Apa kecoh-kecoh ni P. Ramasamy?
Sebelum ni P. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Penang dari
DAP telah menunjukkan kebodohannya dengan menuduh pelarian Rohingya sebagai cara BN untuk menambah pengundi hantu.
Sekarang dia buat bodoh lagi.
Apa kata P. Ramasamy sekarang?
“Sarong” measure is not a slip but a deliberate and systematic
attempt to impose Islamic dress code on non-Muslims!!
“Isu sarong bukan kesilapan tetapi tindakan sistematik yang
disengajakan untuk memaksa kod pakaian Islam ke atas bukan Islam!!”
Ini berkaitan isu wanita Cina berpakaian skirt pendek di JPJ
yang diminta untuk memakai kain sarung.
Betapa cetek dan dangkalnya pemikiran Timbalan Ketua Menteri
Penang ini. Penggunaan kod etika berpakaian dikatakannya cara untuk memaksa
orang bukan Islam mengikut kod berpakaian Islam!
Ramasamy, kalau pakai sarung tu belum kira tutup aurat tau.
Kalau nak ikut kod berpakaian Islam yang betul, semua orang yang pergi JPJ kena
pakai tudung, pakai baju labuh seluruh badan. Kalau setakat pakai sarung,
kepala terdedah, ketiak terdedah, itu bukan kod berpakaian Islam tahu!!
Kau ni dah berapa lama tinggal kat Malaysia? Beza antara
berpakaian sopan dan berpakaian menutup aurat pun tak tahu ke?
Cuba tengok gambar ni. Ni gambar import dari India, negeri
asal kau.
Habis lah India P. Ramasamy, semua orang dah pakai macam
orang Islam sebab di kampung semua orang pakai kain sarung!! Kat sana pun ada “tindakan
sistematik yang disengajakan untuk memaksa kod pakaian Islam ke atas bukan
Islam” juga ke?
Apa kecoh-kecoh ni P. Ramasamy?

















