Thursday, February 21, 2013

NURUL IZZAH KEMARUK NAK DEBAT DENGAN RAJA NONG CHIK. PINANGAN DITOLAK TAPI KENDURI KAHWIN BUAT JUGA!

Nurul Izzah dah gila bayang. Pinangan dah kena tolak tapi kenduri kahwin nak buat  juga

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Baru-baru ni Nurul Izzah hantar surat cabar Dato Raja Nong Chik berdebat. Walaupun dah banyak kali Dato Raja Nong Chik dah banyak kali cakap dia lebih suka membantu rakyat dari buang masa berdebat dengan Nurul Izzah, tapi Nurul Izzah tak reti-reti bahasa jugak. Dia masih lagi kemaruk nak berdebat dengan Raja Nong Chik.

Terkini, Nurul Izzah dah siap pasang banner di seluruh Lembah Pantai war-warkan kononnya debat dia dengan Dato Raja Nong Chik akan diadakan pada 24 Februari ni.

Hek eleh, gila bayang ke kau Nurul? Orang dah kata tak nak, kau pulak yang beria-ia sampai setkan tarikh sendiri.

Kau ni macam perempuan kena reject lah Nurul. Orang lelaki dah kata tak hingin, kau pulak yang gila bayang sampaikan setkan tarikh perkahwinan sendiri. Lepas tu kau pasang banner merata-rata ajak orang datang kenduri, siap hantar kad jemputan kahwin lagi! Bak kata pepatah, macam perigi cari timba. Lagi satu pepatah yang sesuai, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong!

Yang kau beria-ia sangat nak berdebat ni mengapa Nurul?

Setiausaha Politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil berkata, “Walaupun cabaran ini telah ditolak sebelum ini, cabaran itu dikemukakan semula berikutan dakwaan Raja Nong Chik bahawa Nurul Izzah tidak menunaikan tanggungjawabnya di Lembah Pantai.”

“Nurul Izzah kononnya tidak membawa apa-apa kebaikan dan pembangunan kepada Lembah Pantai. Dakwaan ini sangat serius kerana YB Nurul Izzah sebenarnya telah banyak berjasa kepada Lembah Pantai.”

Bila perkara ni diajukan media kepada Dato Raja Nong Chik untuk ulasan, mudah sahaja jawapan Dato Raja Nong Chik.

“Kalau betul dia banyak berjasa untuk Lembah Pantai, senaraikan jasa-jasa yang pernah dia buat. Kita bandingkan dengan khidmat saya kepada penduduk Lembah Pantai. Tak perlu nak debat-debat. Biar penduduk Lembah Pantai sendiri bandingkan sumbangan saya dan Nurul Izzah dan buat pilihan sendiri di peti undi.”

Betul juga cakap Dato Raja Nong Chik tu. Kalau setakat nak banding jasa, tak payah debat, senaraikan je semua jasa-jasa kau. Print risalah dan sebarkan kat semua orang. Lepas tu penduduk boleh bandingkan sendiri jasa kau dengan jasa Dato Raja Nong Chik.

Pasal apa kau tak nak buat macam tu Nurul? Haaaa, jawapannya mudah je, sebab dia memang tak pernah buat jasa di Lembah Pantai. Apa yang dia tahu buat ialah lempar fitnah, curi kredit dari usaha Dato Raja Nong Chik dan cuba halang usaha baik yang di bawa oleh Dato Raja Nong Chik.

Tak percaya? Boleh baca sendiri macam mana Nurul Izzah cuba halang pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi dan juga macam mana Nurul cuba curi kredit dari usaha Dato Raja Nong Chik di Pantai Permai. Ni baru sikit je aku senaraikan.

Aku pun hairan juga bila Nurul Izzah merengek kononnya tak dapat liputan media untuk menjawab dakwaan Dato Raja Nong Chik. Habis tu media pro-pembangkang kan banyak yang suka buat liputan pasal kau, tiap-tiap hari ada berita pasal Nurul Izzah dalam Malaysiakini, Malaysian Insider, Malaysia Today, Malaysia Chronicle, Free Malaysia Today dan macam-macam lagi! Tu belum ambil kira media parti pembangkang macam Harakah, Suara Keadilan, Selangor Times dan Roketkini. Blogger Pakatan pun ramai. Dalam akhbar Sinar Harian pun kau ada ruangan tetap. Tak cukup liputan lagi ke?

Jadi bila kau merengek kononnya tak dapat liputan media, nampak sangat kau ni kaki temberang.

Nasihat aku kat kau Nurul, dari buang masa merengek nak berdebat, baik kau gunakan masa yang ada untuk berkhidmat kepada rakyat. Contohilah Dato Raja Nong Chik. Sampai PRU nanti rakyat sendiri akan nilai kau ni memang berjasa atau cuma pandai cakap tapi tak tahu buat kerja!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

3 comments:

  1. Slm sahabat, mohon pautkan blog sy www.aktiviskepayangjr.blogspot.com blog sdra sy dh pautkan pd blog sy.... tq

    ReplyDelete
  2. terbaik lah ^^ sy anak jati lembah pantai setuju sgtlah dgn semua kata2 ni huhuhu ^^

    ReplyDelete
  3. We kick her ass this time around!

    ReplyDelete