Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak
kesayangan Anwar Ibrahim?
Nampak sangat si Nurul dah gerun dengan bayang
Raja Nong Chik, sampai habis dikerahnya Malaysiakini untuk tabur fitnah kepada
Raja Nong Chik!!
Apa fitnah terkini Malaysiakini?
Malaysiakini buat fitnah kononnya semasa jadi
Menteri, Dato’ Raja Nong Chik ada syarikat luar pesisir bertujuan untuk
mengelakkan cukai dan menjalankan urusniaga haram.
Tetapi Malaysiakini kantoi kerana sebelum
artikel tu keluar, Dato’ Raja Nong Chik dah hantar secara BERTULIS jawapan
kepada Malaysiakini menegaskan bahawa syarikat itu dibuka oleh bapanya SEBELUM
Dato’ Raja Nong Chik menjadi Menteri dan juga ditutup SEBELUM Dato’ Raja Nong
Chik menjadi Menteri.
Syarikat ditutup kerana pelaburan yang
dirancangkan tak sesuai untuk dilaksanakan, maka ianya ditutup TANPA MELAKUKAN
SEBARANG TRANSAKSI! Kalau dah ditutup tanpa sebarang transaksi, macam mana
boleh Malaysiakini tuduh Dato’ Raja Nong Chik menjalankan urusniaga haram? Aku
ulang semula, TAKDA SEBARANG URUSNIAGA PUN DIBUAT. Itupun Malaysiakini tak
faham? Jawapan bertulis pun Malaysiakini tak boleh baca?
Nampak sangat Malaysiakini ada agenda untuk
memburukkan nama baik Dato’ Raja Nong Chik. Walaupun dah ada jawapan bertulis,
Malaysiakini langsung tidak mengendahkan fakta sebenar dan dengan sewenang-wenangnya
menerbitkan fitnah.
Boleh baca sendiri Kenyataan Media Dato’
Raja Nong Chik menyelar tindakan tidak beretika dan berniat jahat dari
Malaysiakini.
Kenyataan Media Dato' Raja Nong Chik
Artikel
Malaysiakini bertarikh 5 April 2013 bertajuk “Politicians among 1,500 who own offshore companies” yang memetik
nama saya dan secara tidak langsung menyentuh pemilikan dan pembabitan saya di
dalam sebuah syarikat luar pesisir (offshore
company), RZA International Corporation adalah dirujuk.
Saya
ingin menjelaskan bahawa permohonan Malaysiakini bertarikh 29 Mac 2013 melalui
email mengenai RZA International Corporation telah dijawab dan dijelaskan oleh
saya pada 2 April 2013 seperti fakta-fakta di bawah;
1. RZA International Corporation
ditubuhkan oleh bapa saya, Raja Zainal Abidin bin Raja Haji Tachik pada
21 Ogos 2007.
2. Bapa saya menubuhkan syarikat
berkenaan untuk membuat pelaburan luar pesisir yang sah untuk keluarganya.
3. RZA International Corporation
kemudiannya ditutup kerana ia tidak menjalankan sebarang pelaburan luar
pesisir.
Walaubagaimanapun,
fakta-fakta tersebut telah diputar belit oleh pihak Malaysiakini dengan
melaporkan bahawa “Raja Nong Chik set up
RZA International Corporation with his father, Raja Zainal Abidin bin Raja Haji
Tachik, a number of his sisters and brothers as well as other family members” (Raja Nong Chik menubuhkan RZA
International Corporation bersama bapanya, Raja Zainal Abidin bin Raja Haji
Tachik, beberapa adik-beradiknya dan juga ahli keluarga yang lain). Saya secara
jelas telah menyatakan bahawa syarikat tersebut ditubuhkan oleh bapa saya
seperti email saya bertarikh 2 April 2013.
Walaupun saya telah
menulis kepada mereka, Malaysiakini sekali lagi memutar belit kenyataan saya
dengan melaporkan bahawa “The Minister did not elaborate on the offshore
investments made by his family through the company”. (Menteri tidak menjelaskan
tentang pelaburan luar pesisir yang dibuat oleh keluarganya menerusi syarikat
tersebut) sedangkan saya telah menyatakan dengan jelas bahawa syarikat tersebut
TIDAK membuat sebarang pelaburan
luar pesisir.
Perkara ini perlu dijelaskan kepada semua pihak kerana Malaysiakini telah memburukkan dan mencemarkan nama baik bapa saya dengan menggambarkan bahawa bapa saya terlibat dengan “wang haram”, “pengelakan cukai” dan “transaksi tidak sah” semata-mata untuk memberikan kelebihan kepada calon mereka di dalam pilihan raya yang akan datang.. Ini jelas menunjukkan sikap tidak beretika dan niat jahat Malaysiakini dengan memutarbelit fakta dalam pelaporan mereka yang seterusnya merupakan satu percubaan untuk mendapatkan kelebihan politik.
Bapa
saya memulakan perniagaannya pada tahun 1974 dan seterusnya menubuhkan Kumpulan
RZA Sdn Bhd pada tahun 1979. Beliau membina perniagaan keluarga ini dengan
penuh dedikasi, komitmen dan usaha yang gigih. Beliau juga telah membuat
pilihan untuk mengagihkan harta dan pengurusan pelaburannya kepada semua ahli
keluarga.
Pada
Ogos 2007, SEBELUM saya menjadi
Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, bapa saya telah membuat
keputusan untuk mengagihkan saham RZA International Corporation kepada ibu,
adik beradik, anak-anak arwah abang saya dan juga kepada saya. Ini menunjukkan
bapa saya seorang ketua keluarga yang pemurah, penyayang serta konsisten dengan
apa yang telah diusahakan selama ini dalam Kumpulan RZA Sdn Bhd.
Walau
bagaimanapun, tidak ada satupun pelaburan luar pesisir yang dibuat dan pada
Disember 2008 (SEBELUM saya menjadi
Menteri), bapa saya telah mengarahkan agar RZA
International Corporation ditutup. Secara rasminya, RZA International
Corporation telah ditutup selepas arahan beliau. Untuk rekod, saya tidak pernah
menjadi pengarah atau pemegang saham untuk mana-mana syarikat luar pesisir yang
lain.
Astaghfirullahalazim...Berani perempuan ni fitnah bekas bos aku...keluarga RZA orang warak,bayar zakat,bayar income tax,business dah lama sebelum RNC jadi menteri lagi...Ko patut jaga bapak ko tu Izah...
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteRopahjamil atau penulis artikel blh tak keluarkan artikel mengenai kehidupan RNC dan keluarga nya. difahamkan beliau dtg dari keluarga yg warak. sbg panduan untk kita semua dan mengelakkan salah faham yg akan dikeluarkan oleh pembangkang.
Raja Nong Chik patut saman saja Nurul Izzah dan MalaysiaKini.
ReplyDelete