Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Sejak semalam lantang berkokok Nurul Izzah dan
kuncu-kuncunya mempertikaikan tindakan BN membuat laporan polis terhadap YB TIN KOSONG, Nurul
Izzah kerana terus mempromosi debat antara Nurul Izzah dan Dato’ Raja Nong Chik.
Respon mereka mudah sahaja, tindakan BN membuat laporan polis adalah tindakan
berunsur fitnah! Mereka kata, takkanlah nak jemput debat pun salah!
Sekarang ni, siapa yang fitnah siapa?
Berikut petikan laporan portal pro-pembangkang Malaysian
Insider:
KUALA
LUMPUR, 24 Feb — Umno Lembah Pantai mendakwa Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul
Izzah Anwar sebagai cuba mencetus provokasi apabila berdegil untuk meneruskan
program “Debat Perdana” walaupun Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah
pun menolak pelawaan tersebut.
Menurut Setiausaha
Penyelaras BN Lembah Pantai, Datuk Haji Mohamad Sazali Kamilan, walaupun
berkali-kali Raja Nong Chik telah menjawabnya secara terbuka kepada media
beliau tidak menerima jemputan tersebut, pihak pembangkang masih lagi
menggantung kain rentang dan poster program tersebut.
“Datuk Raja Nong Chik Raja
Zainal Abidin telah beberapa kali menjawab pertanyaan media berhubung debat
ini.
“Bagaimanapun, Ahli
Parlimen Lembah Pantai masih berdegil dan terus memperbesar-besarkan perkara
ini dengan menggantung banner dan poster mengajak rakyat hadir sedangkan majlis
debat ini tidak pun mendapat persetujuan secara bertulis,” kata beliau dalam
satu kenyataan hari ini.
Mohamad Sazali juga
mempertikaikan samada program tersebut mendapat persetujuan daripada pihak
berkuasa.
“Seperkara lagi, adakah
pihak penganjur mendapat permit kelulusan mengadakan majlis debat ini tanpa
persetujuan sebelah pihak termasuk permit menggantung poster atau banner
program tersebut?” tambah beliau.
Dalam kenyataan media itu
juga, lampiran laporan polis bertarikh 22 Februari disertakan d imana Ketua
Penerangan Umno Lembah Pantai Datuk Ibrahim Tambi Chik dalam laporannya
mengatakan: “Saya yang melaporkan ini berpendapat Nurul Izzah telah dengan
sengaja melakukan provokasi dan fitnah yang merosakkan nama baik, maruah dan
reputasi Datuk Raja Nong Chik sebagai seorang yang mungkir janji.
“Sedangkan Datuk Raja Nong
Chik tidak pernah bersetuju dengannya.”
Haaaa, inilah sebenarnya sebab laporan polis dibuat.
Bukan kerana jemputan debat. Nurul Izzah nak jemput
sesiapa pun nak berdebat, itu hak dia.
Tapi bila jemputan dah ditolak dan dia
masih lagi heboh bahawa Dato’ Raja Nong Chik dah setuju dan akan hadir dalam
debat tersebut, itu dah masuk dalam kategori fitnah.
Ini sebenarnya taktik murahan Nurul Izzah untuk menagih
simpati.
Nurul Izzah ibarat perempuan yang kena reject berkali-kali
oleh pihak lelaki tapi masih nak buat majlis persandingan. Banner dibuat, kad
jemputan dihantar, saudara-mara jauh dan dekat dijemput, satu kampung pun
dipanggil datang, tapi bila tetamu hadir, pengantin perempuan seorang je yang
bersanding atas pelamin. Lepas tu Nurul Izzah akan buat cerita sedih kononnya
pengantin lelaki dah setuju nak nikah, tapi tiba-tiba tak muncul. Maka tetamu
semuanya akan bersimpati dengan Nurul dan mengutuk pihak lelaki padahal pihak
lelaki dari awal lagi dah menolak pinangan Nurul Izzah.
Inilah cara kotor Nurul Izzah nak raih simpati pengundi.
Adakah pengundi Lembah Pantai akan terpedaya dengan
sandiwara Nurul Izzah kali ini?
Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?
erkkk lagi suke bantu org dr debate?
ReplyDeletehttps://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/406173_10151432034042418_1534159479_n.jpg
Jangan layan...buang masa aje!!!..
ReplyDelete