Thursday, February 28, 2013

PAS BANTAH CADANGAN KERAJAAN BINA RUMAH MAMPU MILIK DI KG BHARU



Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Biar betul PAS bantah cadangan Kerajaan nak bina rumah mampu milik di Kg Bharu?

Benda baik macam tu buat apa bantah?

Nak tahu lebih lanjut, boleh baca laporan dari Sinar Harian:

Kesal Pengumuman Raja Nong Chik: Zamri

Penyelaras Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan mempersoalkan pengumuman dibuat Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar; Dato Raja Nong Chik untuk membangunkan rumah mampu milik di Kg Bharu.

“Apakah kuasa dimilikinya tidak dapat dicabar sesiapa dengan sewenang-wenangnya mengumumkan apa jua projek tanpa perbincangan dengan penduduk?”

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman dibuat Raja Nong Chik untuk melaksanakan projek rumah mampu milik di Kg Bharu yang menjadi antara 10 projek berskala besar, selain pemangkin pembangunan di kawasan rizab Melayu tersebut.

Projek itu akan dilaksana Perbadanan Pembangunan Kg Bharu bersama DBKL, Pejabat Tanah & Galian serta agensi lain di tapak Pasar Minggu Kg Bharu.

Ahmad Zamri berkata, Raja Nong Chik sepatutnya berbincang atau mendapatkan persetujuan penduduk sebelum mengumumkan sebarang projek.

Laaaaaa, si Ahmad Zamri ni ketinggalan zaman ke?

Untuk makluman Ahmad Zamri, sebelum penubuhan Perbadanan Pembangunan Kg Bharu, telah diadakan roadshow di kesemua tujuh kampung di dalam kawasan Kg Bharu iaitu Kampong Atas A, Kampong Atas B, Kampong Masjid, Kampong Periuk, Kampong Hujung Pasir, Kampong Paya dan Kampong Pindah untuk mendapatkan pandangan pemilik tanah mengenai pembangunan yang mereka inginkan.

Rata-rata penduduk risau mengenai nasib anak cucu mereka yang tidak mampu membeli hartanah di KL. Mereka mahukan pembangunan di Kg Bharu tidak meminggirkan anak-anak Kg Bharu. Kalau boleh, selain dari projek mewah, biarlah dibangunkan juga rumah mampu milik.

Untuk makluman Ahmad Zamri juga, Lembaga Penasihat Perbadanan Kg Bharu dianggotai oleh kesemua tujuh ketua kampung dari Kg Bharu turut membangkitkan isu yang sama dalam mesyuarat Lembaga Penasihat.

Jadi, pembangunan yang dicadangkan oleh Kerajaan ini memang berdasarkan kemahuan dan keperluan anak-anak Kg Bharu sendiri!

Kalau kau tak percaya Ahmad Zamri, kau cubalah sekali-sekala turun padang ke Kg Bharu dan tanya penduduk, “Pakcik/Makcik setuju tak kalau dibangunkan rumah mampu milik supaya anak-anak Kg Bharu mampu memiliki rumah sendiri di dalam kawasan Kg Bharu?”

Aku berani jamin, kalau 100 orang kau tanya, semuanya akan jawab dengan lantang, “YA, SAYA SETUJU!!”

Nampak jelas PAS dan Pakatan tidak ikhlas dalam membantu rakyat. Kalau mereka ikhlas, sudah tentu semua projek yang menguntungkan rakyat disokong, tidak kisahlah walaupun ia datang dari BN. Ini tidak, semua projek dari BN semuanya nak dibangkang! Kepentingan rakyat ditolak tepi, yang penting matlamat politik sempit mereka tercapai!

Aku nak tanya kau sikit Ahmad Zamri, kalau rumah mampu milik untuk golongan marhaen kau tak sokong, pembangunan macam mana yang kau nak untuk Kg Bharu?

Kau nak pembangunan mewah macam Datum Jelatek yang Kerajaan Selangor buat tu ke? Projek mewah yang menyebabkan 650 keluarga Melayu dihalau keluar macam anjing kurap semata-mata kerana Pakatan nak buat untung. Dah la Melayu kena halau keluar, lepas tu pembangunan mewah tu dijual pulak kepada Cina Singapura! Baki yang tak terjual kat Singapura baru nak jual di Malaysia. Itupun yang mampu beli cuma jutawan bukan Melayu. Mana taknya, pangsapuri mewah berharga RM800 ribu hingga RM10 juta, Melayu mana yang mampu beli? Akhirnya Melayu semua tersisih, bukan Melayu gelak besar.

Macam tu ke pembangunan yang kau nak di Kg Bharu?

Aku dengar geng Pakatan dah buat rancangan untuk bangunkan semula flat-flat PKNS di Kg Bharu kalau mereka menang PRU. Awas penduduk Kg Bharu, jangan sampai kena halau macam orang Melayu di Flat PKNS Jalan Jelatek!!

Apa kecoh-kecoh ni PAS?

No comments:

Post a Comment