Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?
Aku rasa dah tiba masanya Kerajaan lebih tegas terhadap
pesalah tegar macam YB TIN KOSONG, Nurul Izzah ni. Selama ni Kerajaan asyik
berlembut je, Nurul Izzah pasang banner dan bendera merata-rata tanpa permit,
sebiji macam orang yang pasang iklan Ah Long, tukang urut dan ubat kuat tapi
tak pernah dikenakan tindakan oleh DBKL.
Baru-baru ni Nurul Izzah buat hal lagi, merata-rata di
seluruh Lembah Pantai dia pasang banner Debat Perdana antara dia dan Dato Raja
Nong Chik, padahal Dato’ Raja Nong Chik dah banyak kali maklumkan dia lebih
berminat nak luangkan masa untuk bantu rakyat dari buang masa berdebat dengan
Nurul Izzah.
Eh, kalau satu pihak lagi tak setuju, mengapa masih nak
letak banner merata-rata untuk promosi Debat Perdana ni?
Haaaaa, inilah taktik murahan Nurul Izzah. Bila orang
ramai datang ke majlis Debat tu, dengan muka kesian dia akan maklumkan bahawa
walaupun telah bersetuju, Dato Raja Nong Chik tak muncul-muncul juga. Dengan
cara ini dia berharap orang ramai akan bersimpati dengannya dan mengutuk Dato
Raja Nong Chik.
Senangkan jadi pemimpin macam tu? Buat isu murahan, lepas
tu cuba tarik simpati pengundi.
Taktik murahan Nurul Izzah ditempelak oleh Setiausaha BN
Lembah Pantai seperti dilaporkan oleh portal pro-pembangkang, Malaysian
Insider.
KUALA
LUMPUR, 24 Feb — Umno Lembah Pantai mendakwa Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul
Izzah Anwar sebagai cuba mencetus provokasi apabila berdegil untuk meneruskan
program “Debat Perdana” walaupun Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah
pun menolak pelawaan tersebut.
Menurut Setiausaha
Penyelaras BN Lembah Pantai, Datuk Haji Mohamad Sazali Kamilan, walaupun
berkali-kali Raja Nong Chik telah menjawabnya secara terbuka kepada media
beliau tidak menerima jemputan tersebut, pihak pembangkang masih lagi
menggantung kain rentang dan poster program tersebut.
“Datuk Raja Nong Chik Raja
Zainal Abidin telah beberapa kali menjawab pertanyaan media berhubung debat
ini.
“Bagaimanapun, Ahli
Parlimen Lembah Pantai masih berdegil dan terus memperbesar-besarkan perkara
ini dengan menggantung banner dan poster mengajak rakyat hadir sedangkan majlis
debat ini tidak pun mendapat persetujuan secara bertulis,” kata beliau dalam
satu kenyataan hari ini.
Mohamad Sazali juga
mempertikaikan samada program tersebut mendapat persetujuan daripada pihak
berkuasa.
“Seperkara lagi, adakah
pihak penganjur mendapat permit kelulusan mengadakan majlis debat ini tanpa
persetujuan sebelah pihak termasuk permit menggantung poster atau banner
program tersebut?” tambah beliau.
Dalam kenyataan media itu
juga, lampiran laporan polis bertarikh 22 Februari disertakan di mana Ketua
Penerangan Umno Lembah Pantai Datuk Ibrahim Tambi Chik dalam laporannya
mengatakan: “Saya yang melaporkan ini berpendapat Nurul Izzah telah dengan
sengaja melakukan provokasi dan fitnah yang merosakkan nama baik, maruah dan
reputasi Datuk Raja Nong Chik sebagai seorang yang mungkir janji.
“Sedangkan Datuk Raja Nong
Chik tidak pernah bersetuju dengannya.”
Aku rasa sudah tiba masanya Kerajaan BN contohi
pendekatan zalim Kerajaan DAP Penang. Di Penang, hanya kerana memasang bendera 1Malaysia semasa lawatan YAB PM, Kerajaan DAP Penang mengumumkan bahawa BN TIDAK akan dibenarkan memasang sebarang banner atau bendera semasa tempoh berkempen PRU 13. Bukan itu sahaja, BN juga turut dikenakan denda kerana memasang
banner 1Malaysia!
Pernah tak Kerajaan BN buat macam tu?
TAK PERNAH!
Selama ni pembangkang dibiarkan sahaja memasang banner
dan bendera tanpa sebarang tindakan. Jadi, sudah tiba masanya BN mencontohi Kerajaan
DAP Penang dan mengharamkan pemasangan banner dan bendera pembangkang semasa
PRU 13 nanti.
Pembangkang tak boleh tuduh BN zalim, kerana Kerajaan DAP
Penang telah lebih awal melaksanakan tindakan tersebut. BN cuma memulangkan
paku buah keras kepada pembangkang.
Dan orang pertama yang patut dikenakan tindakan, sudah
tentunya Nurul Izzah.
Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?
No comments:
Post a Comment