Aduiii... Nurul Izzah walaupun dah berkali-kali kena reject oleh pihak lelaki masih nekad nak meneruskan kenduri kahwinnya. Banner dah keluar, kad jemputan pun dah bagi, tapi sesiapa yang pergi pasti tertipu kerana pengantin perempuan akan bersanding seorang diri sahaja atas pelamin.
Kesiaaaaannn....
Berikut kenyataan akhbar dari Setiausaha BN Lembah Pantai yang menempelak sikap gila publisiti dan tidak bertanggungjawab YB TIN KOSONG, Nurul Izzah.
KENYATAAN AKHBAR
OLEH DATO’ MOHAMAD SAZALI KAMILAN
SETIAUSAHA PENYELARAS BARISAN NASIONAL LEMBAH PANTAI
KUALA LUMPUR – YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai, nampaknya semakin terdesak dalam meraih sokongan rakyat kepadanya.
Terbaru, di Lembah Pantai, sepanduk-sepanduk telah dipasang dan juga risalah-risalah telah diedar dengan mengatakan bahawa pada 24 Februari ini akan diadakan debat di antara dirinya dengan YB Senator Dato’ Raja Nong Chik Dato’ Raja Zainal Abidin, Pengerusi Penyelaras BN Lembah Pantai. Dengan menamakannya sebagai “Debat Perdana Lembah Pantai”, jemputan kepada umum dibuat untuk hadir pada jam 9.00 malam bertempat di Apartmen Pantai Permai.
Sememangnya, sama ada YB Dato’ Raja Nong Chik sendiri ataupun BN Lembah Pantai, langsung tidak tahu menahu akan perkara ini. Bukan sahaja sepanduk dan risalah tetapi media-media baru kendalian pihak Pakatan tersebut telahpun menyebar secara meluas fitnah zaman moden ini.
Tindak tanduk terbaru YB Nurul Izzah ini tidak lain dan tidak bukan adalah semata-mata untuk mengaburi mata rakyat serta memesongkan fikiran rakyat dari membincangkan statusnya sebagai wakil rakyat yang sememangnya tidak bertanggungjawab dan tidak berminat pun untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.
Berkaitan itu, satu laporan polis telah dibuat pada 22 Februari 2013 (Jumaat) jam 5.53 petang di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur, oleh Datuk Ibrahim Tamby Chik, Ketua Penerangan BN Lembah Pantai.
BN Lembah Pantai di bawah kepimpinan YB Senator Dato’ Raja Nong Chik, komited dengan kehendak rakyat melalui organisasi Parti yang sememangnya kuat dan kukuh. Ini adalah berbeza dengan Pakatan yang ditadbir oleh YB Nurul Izzah, Ketua Cabang PKR Lembah Pantai yang terpilih melalui pergaduhan dan pertempuran sesama mereka sewaktu pemilihan parti mereka sebelum ini.
Maka, perumpamaan “paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih” adalah bertepatan sekali dengan YB Nurul Izzah. Menjaja di sana sini bahawa Pemuda UMNO Lembah Pantai samseng dan berkokok di sana sini bahawa ada ramai pengundi hantu di Lembah Pantai, sebenarnya adalah mainan sandiwara sebab malu untuk mengakui bahawa punca pergaduhan dalam PKR sewaktu pemilihan dahulu, adalah akibat dari kegiatan samseng sesama mereka, fitnah memfitnah dan juga penuhnya pengundi hantu dalam senarai ahli mereka.
Sekian, terima kasih.
sememangnya majlis debat pun pasang takat satu khemah tepi Jalan Pantai Permai, ada jadik sesak la sikit pasal ramai yang nak tengok muka YB No Role yang jarang2 datang, datang pun takat bagi cerita basi pasal kroni la, pasal pertikai lantik menteri KL la....boring.....
ReplyDeleteyg paling lawak dah la berforum dan berdebat dgn kerusi yg kosong, akal tuan pengerusi pun nampak sangat la tak cukup sifat sbb bertanyakan soalan kepada kerusi yg kosong...jadi boring la.....
so aku pun pi dengar ceramah santai bersama rakyat anjuran BN di seberang jalan. boleh duduk2 dengan ceramah yg non-politik. Aku stay dekat khemah No Role dlm 15 minit sbb isu semua basi....tapi aku stay sampai 11.30 mlm kat khemah BN yg kurang bau politik....