Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?
Nurul Izzah ni dah banyak kali kantoi CURI KREDIT dari
hasil kerja Dato’ Raja Nong Chik & Kerajaan. Tapi dia masih tak
serik-serik, naaaak jugak CURI KREDIT.
Terkini dia cuba CURI KREDIT di Apartmen Putra Ria, kononnya
kawasan apartmen tu dibersihkan DBKL sebab usaha dia padahal Dato’ Raja Nong
Chik yang sebenarnya arahkan DBKL bersihkan kawasan tu segera!
Boleh baca sendiri laporan akhbar mengenai isu ini:
Penduduk Putra Ria kesal
Nurul Izzah cari publisiti murahan
Penduduk Pangsapuri Putra Ria di Lembah Pantai mempersoalkan
tindakan anggota Parlimen kawasan itu, Nurul Izzah Anwar yang mereka dakwa cuba
mengambil kesempatan berhubung penyelesaian masalah pembersihan sampah di
pangsapuri itu.
Menurut
mereka, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam laman twitternya
bertarikh 21 Dis lalu memaparkan dua gambar mengenai longgokan sampah di situ
dan memberi penjelasan seolah-olah beliau yang bertanggungjawab membawa isu itu
hingga mendapat perhatian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Sebaliknya,
penduduk mendakwa masalah itu diatasi selepas mereka terlebih dahulu
membincangkannya dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Ramli
@ Awang Ahmad berkata rata-rata penduduk kecewa dengan sikap Nurul Izzah yang
disifatkan seperti 'lembu punya susu, sapi dapat nama'.
"Beliau
tidak pernah ambil peduli dengan persekitaran dan pembangunan di kawasan
perumahan ini, mana mungkin tiba-tiba sahaja beliau menggambarkan telah
berusaha membawa kepada pihak bertanggungjawab untuk membersihkan sampah sarap
di sini," katanya pada sidang akhbar hari ini.
Satu
gambar pada laman twitter Nurul Izzah mempamerkan sampah berlonggokan dalam
beberapa tong sampah sebelum lawatan beliau ke perumahan itu pada 16 Dis lepas
manakala gambar sebelahnya memaparkan tong sampah telah dikosongkan pada 18 Dis
selepas lawatan Nurul Izzah ke perumahan itu dengan penjelasan "Kontraktor
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mula membersihkan selepas isu ini dibawa oleh YB
Nurul Izzah kepada pihak bertanggungjawab".
Seorang
lagi penduduk, Sazmi Mamat, 55, berkata tindakan Nurul Izzah amat tidak wajar
dan lebih memberi impak buruk kepada anggota parlimen itu sendiri kerana
penduduk di sini lebih mengenali antara satu sama lain setelah mereka menetap
di perumahan itu sejak 17 tahun lepas.
"Perumahan
ini tidak pernah mempunyai masalah besar sebaliknya kerajaan melalui Menteri
Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar banyak membantu bukan sahaja
menjaga persekitaran bahkan kemudahan dan infrastruktur lain seperti jalan,
surau dan sebagainya," katanya.
Rokiah
Kasim berkata tindakan Nurul Izzah yang memuat turun gambar berkenaan jelas
satu penipuan.
"Nurul
Izzah memang ada hadir ke kawasan ini pada 17 Dis untuk satu majlisnya di sini,
dan ketika itu memang sampah agak banyak kerana ada sedikit masalah namun kami
telah mengadakan perbincangan dengan Datuk Raja Nong Chik pada 15 Dis, dua hari
sebelum kedatangan Nurul Izzah, untuk menyelesaikan masalah sampah itu,"
katanya.
Apa
punya Ahli Parlimen ni? Nak buat kerja senang je. Ambil gambar, lepas tu letak
dalam Twitter dan FB kononnya dia yang buat kerja, padahal time tu dia tengah
dok goyang kaki kat rumah tengok tv.
Kalau macam tu, aku pun boleh jadi Ahli Parlimen!
Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?
P/S: Kalau kawan-kawan nak baca lagi episod-episod CURI KREDIT
Nurul Izzah, boleh baca di sini:
No comments:
Post a Comment