkan oleh sumber dari PKR sendiri senarai pengundi hantu yang telah dikemukakan ke Mahkamah oleh Nurul Izzah untuk dibatalkan hak mereka untuk mengundi. Walau bagaimanapun, senarai yang dikemukakan tidak lengkap. Hanya 1,700 nama sahaja berada dalam senarai tersebut. Sehubungan dengan itu, kami mencabar Nurul Izzah untuk mengemukakan senarai penuh kesemua 4,637 pengundi hantu Lembah Pantai agar semua pengundi Lembah Pantai boleh menyemak senarai berkenaan bagi memastikan mereka tidak tersenarai sebagai pengundi hantu.

Bagi membantu pengundi Lembah Pantai menyemak sama ada nama mereka tersenarai sebagai pengundi hantu, kami telah mewujudkan laman Facebook di alamat https://www.facebook.com/WeAreLembahPantai yang menyenaraikan kesemua 1,700 nama yang ada pada kami. Para pengundi Lembah Pantai digesa menyemak status mereka di situ.

Sebelum ini pihak kami lebih banyak membuat semakan di kawasan-kawasan bekas setinggan bagi mencari pengundi Lembah Pantai yang dituduh sebagai pengundi hantu. Adalah dimaklumkan sehingga kini, dalam masa 2 minggu sahaja, kami telah berjaya menemui 500 penduduk Lembah Pantai yang dituduh sebagai pengundi hantu.

Walau bagaimanapun, setelah meneliti senarai pengundi hantu Nurul Izzah, kami dapati Nurul Izzah turut menyenaraikan pengundi-pengundi di kawasan elit seperti Bangsar sebagai pengundi hantu.

Mulai 2 hari yang lepas kami telah membuat semakan bagi pengundi di lokaliti di Bangsar Baru sahaja dan daripada 52 nama  yang tersenarai di Bangsar Baru kami telah berjaya mengesan lebih 25 pengundi yang disenaraikan sebagai pengundi hantu oleh Nurul Izzah.

Nurul Izzah sebelum ini telah mencabar Dato’ Raja Nong Chik untuk menjelaskan bagaimana GEMPUR boleh mencari pengundi-pengundi hantu ini sedangkan PKR telah berusaha selama 4 tahun untuk mencari mereka tetapi gagal.

Saya petik cabaran Nurul Izzah melalui Setiausaha Politik beliau yang disiarkan menerusi artikel bertajuk “PKR Says 5,000 ‘Dubious’ Lembah Pantai Voters Unverifiable, Not Squatters”, yang disiarkan di Malaysian Insider bertarikh 30 April 2013.

"In four years, we have tried to meet the voters but the addresses are incomplete. We ask Umno in the spirit of democracy to please share their tactic, how can they find out where these voters are staying?"

Kami bukan UMNO tapi kami akan jawab cabaran Nurul Izzah.

Bagaimana cara kami menemui pengundi-pengundi Lembah Pantai yang dituduh sebagai pengundi hantu? Mudah sahaja Nurul. Buat kerja, jangan hanya kuat cakap sahaja. Jalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Turun padang. Bergaullah dengan rakyat jelata. Apabila kita kenal rakyat, mudah sahaja untuk mencari mereka bila nama mereka tersenarai sebagai pengundi hantu.

Contoh paling mudah ialah Encik Prem Kumar. Nurul Izzah telah menyenaraikan nama Encik Prem Kumar sebagai pengundi hantu. Prem Kumar dilahirkan dan dibesarkan di Bangsar selama 37 tahun. Beliau bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan di Bangsar dan telah menjadi Setiausaha Persatuan Penduduk Bangsar Baru selama beberapa tahun. Sehingga kini beliau masih lagi Setiausaha Persatuan Penduduk Bangsar Baru. Nurul Izzah telah menjadi wakil rakyat selama 5 tahun. Selepas 5 tahun menjadi wakil rakyat, kalau orang yang begitu aktif dan tersohor di kawasan Bangsar seperti Prem Kumar pun Nurul Izzah tidak kenal, maka tidak hairanlah jika rakyat marhaen seperti penduduk bekas kawasan setinggan pun Nurul Izzah tidak kenal!

Insiden ini jelas menunjukkan Nurul Izzah jarang turun padang dan tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat malah dengan sewenang-wenangnya telah menganiaya penduduk Lembah Pantai dengan cuba membatalkan hak mereka untuk mengundi di dalam pilihan raya.


IZWAN MEGAT
NITESH MALANI
CHRIS DANIEL

(Sekretariat GEMPUR)                                                                                 

No comments:

Post a Comment