Showing posts with label SPR. Show all posts
Showing posts with label SPR. Show all posts

Monday, May 25, 2015

CERITA PENGUNDI HANTU LAGI PAKATAN? CERMIN DIRI SENDIRI DULU LAH...


Ape kecoh-kecoh ni P. Ramasamy?

Siapa P. Ramasamy ni? P. Ramasamy adalah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP.

Dalam kesungguhan negara nak bantu pelarian Rohingya baru-baru ini, dia membantah tak mahu Malaysia tolong Rohingya, kononnya mereka semua akan dijadikan pengundi hantu!

Apa ni Pakatan? Dulu kau beria-ia suruh Malaysia bantu pelarian, bila nak bantu kau larang pula!!

Yang asyik nak cerita pasal pengundi hantu ni mengapa? Dah lupa ke dulu bila tuduh pengundi hantu, satu bukti pun takda. Yang adanya kena minta maaf pasal silap tuduh pengundi hantu.

Lepas tu, pemilihan parti dalam Pakatan Rakyat sendiri kelam-kabut dan huru-hara!

BUKTI 1:

Ahli Parlimen DAP dari Serdang, Ong Kian Ming terpaksa meminta maaf secara terbuka kerana menuduh Chua Lai Fatt sebagai pengundi hantu Bangladesh. Chua adalah warga Malaysia keturunan India yang dijadikan anak angkat oleh keluarga Cina.

BUKTI 2:


Lidah rasmi PKR, Suara Keadilan, terpaksa meminta maaf secara terbuka apabila membuat kesilapan menuduh Ali Mydin sebagai pengundi hantu Bangladesh sedangkan beliau sebenarnya AHLI PKR DAN PENYOKONG KUAT PAKATAN RAKYAT!!

Kalau ahli sendiri pun PKR boleh tuduh sebagai pengundi hantu, memang tak hairanlah kalau orang lain pun dia tuduh sebagai pengundi hantu!

BUKTI 3:


Pemilihan PKR 2014 ditangguhkan kerana tuduhan pengundi hantu, penipuan, rasuah, politik wang, blackout dan salah guna kuasa oleh jawatankuasa pemilihan dan pucuk pimpinan parti.

Eh, macam biasa dengar je tuduhan ni... Selalu tuduh SPR, rupanya dia lagi teruk!!!

Sorilah Pakatan, bila kau buka cerita pasal pengundi hantu ni orang dah malas nak dengar, sebab kau dah takda kredibiliti! Bak kata pepatah, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih!!

Apa kecoh-kecoh ni P. Ramasamy?

Tuesday, June 4, 2013

RAFIZI & NURUL SALAHKAN KERAJAAN BANGLADESH & SPR BILA PEKERJA ASING DISERANG


Apa kecoh-kecoh ni Nurul & Rafizi?

Aku cukup hairan tengok telatah Nurul Izzah dan Rafizi ni. Sebelum PRU, Anwar buat tuduhan kononnya lebih 40,000 warga Bangladesh diterbangkan masuk ke Malaysia untuk jadi pengundi hantu. Isu ini terus diapi-apikan oleh Pakatan untuk membangkitkan perasaan benci terhadap warga asing sehingga timbul insiden-insiden serangan perkauman terhadap warga Bangladesh.

Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia mengecam serangan-serangan ini dan menafikan bahawa wujud pengundi hantu yang diterbangkan masuk dari Bangladesh.

Apa respon Nurul & Rafizi?

Boleh baca sendiri laporan dari portal pembangkang Malaysian Insider:

PKR Pertahankan Dakwaan Terdapat Pengundi Hantu Bangladesh
PKR melalui Pengarah Strateginya Rafizi Ramli mempertahankan dakwaan warga asing dari Bangladesh telah mengundi secara haram pada Pilihan Raya 2013 walaupun penafian telah dibuat oleh Kedutaan Besar negara itu semalam di sini, menegaskan bahawa PKR mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan mereka.

Kedutaan Bangladesh turut melahirkan kejutan pada insiden-insiden yang menggambarkan rakyat Malaysia menyerang orang-orang yang didakwa kononnya pengundi hantu Bangladesh.

Naib Presiden PKR Nuruk Izzah Anwar mengatakan walaupun parti itu mengakui adalah salah untuk mensasarkan pekerja asing Bangladesh, SPR seharusnya melakukan sesuatu untuk mencegah tindak balas xenofobia terhadap warga asing jika ia bertindak terhadap aduan itu.
"Sudah tentu serangan dan permusuhan tidak harus dilakukan terhadap orang asing, SPR sepatutnya menghalang ini.”

Ini pula laporan dari portal pembangkang Malaysian Chronicle.

Bukan Kami Tapi Najib & SPR Yang Merosakkan Nama Baik Warga Bangladesh

PETALING JAYA - Pemimpin-pemimpin PKR enggan mengulas komen Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh bahawa dakwaan warga Bangladesh diterbangkan untuk mengundi dalam PRU 13 tidak masuk akal, sebaliknya PKR mendesak supaya Kedutaan Bangladesh mengambil bahagian dalam siasatan awam mengenai perkara tersebut.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah meminta Bangladesh menyertai siasatan awam yang sedang berlangsung di Pulau Pinang dan Selangor bagi mendapatkan kebenaran perkara itu.

"Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor telah mengumumkan mereka akan menjalankan penyiasatan, jadi biarlah siasatan diteruskan.  Sertailah  pertanyaan di Sabah, Pulau Pinang dan Selangor," katanya, mendakwa bahawa ia adalah sia-sia untuk Pesuruhjaya Tinggi untuk menyangkal tanpa menawarkan bukti untuk menyokong penafian beliau.

Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru, menggesa kerajaan Najib dan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk "memulihkan nama baik warga Bangladesh ".

Isy..isyy..isyy…

Berbelit betul ulasan geng PKR ni.

Sejak sebelum PRU lagi Pakatan dah berbuih tuduh kononnya ada warga Bangladesh diterbangkan masuk untuk jadi pengundi hantu. La ni dah SEBULAN lepas PRU tapi sampai sekarang satu bukti pun tak dikemukakan.

Yang banyak ada ialah permohonan maaf dari Pakatan sebab salah tuduh warga Malaysia sebagai warga asing.

Ni contoh permohonan maaf sebab salah buat tuduhan:


Ahli Parlimen DAP Mohon Maaf Kepada Pengundi


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dituduh sebagai pendatang asing oleh ahli parlimen pembangkang merupakan seorang pengundi berdaftar di Malaysia.

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming kini mahu bertemu dengan Chua Lai Fatt secara peribadi dan memohon maaf kepada Chua dan keluarganya berhubung dakwaan yang dilemparkan itu.


Chua, berketurunan India namun diambil menjadi anak angkat sebuah keluarga Cina di Klang serta memberikan nama kepadanya.

Dr Ong telah menggunakan nama Chua yang merupakan pengundi kali pertama sebagai contoh terhadap dakwaan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengeluarkan Mykad kepada pendatang asing pada 4, Mei, sehari sebelum pilihan raya umum berlangsung.

Beliau telah membuat permohonan maaf dalam akhbar Cina berhubung dakwaan tersebut.

"Saya akhirnya dapat mengenalpasti mengapa Chua mempunyai nama Cina. Saya mohon maaf sangat.

"Saya juga mohon maaf kepada Chua dan ahli keluarganya," kata wakil DAP itu sambil menambah dia mahu memanjangkan permohonan maafnya itu kepada pengundi dan keluarganya.

Ni pulak lagi satu permohonan maaf dari Suara Keadilan:

Bangla PKR-2

Dalam keadaan jelas bahawa semua tuduhan pengundi hantu oleh Pakatan sebenarnya fitnah, mengapa Pakatan masih cuba menegakkan benang basah?

Yang lawaknya Nurul pula tuduh SPR sebagai punca diskriminasi terhadap warga Bangladesh. 

Eh Nurul, kau yang mengapi-apikan kebencian kepada warga asing, mengapa SPR pula yang dipersalahkan? Yang dok tahan pengundi, dok pecahkan cermin bas, halang kenderaan dari masuk untuk mengundi tu siapa? SPR ke?

TAAAK!!

Yang buat kerja-kerja tak berjadah ni orang Pakatan lah Nurul!! Bukan SPR!! Patutnya Pakatan lah yang bertanggungjawab, bukan dok lepas tangan dan salahkan SPR je!!

Dan yang paling lawak bila Nurul minta Kedutaan Bangladesh kemukakan bukti bahawa tiada warganya terlibat. Eh, kau yang tuduh, patutnya kau lah yang buktikan tuduhan. Pasal apa orang kena tuduh pulak kena bagi bukti?

Kalau kau tak faham lagi Nurul, aku boleh bagi contoh. Kalau aku tuduh kau, Nurul, terlibat dalam video seks, aku kena bagi bukti. Kena bagi rakaman video, kena bagi lokasi, tarikh dan waktu kejadian. Kena bagi nama orang-orang yang terlibat. Kalau aku tak bagi, maka tuduhan tu tak dapat disahkan. Bukan tanggungjawab kau nak buktikan kau tak terlibat dalam video tu.

Samalah dengan kes ni, kau yang tuduh warga Bangladesh terlibat, maka kaulah yang kena buktikan tuduhan tu. Bukan tanggungjawab kerajaan Bangladesh untuk buktikan warga dia tak terlibat.

Itu pun susah nak faham ke?

Kau yang buruk-burukkan nama warga Bangladesh, lepas tu kau kata ini semua salah Kerajaan. Kau kata Kerajaan yang patut bertanggungjawab bersihkan nama warga Bangladesh.

Telatah korang ni sebenarnya macam orang yang berak merata, lepas tu suruh orang lain bersihkan. 

JIJIKKK!!

Macam ni je kualiti pemimpin Pakatan?

Boleh percaya ke pemimpin macam ni nak tadbir negara?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul & Rafizi?

Wednesday, May 29, 2013

RAJA NONG CHIK BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KAKI PEMFITNAH, NURUL IZZAH!

Nurul5

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Raja Nong Chik buat laporan polis terhadap fitnah Nurul Izzah? Padan muka kau Nurul!! 

Sebelum ni kau kata nak kempen yang bersih, bebas dari fitnah dan serangan peribadi tapi kau yang jadi jaguh fitnah orang. Dalam ceramah, dalam Facebook, dalam Twitter, tak habis-habis kau fitnah Raja Nong Chik. Bukan setakat fitnah Raja Nong Chik, malah ahli keluarga beliau pun turut difitnah oleh Nurul dan kuncu-kuncunya!

Sekarang buku dah bertemu dengan ruas. 

Raja Nong Chik telah membuat laporan meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap fitnah Nurul Izzah.

Pembelian Tanah Di Bukit Kiara: Raja Nong Chik Buat Laporan Polis Terhadap Nurul Izzah
KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membuat laporan polis berhubung tindakan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengaitkan beliau dalam urusan pembelian 4.856 hektar tanah di Bukit Kiara.
Beliau berkata ia bagi membolehkan pihak polis menyiasat kenyataan yang dilemparkan Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, sehari sebelum hari pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Raja Nong Chik mendakwa kenyataan itu berunsur fitnah.
"Saya serahkan perkara ini kepada polis untuk jalankan siasatan. Saya akan mempertimbangkan untuk mengemukakan petisyen (pilihan raya) dan saman terhadap beliau (Nurul Izzah)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Pantai pada kira-kira 3 petang ini.
Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca pasal fitnah Nurul Izzah mengenai penjualan tanah Bukit Kiara di sini:


Aku rasa selama ni Pak-pak Menteri dan pihak Kerajaan terlalu berlembut terhadap para pembangkang yang tak segan-silu menghamburkan fitnah dalam pelbagai bentuk. Selama ni Kerajaan asyik berdiam sahaja menerima fitnah tanpa bertindak-balas. 

Tak boleh terus begitu. Kalau ada fitnah, buatlah laporan polis. Kalau perlu saman, kita saman!! Dapatkan gantirugi juta-juta sebagai pampasan! Kalau dah kena 3,4 kali, mesti pihak pembangkang akan lebih berhati-hati sebelum menabur fitnah.

Aku harap lepas ni banyak lagi Pak Menteri dan agensi Kerajaan yang difitnah terus membuat aduan polis dan menyaman pembangkang. Yang paling aku nak tengok menyaman pembangkang ialah SPR. Sepanjang PRU berbakul-bakul fitnah dihamburkan terhadap SPR. Tetapi kerana maklumbalas lambat, orang ingat fitnah tu semuanya benar.

Jangan buat macam tu lagi! Bila kena fitnah, terus saman!! Nak tunggu lama-lama buat apa? 

Saman, jangan tak saman!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Saturday, May 11, 2013

BN KANTOI CUBA BAWA MASUK PETI UNDI TAMBAHAN DI LEMBAH PANTAI?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Kalau kawan-kawan nak tahu, sebenarnya sebelum mengundi lagi Nurul Izzah dah buat perancangan untuk membantah sekiranya dia tak menang.

Mula-mula dia buat tuduhan kononnya 5,000 pengundi di Lembah Pantai adalah pengundi hantu. Dia siap bawa kes ni ke mahkamah nak batalkan hak mereka untuk mengundi. Tapi Nurul KANTOI. Pengundi-pengundi yang dituduh oleh Nurul Izzah sebenarnya adalah penduduk asal Lembah Pantai yang dulunya duduk di kawasan setinggan. Lepas tu bila diteliti lagi, rupa-rupanya penduduk kawasan elit Bangsar pun dituduh sebagai pengundi hantu. Yang paling kelakar, Prem Kumar yang dah bertahun-tahun jadi Setiausaha Persatuan Penduduk Bangsar Baru pun dituduh sebagai pengundi hantu! Nampak sangat, senarai pengundi hantu Nurul Izzah cuma senarai tangkap muat yang dibuat-buat.

Kemudian, pada malam pengumuman pemenang, kuncu-kuncu Nurul Izzah buat cerita kononnya ada kereta yang ditahan kerana cuba membawa masuk peti undi tambahan. Betul ke?


Sebelum aku jawab, aku terangkan sikit pasal proses pengiraan undi. Semua undi dikira di saluran mengundi. Perasan tak masa mengundi ada wakil dari setiap parti yang duduk semak senarai setiap pengundi yang masuk? Haaaa, lepas habis undian, SPR akan kira undi on the spot dengan diperhatikan oleh semua wakil parti. Bila semua pihak puas hati, mereka akan tandatangan Borang 14 yang mengesahkan jumlah undi. Jumlah undi inilah yang akan dimaklumkan ke tempat pengumuman keputusan. Memang semua peti undi di bawa ke pusat tetapi UNDI TIDAK DIKIRA DI SITU. Jadi bawa peti undi ke pusat penjumlahan memang prosedur SPR tetapi TIDAK MEMBAWA APA-APA KESAN kepada jumlah undi.

Berbalik kepada fitnah penipuan SPR di Lembah Pantai:

Jawapan:

1. Gambar no 1 diambil pada waktu malam. Gambar no 2 diambil pada waktu siang. Kalau betul kereta kena tahan waktu malam, mengapa tunggu siang baru nak ambil gambar? 

2. Tengok betul-betul gambar no 2. TIDAK ADA logo SPR di beg tersebut. Semua beg undi mesti ada logo SPR. Kalau takda logo SPR maknanya beg tu beg palsu.

3. Tengok lagi sekali beg di gambar no 2. Di situ ditulis no 120. Kalau ikut cerita yang PKR jaja, P120 bermaksud kawasan Parlimen Lembah Pantai. Minta maaf, ini KANTOI paling besar! P120 ialah kawasan Parlimen Bukit Bintang. Kawasan Parlimen Lembah Pantai ialah P121. Kalau tak percaya boleh semak sendiri senarai kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan.


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 

KodKawasan Parlimen
P.114Kepong
P.115Batu
P.116Wangsa Maju
P.117Segambut
P.118Setiawangsa
P.119Titiwangsa
P.120Bukit Bintang
P.121Lembah Pantai
P.122Seputeh
P.123Cheras
P.124Bandar Tun Razak

Jadi jelas sekali gambar yang disiarkan ni cuma fitnah semata-mata. KANTOI KANTOI KANTOI helah Pakatan nak memburukkan nama SPR di Lembah Pantai!!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Sunday, April 14, 2013

NURUL IZZAH & ANWAR IBRAHIM JADI PENGUNDI HANTU??



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Katakan tidak Nurul, katakan tidak!!! Katakan padaku kau bukanlah pengundi hantu!

Nurul Izzah yang selama ini asyik mengutuk SPR kononnya tidak telus kerana membenarkan orang luar yang tidak bermastautin di Lembah Pantai mengundi di situ kini dibongkar tembelangnya oleh Dato Raja Nong Chik bahawa Nurul sebenarnya adalah PENGUNDI HANTU!!

Berikut laporan dari Kosmo:

NURUL IZZAH PENGUNDI HANTU SEBENAR DI LEMBAH PANTAI

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyifatkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai pengundi hantu paling besar kerana mendaftar mengundi di kawasan bukan tempat tinggalnya.
Kata beliau, pada tahun lepas, Nurul Izzah mendaftar sebagai pengundi di Parlimen itu melalui alamat sebuah rumah di Bangsar walaupun tidak pernah tinggal di situ.
"Dia daftar sebagai pengundi Lembah Pantai menggunakan alamat sebuah rumah di Bangsar. Dia tidak tinggal di situ, bapanya juga tidak tinggal di situ, alamat ini mungkin alamat kenalan atau saudaranya sahaja," katanya
"Jika dia (Nurul Izzah) cakap orang tidak tinggal dan bermastautin di sini (Lembah Pantai) tidak boleh mengundi, dia pun sama tidak boleh mengundi di sini," katanya.

Kalau kawan-kawan ingat, sebelum ini Nurul memang cukup lantang mengutuk SPR dalam isu pengundi luar kawasan ni:

Aku petik semula tweet Nurul tentang isu ini:


@bersih2 Ada 3.1 juta pemilih yg mengundi di luar kawasan tempat tinggal mrk (non resident voters). SPR tidak kisah. Bgm ya? 

Sekarang ni aku nak tanya, Nurul tinggal di mana?

Nurul tinggal di mahligai mewah di Segambut bersama dengan Papa Hebat, Anwar Ibrahim.





Dia bukannya tinggal di Lembah Pantai.

Macam mana ni Nurul Izzah? Kau sibuk-sibuk bantai SPR sebab kononnya biarkan kewujudan pengundi hantu, tapi kau sendiri adalah PENGUNDI HANTU!!

Macam mana pula dengan Papa Hebat, Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim tinggal di Segambut,  KL tapi mengundi di Permatang Pauh, Pulau Pinang.. Ni memang confirm mengundi di luar kawasan tempat tinggal!!

Jadi, kalau ikut tafsiran Nurul Izzah, ANWAR IBRAHIM SENDIRI ADALAH PENGUNDI HANTU!!

Nurul, kalau kau betul-betul serius membantah kewujudan pengundi luar kawasan dan ikhlas dalam membersihkan daftar pengundi, maka orang pertama yang perlu digugurkan ialah Anwar Ibrahim!!

Macam mana Nurul? Bila kau nak buat protes kepada SPR untuk menggugurkan nama Anwar Ibrahim dari daftar pengundi?

Ada berani ke Nurul?

Ni memang betul kes cakap tak serupa bikin! Dia bantai SPR pasal kes pengundi luar kawasan, tapi dia anak-beranak juga yang buat benda tu!!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Sunday, March 31, 2013

NURUL IZZAH CARI PUBLISITI MURAH SAMAN SPR



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Baru-baru ni Nurul Izzah membuat permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan 4,637 pengundi di Lembah Pantai.

Bila isu ini ditanya kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, jawapannya mudah sahaja.

Nurul Izzah tak pernah bangkitkan isu ini dengan SPR sebelum ini!

SPR: Nurul Izzah tak maklum isu pengundi meragukan

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tidak pernah memaklumkan kepada pihaknya berhubung senarai lebih 4,600 pemilih yang didakwa meragukan dalam kawasan parliman terbabit.

Abdul Aziz dalam satu wawancara disiarkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini berkata tiada sebarang daftar pemilih atau surat pernah dihantar oleh Nurul kepada SPR.

"Saya telah semak, tiada sebarang daftar pemilih atau surat dihantar kepada SPR," katanya, mengulas mengenai permohonan semakan kehakiman yang difailkan Nurul Izzah untuk membatalkan sebanyak 4,637 pengundi.

Nurul Izzah dalam dokumen permohonan semakan kehakiman yang difailkan itu mahu membatalkan sebanyak 4,637 nama pengundi yang didakwa meragukan dalam Rang Daftar Pemilih dalam kawasan parlimennya.

Ia melibatkan Rang Daftar Pemilih Induk (RDPI) dan Rang Daftar Pemilih Tambahan suku kedua 2012.

Mengulas lanjut, Aziz meragui tindakan PKR yang dianggap membuat dakwaan tidak tepat tanpa merujuk pihaknya terlebih dahulu.

"Sepatutnya kalau betul mereka ikhlas mahu bersihkan daftar pemilih, datanglah ke SPR, bawa senarai daftar pemilih yang didakwa meragukan itu supaya SPR boleh semak.

'Ini tidak, mereka pergi kepada media, buat kenyataan yang tidak tepat," katanya.

Aku pun hairan tengok perangai Nurul Izzah ni. Kalau dia betul-betul ikhlas, bawalah senarai daftar pengundi yang diragui itu kepada SPR dan biarlah mereka buat semakan. Kalau selepas semakan kau masih tak puas hati, barulah pergi ke mahkamah.


Ni tak, tak bincang dengan SPR lagi, terus melompat ke mahkamah. Ini jelas membuktikan Nurul Izzah sebenarnya tak ikhlas. Dia cuma mahu cari publisiti murahan.

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Saturday, January 5, 2013

DAP KUTUK SPR TAPI PEMILIHAN SENDIRI HURU-HARA



Apa kecoh-kecoh ni DAP?

Aku cukup geli hati tengok pemilihan parti DAP ni.

Pemilihan partinya dibuat tahun lepas, tapi selepas 3 minggu keputusannya diumumkan, tiba-tiba boleh buat pengumuman baru kononnya ada kesilapan undi.

Zairil Khir Johari yang sebelum ini tidak terpilih, diumumkan menjadi calon yang ke 20 dan terakhir terpilih dalam (CEC) Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.

Wow, macam magic betul pemilihan DAP ni. Jumlah kerusi ada 20, Zairil dari tak layak tiba-tiba je dapat cukup undi untuk menang tempat ke 20.

Undi sebenar Zairil kononnya 803 undi, dan bukannya 305 undi seperti yang diumumkan terdahulu. Dia menggantikan Vincent Wu Him Ven yang sebelum ini dikatakan menerima 1,202 undi tetapi setelah pembetulan kononnya cuma menerima 669 undi.

Dari 305 naik jadi 803? Dari 1,202 boleh turun sampai 669?  

Ni bukan silap kecil, tapi silap maha besar!! Yang mengundi dalam 2, 3 ribu je pun DAP tak boleh nak urus? DAP kononnya parti yang berpegang kepada prinsip Competency, Accountability & Transparency tapi pemilihan parti sendiri tak telus!! Takda double checking ke, takda pemerhati ke, orang yang kira undi tu seorang je ke, bila umum silap tu takda orang yang perasan ke jumlah yang diumumkan tu silap?

Nak kira balik undi pun sampai ambil masa 3 minggu padahal nak kira undi ratus-ratus je!


Cuba bayangkan kalau SPR buat silap macam ni, mesti berbakul-bakul sumpah seranah akan dihamburkan Pakatan kepada SPR. Tapi bila DAP buat silap besar macam ni, mereka kata silap sikit je. Bukan benda besar pun.

Lepas tu nak kira undi berapa ratus je pun nak tunggu sampai berminggu-minggu? Kalau dalam PRU, jika ada keputusan yang terlalu rapat, maka kiraan undi semula hanya mengambil masa beberapa jam sahaja. Ni kiraan yang melibatkan BERPULUH-PULUH RIBU undi, bukan setakat beratus undi macam pemilihan DAP ni!

Nampak tak betapa cekapnya SPR? Tapi kehebatan SPR tak pernah diakui DAP, sebaliknya SPR dikutuk kononnya tak tahu buat kerja!

Sekarang jelaslah DAP memang cakap tak serupa bikin! DAP cuma tahu kutuk tapi mereka sendiri sebenarnya lebih teruk!

Tapi aku memang tak hairan sebab Pakatan memang macam tu. Pemilihan PKR dulu pun penuh kontroversi. Kes tipu undi, pengundi mengundi banyak kali, pengundi hantu, urusetia tak telus, semuanya ada!

Malah di Lembah Pantai, pemilihan Nurul Izzah sendiri penuh kontroversi! Semasa pemilihan PKR Lembah Pantai, ahli-ahli PKR sampai bergaduh berbaling-baling kerusi! Akhirnya polis dipanggil untuk mententeramkan keadaan.

Sebelum tu, mereka gelar polis sebagai anjing, tapi bila pemilihan PKR Lembah Pantai dah kecoh, polis juga yang mereka harapkan untuk meleraikan keadaan.

Macam ni lah perangai golongan pembangkang. Cuma tahu kutuk orang lain, padahal diri sendiri lagi teruk!

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?