Kelmarin Anwar turun ke
Bangsar, kalau tengok sambutan memang hebat. Jauh betul bezanya dari sambutan
semasa Anwar turun ke Taman Sri Sentosa tempoh hari. Masa Anwar turun Taman Sri
Sentosa tempoh hari, tak sampai 500 orang turun sehinggakan PKR Lembah Pantai
kena maki dengan Anwar. Anwar tengking, "Kalau crowd tak sampai 5 ribu,
jangan jemput aku turun!!"
Kali ni nampaknya Nurul
Izzah dah belajar dari kesilapan. Untuk elak dari dimaki Anwar lagi, Nurul
Izzah dah atur awal-awal untuk import orang dari luar sehinggakan orang
Selangor pun diangkut beramai-ramai untuk memenuhkan majlis. Lebih 20 biji bas
digunakan untuk mengangkut orang luar ke Bangsar!
Aku kebetulan ada kat
situ, saja je lah cucuk-cucuk nak dapat info. Aku saja sembang-sembang dengan
auntie India yang baru turun bas nak korek maklumat.
"Auntie, saya
datang sini dia bagi RM20 saja, auntie dapat berapa?"
Auntie tu jawab,
"Itu you sudah kena tipu. Mesti orang you ambik duit. Saya dapat
RM50."
Ooooooh, dapat RM50
seorang rupanya nak datang ke ceramah Anwar.
"Auntie datang dari
mana?"
Auntie tu jawab lagi,
"Saya datang dari PJ."
Uissshhh, orang Selangor
rupanya. Bukannya orang Lembah Pantai pun!
Patutpun ceramah Anwar
nampak macam ramai orang, penuh dengan orang luar rupanya!
Boleh tengok sendiri
video dan gambar-gambar di bawah sebagai bukti:
Plet bas Johor. Aikkk... Jauhnya datang sampai ke Bangsar? Pengundi hantu PKR di Lembah Pantai ke?
Plet Selangor.
Rakan blogger
aboudiabydoo & Berita Lembah Pantai turut melaporkan taktik terdesak Nurul
Izzah.
Apa kecoh-kecoh ni NO
ROLE?
kalau crowd x sampai 5000 org, balik rumah nurul sah kena penampo bapak dia. baik ceramah kt rumah mcm tu!!!!
ReplyDelete