Penduduk Lembah Pantai makin tak puas hati tengok telatah Nurul Izzah yang hanya tahu bercakap tapi tak tahu buat kerja.
Boleh baca sendiri luahan penduduk Lembah Pantai yang dinukil oleh sahabat blogger Sel13.
Penduduk Lembah Pantai Semakin Ketara Bencikan Nurul Izzah
Kalau pada tahun 2008 dahulu, Nurul Izzah mendapat sambutan yang cukup hebat dari kalangan penduduk Lembah Pantai. Nurul Izzah yang mendapat julukan sebagai PUTERI REFORMASI, kelihatan begitu gagah kerana dikelilingi lautan manusia yang mengharapkan keajaiban akan berlaku apabila Nurul Izzah dipilih mewakili mereka.
Justeru apabila keputusan PRU12 diumumkan untuk Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah berjaya mengalahkan penyandangnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan majoriti yang agak besar. Nurul Izzah yang mewakili PKR memperolehi 21,728 undi berbanding Shahrizat yang hanya mendapat 18,833 undi. Majoriti yang diperolehi oleh Nurul Izzah adalah 2,895 undi. Pada PRU11, Shahrizat menang besar di Kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan mendapat majoriti 15,288 undi.
Agak menarik kali ini, yang menjadi saingan utama Nurul Izzah di Lembah Pantai adalah Raja Nong Chik, bukan lagi Shahrizat Abdul Jalil. Kempen huduh yang menjadi sebahagian daripada rukun PKR, bagaimanapun, mulai pudar dan kurang meraih perhatian penduduk Lembah Pantai, apatah lagi membabitkan beberapa insiden yang memperlihatkan betapa buruknya perangai Nurul Izzah dan konco-konconya termasuklah menjemput samseng-samseng India dan Cina dalam insiden di rumah pangsa Bukit Kerinchi.
Langkah-langkah yang diambil oleh Raja Nong Chik dalam menangani masalah penduduk di Lembah Pantai, membuka mata banyak pihak yang sebelum ini kuat menyokong Nurul Izzah. Ditambah pula dengan sikap Nurul Izzah yang langsung tidak mempedulikan rakyat marhein tetapi lebih banyak memberikan tumpuan kepada kawasan-kawasan ‘kaya’ di Lembah Pantai, semakin menyedarkan penduduk Lembah Pantai bahawa mereka sebenarnya tidak memerlukan langsung Nurul Izzah.
Persoalan yang paling kerap dilontarkan ialah, apa yang telah Nurul Izzah lakukan di Lembah Pantai sepanjang dia menjadi Ahli Parlimen kawasan berkenaan?
Segala masalah di Lembah Pantai, semuanya diselesaikan oleh Raja Nong Chik. Dari masalah pemindahan penduduk rumah pangsa Kampung Kerinchi ke perumahan yang lebih selesa, sehinggalah masalah setinggan terbakar di Jalan Kubur, Pantai Dalam serta masalah penjaja serta penggerai di Little India Brickfields.
Sedangkan Nurul Izzah pula tidak punya masa untuk penduduk Lembah Pantai. Dia lebih banyak ke luar negara memburuk-burukkan negara ini. Malah dia yang paling lantang menentang Kedai Rakyat 1Malaysia yang menurutnya menjual barangan tidak bermutu walaupun hakikatnya, dia tidak dapat menunjukkan bukti bagi menyokong tentangannya itu. Sakit hatinya kepada Kedai Rakyat 1Malaysia lebih berkait dengan pendanaan daripada taukeh Lion Group kepada ahli-ahli politik Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan DAP memandangkan Kedai Rakyat 1Malaysia merupakan usaha seorang ahli perniagaan beragama Islam dan mempunyai nama Melayu berbanding taukeh Lion Group yang sah-sah sebangsa dengan Tony Pua, rakan kongsinya dalam tentangan terhadap Kedai Rakyat 1Malaysia.
Pada 24 Februari lalu, Nurul Izzah dan konco-konconya meuar-uarkan perdebatannya dengan Raja Nong Chik. Raja Nong Chik awal-awal lagi telah menyatakan tidak perlu untuk berdebat, sekiranya benar Nurul Izzah telah banyak membuat kerja di Lembah Pantai, senaraikanlah apa-apa kerja yang telah dilakukannya di Lembah Pantai. Malangnya, cabaran Raja Nong Chik tidak mampu disahut oleh Nurul Izzah.
Sebaliknya Nurul Izzah terus melalak-lalak mengatakan Raja Nong Chik penakut dan ‘tidak bertelur’. Hakikatnya, cabaran Raja Nong Chik sebelum mereka berdebat, langsung tidak dijawab atau diperkatakan oleh Nurul Izzah. Sebabnya sangat mudah, Nurul Izzah memang tidak mempunyai sebarang usaha untuk penduduk Lembah Pantai.
Perdebatan dilangsungkan meskipun dengan kerusi kosong. Moderator dan Nurul Izzah cuba membayangkan di atas kerusi kosong tersebut adalah Raja Nong Chik. Namun, lambakan yang diharapkan tidak menjadi. Sebaliknya terlalu sedikit penduduk Lembah Pantai yang mahu mendengar gelembong dan pembohongan anak perempuan Anwar Ibrahim itu. Di seberang pondok yang dijadikan ‘medan perdebatan’, beberapa orang penduduk Lembah Pantai meludah dan menjuih.
Nurul Izzah semakin malu apabila penduduk Lembah Pantai mulai meluahkan perasaan tidak puas hati secara terbuka di jalan-jalan utama di Lembah Pantai, terutama sekali di Jalan Bangsar menerusi banner yang mempertikaikan kerja Nurul Izzah yang hanya tahu berdebat dan berbahas tetapi tidak menunaikan tanggungjawabnya selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai.
No comments:
Post a Comment