Apa kecoh-kecoh ni DAP & PKR?
Belum perintah negara dah perang besar sesama sendiri?
Inilah bukti kukuh tiadanya persefahaman di antara
parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
Seperti yang dilaporkan secara meluas dalam portal-portal
pro-pembangkang, perang besar tercetus bila Pengerusi DAP Johor Boo Cheng Hau
menuduh Ketua PKR Johor, Chua Jui Meng sebagai dalang kempen mensabotaj DAP
Johor.
DAP Johor menuntut supaya Chua Jui Meng disingkirkan dari
jawatan Ketua PKR Johor. DAP Johor tidak akan bekerjasama dengan PKR Johor
selagi isu ini tidak diselesaikan.
Boleh baca sendiri laporan portal pro-pembangkang Free
Malaysia Today:
PETALING JAYA: DAP hari ini menuduh Ketua PKR Johor Chua
Jui Meng menjalankan kempen bawah tanah terhadapnya di negeri ini.
Pengerusi DAP Johor Boo Cheng Hau berkata dalam satu
kenyataan media bahawa partinya telah menjadi sasaran "serangan ganas
tanpa nama" dan dia "amat" percaya bahawa Chua adalah
"tangan hitam" di belakang serangan-serangan ini.
Boo berkata ia adalah dikesali bahawa Chua, walaupun
pendatang baru kepada Pakatan Rakyat, dia telah mengenepikan pemimpin
pembangkang lain di Johor.
Chua berpaling tadah dari MCA kepada PKR pada Julai 2009.
Boo mencadangkan bahawa PKR menggantikan Chua dengan sama
ada presiden parti Dr Wan Azizah Wan Ismail atau Datuk Seri Anwar Ibrahim,
berkata ini akan memberi Pakatan peluang yang lebih baik menawan negeri Johor dalam
pilihan raya umum ke-13.
Boo menolak dakwaan bahawa DAP Johor telah memulaukan
acara Pakatan Rakyat dan tidak menjemput pemimpin PAS atau PKR ke majlis-majlis
DAP.
Beliau berkata, hanya Chua Jui Meng sahaja yang tidak
dijemput untuk semua majlis DAP Johor.
Beliau mendakwa bahawa satu-satunya matlamat Chua adalah
untuk mendapatkan kerusi yang selamat untuk dirinya sendiri dalam pilihan raya
akan datang.
Karpal Sokong Boo, Soal Kredibiliti Chua
Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi DAP Karpal Singh
berkata, parti itu mengambil pandangan yang serius dakwaan Boo terhadap Chua.
"Sesuatu siasatan yang mendalam harus dilancarkan
untuk menentukan siapa yang berada di belakang 'serangan ganas tanpa nama'
menentang DAP dan juga menentukan 'tangan hitam' di sebalik serangan-serangan
ini.”
"Dakwaan oleh Boo tidak boleh dipandang ringan demi
kepentingan Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Karpal juga berkata bahawa kredibiliti Chua adalah diragui
memandangkan beliau merupakan pemimpin yang telah lama dalam MCA dan Barisan
Nasional.
Beliau juga menggesa Anwar untuk memastikan peluang
Pakatan di Johor tidak terjejas oleh apa-apa perbuatan sabotaj.
Belum menang apa-apa dah bergaduh sakan sesama sendiri.
Kalau dah menang nanti macam mana agaknya?
Mahu berbunuh kot demi nak rebut kuasa!
Apa kecoh-kecoh ni DAP & PKR?
No comments:
Post a Comment