Showing posts with label ROHINGYA. Show all posts
Showing posts with label ROHINGYA. Show all posts

Monday, May 25, 2015

CERITA PENGUNDI HANTU LAGI PAKATAN? CERMIN DIRI SENDIRI DULU LAH...


Ape kecoh-kecoh ni P. Ramasamy?

Siapa P. Ramasamy ni? P. Ramasamy adalah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP.

Dalam kesungguhan negara nak bantu pelarian Rohingya baru-baru ini, dia membantah tak mahu Malaysia tolong Rohingya, kononnya mereka semua akan dijadikan pengundi hantu!

Apa ni Pakatan? Dulu kau beria-ia suruh Malaysia bantu pelarian, bila nak bantu kau larang pula!!

Yang asyik nak cerita pasal pengundi hantu ni mengapa? Dah lupa ke dulu bila tuduh pengundi hantu, satu bukti pun takda. Yang adanya kena minta maaf pasal silap tuduh pengundi hantu.

Lepas tu, pemilihan parti dalam Pakatan Rakyat sendiri kelam-kabut dan huru-hara!

BUKTI 1:

Ahli Parlimen DAP dari Serdang, Ong Kian Ming terpaksa meminta maaf secara terbuka kerana menuduh Chua Lai Fatt sebagai pengundi hantu Bangladesh. Chua adalah warga Malaysia keturunan India yang dijadikan anak angkat oleh keluarga Cina.

BUKTI 2:


Lidah rasmi PKR, Suara Keadilan, terpaksa meminta maaf secara terbuka apabila membuat kesilapan menuduh Ali Mydin sebagai pengundi hantu Bangladesh sedangkan beliau sebenarnya AHLI PKR DAN PENYOKONG KUAT PAKATAN RAKYAT!!

Kalau ahli sendiri pun PKR boleh tuduh sebagai pengundi hantu, memang tak hairanlah kalau orang lain pun dia tuduh sebagai pengundi hantu!

BUKTI 3:


Pemilihan PKR 2014 ditangguhkan kerana tuduhan pengundi hantu, penipuan, rasuah, politik wang, blackout dan salah guna kuasa oleh jawatankuasa pemilihan dan pucuk pimpinan parti.

Eh, macam biasa dengar je tuduhan ni... Selalu tuduh SPR, rupanya dia lagi teruk!!!

Sorilah Pakatan, bila kau buka cerita pasal pengundi hantu ni orang dah malas nak dengar, sebab kau dah takda kredibiliti! Bak kata pepatah, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih!!

Apa kecoh-kecoh ni P. Ramasamy?

GUAN ENG CAKAP BERAPI, TAPI NAK TOLONG ROHINGYA TAK BERANI


Apa kecoh-kecoh ni Lim Guan Eng?

Semasa Kerajaan sedang menimbangkan tindakan yang perlu diambil untuk menangani isu pelarian Rohingya, Lim Guan Eng cuba jadi hero dengan menggesa Kerajaan terima dan bantu semua pelarian Rohingya tersebut. Kononnya beliau wira hak asasi manusia sejagat.

Tapi bila dicadangkan supaya Pulau Pinang menjadi tuan rumah penempatan pelarian tersebut, cepat-cepat Guan Eng menolak.

Berikut petikan laporan The Star:

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini telah mencadangkan Pulau Pinang sebagai lokasi yang sesuai bagi 7,000 pelarian yang telah diselamatkan kerana ia yang terletak di utara, membolehkan penghantaran balik  mereka selepas setahun lebih mudah.

Walau bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak bersetuju, dengan mengatakan bahawa Rohingya dan pelarian Bangladesh harus ditempatkan di tanah persekutuan dan bukannya tanah kerajaan negeri, menegaskan bahawa Pulau Pinang mempunyai "ruang terhad".

Tu diaaa….

Bila nak suruh Kerajaan bertindak, cakap berapi tapi bila minta tolong sama dia tak berani!!

Perumpamaan Guan Eng ni adalah macam orang yang cakap berapi suruh orang ramai derma banyak-banyak kat tabung kebajikan tapi bila kita sua tabung kat dia, satu sen pun tak bagi, kononnya takda duit!

Setakat kem sementara untuk 7,000 orang, besar mana lah sangat Guan Eng? Lepas satu tahun tutup baliklah kem tu, sebab semua pelarian akan dihantar balik. Bukannya nak suruh letak kat tengah-tengah Georgetown pun.  Seberang Perai kan banyak lagi tanah. Pulau Jerjak pun ada.

Nampak sangat Guan Eng sengaja bagi alasan tak nak bantu Rohingya.

Pigi dah Guan Eng, cakap tak serupa bikin! Hipokrit!

Apa kecoh-kecoh ni Lim Guan Eng?

Wednesday, May 20, 2015

SETITIK PELUH PALESTIN LEBIH MAHAL DARI SEJUTA NYAWA ROHINGYA


Apa kecoh-kecoh ni Rohingya?

Tahniah kepada Malaysia yang akhirnya bersetuju untuk menerima secara sementara pelarian Rohingya yang selama ini terkandas di lautan lepas. Itupun selepas dapat kecaman hebat dari kalangan warga Malaysia sendiri dan juga masyarakat antarabangsa kerana membiarkan pelarian Rohingya hanyut tanpa bantuan.

Aku faham, isu ini macam diluah mati emak, ditelan mati bapa. Kalau tak terima, mereka mungkin mati kelaparan di lautan. Kalau terima, makin bertambahlah jumlah pelarian Rohingya di Malaysia yang sehingga kini dah melebihi 50,000 orang. Itu jumlah rasmi, belum ambil kira PATI Rohingya lagi. Makin bertambah pelarian, bertambah teruklah masalah sosial dan ekonomi yang perlu ditanggung oleh Malaysia.

Tapi yang penting kita kena tengok punca masalah. Mengapa Rohingya melarikan diri dari Myanmar?

Sebab umat Islam Rohingya di Myanmar teruk ditindas dan dibunuh. Itulah sebabnya mereka melarikan diri.

Soalannya sekarang, apa yang Malaysia dan ASEAN buat untuk hukum Myanmar kerana menjalankan penghapusan etnik kepada Rohingya?

Jawapannya: YILLEK, PODAH CHIT!! Satu benda pun tak buat.

Kerana sibuk nak jaga hati jiran tetangga, Malaysia dan ASEAN buat tak tahu kekejaman rejim Myanmar.   

Malaysia sekarang jadi Pengerusi ASEAN. Baru-baru ni semasa persidangan ASEAN di KL, pemimpin Myanmar disambut meriah, ditatang bagai minyak yang penuh. Ada kita sebut pasal isu Rohingya? Tak ada! Padahal ini isu ASEAN yang memberi kesan kepada Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Suara Pemuda UMNO bawah KJ mana? Suara Pemuda PAS, parti Islam mana? Orang Islam kena tindas, parti Islam buat tak kisah je? Suara Angkatan Muda Keadilan mana? Suara Pemuda DAP memang takkan adalah, sebab ni cerita orang Islam kena tindas. Memang dia langsung tak kisah.

Bila cerita pasal Palestin, semua naik semangat, demonstrasi sana-sini, nak boikot syarikat itu & ini tapi bila cerita pasal Rohingya semua dok diam membisu seribu bahasa? Padahal Rohingya tu jiran kita, Palestin jauh merentas benua.

Itulah sebabnya aku kata setitik peluh Palestin lebih mahal dari nyawa sejuta Rohingya.


Apa kecoh-kecoh ni Rohingya?