Friday, May 10, 2013

MUHASABAH PRU LEMBAH PANTAI



Sekarang ni semua orang dah tahu Nurul Izzah menang di Lembah Pantai. Persoalannya sekarang, mengapa dan bagaimana?

Raja Nong Chik dah berkhidmat untuk penduduk Lembah Pantai lebih dari 30 tahun sejak dari zaman beliau Pemuda UMNO lagi. Sejak memegang jawatan Menteri, makin banyak sumbangan beliau untuk Lembah Pantai. Rumah-rumah PPR dicat baru, Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia ditubuhkan untuk bantu penyelenggaraan rumah-rumah kos rendah dan sederhana, penjaja tepi jalan di Jalan Pantai Permai dipindahkan ke Bazaria Pantai bagi melicinkan perjalanan lalu lintas, Jalan Maarof diperbesarkan untuk mengurangkan kesesakan dan macam-macam lagi yang diusahakan oleh Raja Nong Chik.
Tetapi mengapa semua usaha ini tidak dipandang oleh pengundi?

Isu nasional menjadi tumpuan pengundi, terutamanya golongan kelas pertengahan, kelas atasan dan kaum Cina. Bagi mereka, tidak kira siapa pun calon BN di Lembah Pantai, walau apapun sumbangan beliau, mereka telah membulatkan tekad untuk mengundi PKR. Sumbangan Raja Nong Chik lebih dihargai oleh golongan berpendapatan rendah yang menikmati hasil jasa beliau.

Ini boleh dilihat dengan jelas apabila Raja Nong Chik kalah di semua peti undi kawasan elit dan Cina, sebaliknya menang di kawasan berpendapatan rendah. Memang dari awal-awal lagi perlawanan ini telah dilabel sebagai elit & Cina vs pendapatan rendah.

Harus diingat juga, sebahagian besar pengundi Lembah Pantai terdiri dari pengundi luar kawasan. Mereka tidak pernah merasai nikmat usaha-usaha Raja Nong Chik di Lembah Pantai, jadi mereka tidak tahu apa yang Raja Nong Chik buat di Lembah Pantai. Malah bagi mereka yang hanya disuap oleh propaganda pembangkang menerusi Malaysiakini, Malaysian Insider, Free Malaysia Today, Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket; Nurul Izzah sering mendabik dada dialah sebenarnya wira Lembah Pantai yang telah melakukan pelbagai pembangunan di sini. Maka mereka ini percaya bulat-bulat semua yang disuap kepada mereka.

Melalui media pembangkang juga Nurul Izzah telah melakukan pelbagai serangan peribadi terhadap Raja Nong Chik. Kononnya Raja Nong Chik beri kontrak pada anak sendiri, Raja Nong Chik ada offshore company untuk buat pelaburan haram, Raja Nong Chik beli rumah RM15 juta hasil penyelewengan masa jadi Menteri dan betul-betul sehari sebelum pengundian Nurul telah buat fitnah kononnya Raja Nong Chik telah menyeleweng tanah milik DBKL untuk diberi kepada syarikat Kiara Mas. Sebelum kempen bermula Nurul Izzah lah orang pertama kata mahukan kempen yang bersih, tetapi dia jugalah orang pertama yang membuat pelbagai serangan berunsur fitnah selepas itu. Dan semua fitnah ini dipercayai bulat-bulat oleh ramai pengundi walaupun semua isu berkenaan telah dijawab.

Pengundi Melayu juga tidak menunjukkan kesedaran untuk mengundi berbanding dengan pengundi Cina. Di KL, pengundi Cina hanya 43.2% dari jumlah keseluruhan penduduk tapi mereka merupakan 52.15% dari jumlah pengundi di KL. Ini bermakna walaupun sebagai penduduk mereka merupakan minoriti, sebagai pengundi mereka merupakan MAJORITI di KL! Mengapa ini berlaku? Sebab orang Cina memandang serius hak untuk mengundi dan sedar kepentingan mendaftar sebagai pengundi. Orang Melayu memandang lewa hak untuk mengundi jadi mereka tak kisah pun untuk mendaftar sebagai pengundi. Melayu di KL jadi majoriti penduduk, lebih 50% tapi sebagai pengundi mereka jadi MINORITI, hanya 35% sahaja dari jumlah pengundi.

Pengundi Cina juga ramai yang sanggup turun dari jauh semata-mata untuk mengundi. Yang bekerja di Singapura ramai turun mengundi di Lembah Pantai. Yang bekerja di Australia, Amerika dan England pun sanggup berbelanja berpuluh-puluh ribu ringgit semata-mata untuk turun mengundi. Tapi orang Melayu? Ada masalah sikit, terus tak nak pergi mengundi!

Aku petik dari blog OutSyedTheBox:

Then I also noticed that there were very, very few Malay voters (in Sek Keb Bukit Bandaraya in Lembah Pantai). After voting I received calls from a friend of mine who said the same thing. Chinese voter turnout was huge in Kelana Jaya and Shah Alam. The Malay voters were not as many. Then my friend said he was getting calls from Johor saying the same thing. Where were the Malay voters?

Two of my Malay staff who were supposed to vote did not do so for flimsy reasons ('kereta tak datang ambil' and 'ramai sangat tunggu queue'). 

Kemudian saya juga mendapati bahawa terdapat sangat, sangat sedikit pengundi Melayu (di Sek Keb Bukit Bandaraya di Lembah Pantai). Selepas mengundi saya menerima panggilan daripada seorang rakan saya yang mengatakan perkara yang sama. Kehadiran pengundi Cina adalah besar di Kelana Jaya dan Shah Alam. Pengundi Melayu tidak begitu banyak. Kemudian rakan saya berkata beliau mendapat panggilan dari Johor mengatakan perkara yang sama. Di manakah pengundi Melayu?

Dua kakitangan Melayu saya yang sepatutnya mengundi tidak berbuat demikian atas sebab-sebab remeh ('kereta tak datang ambil' dan 'ramai sangat tunggu giliran').

Tengok tu, alasan remeh macam tu digunakan sebagai sebab tak pergi mengundi. Orang Cina datang dari beribu-ribu batu takda masalah pun nak pergi mengundi, kita yang duduk dekat Lembah Pantai boleh bagi alasan bodoh macam tu?  

Cabaran untuk PRU seterusnya ialah untuk mendekati golongan-golongan yang sebelum ini anti Kerajaan dan memahami isu yang penting untuk mereka. Sesetengah isu ini memang memerlukan penyelesaian di peringkat nasional, contohnya isu korupsi. Raja Nong Chik atau mana-mana calon BN di Lembah Pantai tak boleh selesaikan isu-isu ni. Ianya memerlukan penyelesaian menyeluruh. Sebersih manapun calon di Lembah Pantai, bila BN/UMNO dikaitkan dengan korupsi, maka calon yang bersih itupun akan turut terpalit dengan lumpur yang sama.

Yang paling penting ialah kesedaran untuk mengundi di kalangan orang Melayu. Kalau kita masih tak sedar-sedar lagi, jangan terkejut kalau hak kita terhakis sedikit demi sedikit. Jangan jadi macam pepatah Melayu, dah terantuk baru tengadah. Sementara masih belum terlambat, gunakanlah hak kita dengan bijak. Daftarlah sebagai pengundi. Masa PRU, turun mengundi, jangan bagi alasan bodoh untuk mengelak dari mengundi.

Insya Allah, kalau ada kesedaran untuk berubah di dalam BN/UMNO serta para pengundi Melayu, scenario politik berbeza boleh disaksikan pada PRU akan datang.

3 comments:

  1. Sebabnya rakyat terutama di bandar tidak lagi pandang kepadaa pembangunan oleh kerajaan . Lagi banyak projek pembangunan , bagi mereka lagi banyak penyelewengan dan rasuah . Itu persepsi mereka dan itulah yang menjadi fahaman yang tak mampu Bn perbetulkan buat masa ini .

    So maknanya , BN perlu minimum kan pembangunan di bandar. Berusaha wujudkan bandar2 baru yg boleh jadi pusat niaga bumiputra . Cara pengagihan kekayaan negara melalui kontrak dalam sektor pembinaan harus dirombak . Lebihkan kepada keusahawanan, perkilangan dan SME.

    Struktur pentadbiran dalam komuniti ( JKKK ) perlu dirombak . UMNO dan BN tidak harus terlibat dalam pentadbiran di peringkat komuniti/kampung. fungsi cawangan UMNO dah tak relevan lagi . Rakyat perlukan pemimpin muda bagi bergerak aktif dlm komuniti .

    ReplyDelete
  2. "Pengundi luar menjadi penentu" ini lah antara perkara yang perlu diperbetul.
    orang yang menetap/tinggal di sesuatu kawasan itu lah sepatutnya yang layak menentukan siapakah wakil yang mereka perlu lantik, kerena jika mereka tidak memilih orang yang benar-benar boleh berkhidmat, merekalah yang akan mendapat kesanya sepanjang lima tahun selepas pilihan raya.

    Kaedah mengundi "balik kampung" sudah kurang sesuai. Dengan teknologi terkini, SPR dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran, dan lain-lain jabatan berkaitan boleh mula mengambil langkah dan mengubal peraturan mengundi, pengundi mesti mengundi di tempat mereka tinggal.

    Orang kampung yang telah berhijrah ke bandar dan telah memiliki rumah di bandar mesti mengundi ditempat/kawasan dimana sesaorang itu telah memiliki rumah.

    Orang yang telah meninggalkan negara dalam tempoh yang lama tidak layak mengundi, kerana mereka tidak setia dengan negara, kecuali mereka yang berkhidmat atas urusan kerajaan.

    Fikir-fikirkan lah.... rasanya banyak cara lagi...

    ReplyDelete
  3. Apa masalah Melayu ni?Memang bodoh atau jenis tak peduli dan cuma tersedar bila kepala sudah dipijak2 di dalam kubang khinzir.Maaf aku guna bahasa yg keras tapi aku sangat2 kesal dengan sikap orang2 Melayu yang buat acuh tak acuh dengan hak dan halatuju negara.

    Dengan sikap jahil inilah banyak kerusi2 yg sepatutnya dimenangi oleh bn atau sekurang2nya calon Melayu tapi terlepas kepada orang lain.Dengan sikap ini jugalah mungkin satu hari nanti negara kita boleh diperintah oleh pihak2 perosak penghancur negara.

    ReplyDelete