Showing posts with label BERSIH. Show all posts
Showing posts with label BERSIH. Show all posts

Tuesday, April 2, 2013

NURUL IZZAH SOKONG POLITIK GANAS DI LEMBAH PANTAI

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Baru-baru ni Nurul Izzah merengek dan cuba meraih simpati rakyat kononnya beliau menjadi mangsa politik ganas.

Apa insiden-insiden yang dijadikan contoh?
  1. Adam Adli kena tumbuk di Flat 4 Tingkat Kerinchi
  2. Penyokong PKR kena baling batu dan telur
Ok, mari kita kaji insiden ni satu persatu.

Adam Adli kena tumbuk di Flat 4 Tingkat Kerinchi

Adam Adli kena tumbuk pasal dia cuba menghalang kerja-kerja pembangunan semula flat 4 Tingkat Kerinchi yang telah dipersetujui oleh 437 keluarga Melayu di situ. Yang tak setuju dek terpengaruh dengan hasutan Nurul Izzah ada 34 orang.

Untuk menghalang pembangunan semula, Nurul Izzah angkut Adam Adli untuk buat kacau.

Siapa Adam Adli? Dia bukan orang KL, dia bukan orang Lembah Pantai, malahan Flat 4 Tingkat Kerinchi pun dia tak pernah jejak sebelum ni. Mengapa tiba-tiba dia muncul?

Samseng Cina yang dibawa Nurul Izzah menceroboh Flat 4 Tingkat Kerinchi, kawasan 100% Melayu

Samseng India yang dibawa Nurul Izzah menceroboh Flat 4 Tingkat Kerinchi, kawasan 100% Melayu

Tengok gambar-gambar ni. Selain dari orang luar seperti Adam Adli, mengapa Nurul Izzah bawa masuk samseng-samseng Cina dan India untuk buat kacau di kawasan yang penduduknya 100% Melayu?

Dek bengang dengan aksi liar Adam Adli, maka akhirnya penduduk hilang sabar dan menghalau dia keluar.

JADI SIAPA SEBENARNYA YANG AMALKAN POLITIK GANAS?

Penyokong PKR kena baling telur dan batu

Insiden bermula bila penyokong PKR bertindak ganas terhadap penyokong UMNO. Bila dah kena baling batu, penyokong UMNO balas balik lah. Lihat sendiri kecederaan yang dialami adik Saiful. 7 jahitan di dahi beb. 
Wajah adik Saiful yang menjadi mangsa keganasan samseng PKR

Kesian adik Saiful dapat 7 jahitan kerana keganasan samseng PKR

Boleh baca sendiri twit dari saksi-saksi


JADI SIAPA SEBENARNYA YANG AMALKAN POLITIK GANAS?



Keganasan Pakatan tak terhad di Lembah Pantai sahaja, Zulkifli Noordin semasa berceramah di Selangor, penyokong Pakatan serbu naik pentas halang dia berceramah.


Semasa di Permatang Pauh Zulkifli Noordin dilontar dengan telur dan batu oleh penyokong Pakatan. Orang yang nak pergi ceramah diludah oleh penyokong Pakatan. Tayar motor dan kereta dipancitkan.

JADI SIAPA SEBENARNYA YANG AMALKAN POLITIK GANAS?

Semasa di perhimpunan Bersih, kereta polis dibaling lepas tu diterbalikkan. Wartawan juga dipukul peserta perhimpunan Bersih dan banyak lagi aksi liar dan ganas dipamerkan.

JADI SIAPA SEBENARNYA YANG AMALKAN POLITIK GANAS?

Masih tak percaya Pakatan amalkan politik ganas?

Tengok sendiri kat Pemilihan PKR.

Pemilihan Lembah Pantai bergaduh sampai bertumbuk dan baling kerusi hingga akhirnya mereka terpaksa panggil polis. Bayangkanlah, selama ni dia panggil polis 'ANJING', akhirnya dia sendiri panggil polis nak minta tolong.



Gaduh di pemilihan PKR Kelang
Kertas undi yang ditaburkan ahli PKR yang tak puas hati

 
Gaduh di pemilihan PKR Puchong

Gaduh di pemilihan PKR Sabak Bernam sampai berbaling kerusi. Mamat sorang tu sampai berbalut kepala sebab berdarah kena pukul.

 JADI SIAPA SEBENARNYA YANG AMALKAN POLITIK GANAS?

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Sunday, December 2, 2012

NURUL IZZAH MENGAKU PEMBANGKANG PUNCA KENAIKAN KADAR JENAYAH!



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Baru-baru ini Nurul Izzah telah mengeluarkan kenyataan mengecam Polis Diraja Malaysia. Dia kata polis kat Malaysia ni langsung tak efisien dalam menangani jenayah, sedangkan jumlah polis sebenarnya tinggi.

Tapi semasa membuat kecaman tu, secara tak sengaja Nurul Izzah telah mengaku bahawa Pakatan pembangkanglah sebenarnya punca jenayah sukar ditangani oleh pihak polis.

Tak percaya?

Sila baca laporan akhbar ni:

Pembangkang mahu beku ambil polis

BATU GAJAH 1 Dis. - Pakatan pembangkang merancang untuk membekukan pengambilan anggota polis baru sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mendakwa nisbah anggota kepada penduduk di negara ini telah melebihi daripada statistik piawaian di peringkat antarabangsa.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar berkata, nisbah seorang anggota polis kepada penduduk di Malaysia telah mencecah 270, melebihi nisbah yang diperakukan polis antarabangsa (Interpol) iaitu seorang anggota polis bagi setiap 250 penduduk.

"Kita lebih baik nisbahnya daripada Singapura, Hong Kong dan Thailand. Anggota polis itu cukup, tapi semuanya tidak payahlah hendak menjadi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kot. Bukan tidak payah buat FRU kerana di bawah pakatan pembangkang, kita akan kurangkan kadar protes dan demonstrasi.

"Kita pastikan (mereka) jadi investigating officer (pegawai penyiasat), menyiasat kes jenayah apa yang berlaku di taman-taman dan kawasan perumahan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah umum di Taman Muhibbah, Kampung Ara Payung di sini malam tadi yang dihadiri oleh kira-kira 500 orang.

Sekali baca memang kita takkan perasan, tapi kalau dikaji dengan teliti, memang jelas Nurul Izzah mengaku pembangkanglah punca polis tak dapat beri tumpuan penuh untuk menyelesaikan jenayah.

Cuba baca sekali lagi laporan tu. Masih tak nampak?

Mari sini aku tunjuk.

Cuba baca sekali lagi kenyataan Nurul Izzah ini.

“Anggota polis itu cukup, tapi semuanya tidak payahlah hendak menjadi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kot. Bukan tidak payah buat FRU kerana di bawah pakatan pembangkang, kita akan kurangkan kadar protes dan demonstrasi. Kita pastikan (mereka) jadi investigating officer (pegawai penyiasat), menyiasat kes jenayah apa yang berlaku di taman-taman dan kawasan perumahan.”


Maka secara automatik Nurul Izzah mengaku jumlah FRU yang ramai ialah kerana polis terpaksa menghadapi rusuhan ganas yang dianjurkan pembangkang seperti semasa Bersih tempoh hari.

Nurul Izzah juga selamba mengaku bahawa bila pembangkang menang nanti, jumlah FRU boleh dikurangkan dan polis FRU ni boleh bertugas menyiasat jenayah sepenuh masa kerana setelah menjadi pemerintah, Pakatan pembangkang tidak lagi akan menganjurkan perhimpunan haram dan ganas.

Maknanya, kalau dari dulu Pakatan pembangkang berhenti dari membuat perhimpunan haram dan ganas, dah lama dah polis-polis kat Malaysia ni semuanya beri tumpuan untuk membanteras jenayah!

Tapi disebabkan Pakatan pembangkang asyik nak buat perhimpunan haram dan ganas, terpaksalah polis membuang masa menghadapi mereka sedangkan polis pun lebih suka menyiasat jenayah dari nak menguruskan perhimpunan ganas ala pembangkang!

Jadi bagi rakyat Malaysia yang pernah jadi mangsa jenayah, yang pernah tengok ahli keluarga dan sahabat-handai jadi mangsa jenayah, yang pernah tengok kejadian jenayah di depan mata – anda kini dah tahu siapa sebenarnya punca peningkatan kadar jenayah!

Tak lain tak bukan, Pakatan pembangkang!!

Alamak, terkantoi sudah Nurul Izzah!!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE? 

Saturday, November 10, 2012

HISHAM RAIS @ TUKARTIUB SOKONG NURUL, TAKDA MASALAH KALAU MELAYU MURTAD


Apa kecoh-kecoh ni Hisham Rais?

Sejak Nurul Izzah membuat kenyataan mahu Melayu diberi hak untuk murtad, berbondong-bondong golongan liberal bersorak menyokong pendirian Nurul Izzah.

Yang terkini ialah sokongan dari Hisham Rais @ Tukartiub, salah seorang penggerak BERSIH bersama Ambiga, peguam kes murtad Lina Joy.

Apa kata Hisham Rais?



ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM!!!

Mudahnya dia cakap kata Melayu kat tempat lain ada kebebasan beragama, cuma di Malaysia saja dihalang, kononnya untuk tujuan politik bagi memastikan mereka menyokong UMNO.

Apa punya logik dia pakai aku pun tak tahu lah. Ni budak sekolah rendah pun boleh fikir, hujah Hisham Rais langsung tak masuk akal.

Macam ni je ke mentaliti penganjur perhimpunan BERSIH? Patut pun perhimpunan BERSIH jadi huru-hara, sebab malaun tongong macam Hisham Rais yang jadi penganjur!

Apa kecoh-kecoh ni Hisham Rais?

Friday, November 9, 2012

MAJLIS PEGUAM KECEWA NURUL IZZAH NAFI SOKONG HAK MELAYU UNTUK MURTAD


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Setelah kantoi kerana mengeluarkan kenyataan mahukan Melayu diberi hak untuk murtad, Nurul terus kelam-kabut cuba menafikan dia pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan.

Namun begitu, tindakan Nurul itu mendapat reaksi negatif dari Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam.

Siti Zabedah Kasim, peguam yang bertanyakan soalan itu kepada Nurul, memberitahu portal pro pembangkang, Free Malaysia Today, bahawa dia kecewa dengan sikap berdolak-dalih Nurul.

Berikut artikel dari portal pro pembangkang Free Malaysia Today dan terjemahannya.

‘I Am Disappointed With Nurul’
The lawyer who posed the sensitive question on religious freedom is disappointed that the PKR leader has changed her stand.
PETALING JAYA: A lawyer who posed the question on religious freedom to PKR vice-president Nurul Izzah Anwar during a forum last Saturday is disappointed with the politicians 180 degree turn.
Siti Kasim, a member of the Bar Council human rights committee, said she was disappointed that Nurul had “retracted” her remark.
“I believe Nurul was just trying to impress the people, she didn’t think of the consequences,” she told FMT.
Siti said Nurul should have stood firm on her remark that freedom of religion was a right for all including the Malay-Muslim.
“There’s nothing wrong about it, she is saying the truth. I expected a hoo-ha after that. But as a politician, you just need to stick to the truth,” she added.
She wondered if Nurul was merely adjusting herself to the largely non-Muslim audience on that day and making a political remark.
At the forum titled “Islamic state: Which Version? Whose Responsibility?”, Siti asked Nurul whether freedom of religion should be extended to the Malays since the PKR leader talked about the issue in her speech.
Siti said while Nurul did not mention about apostasy in her response, the latter however was a clear supporter of freedom of religion for the Malays.
“In the following days she ‘retracted’ her remark, and said she did not support apostasy. But indirectly when you say you support freedom of religion, and if Malay wants to get out from Islam, that’s apostasy,” she pointed out.
The Orang Asli rights advocate said she once posed the same question to Nurul’s father, Opposition Leader Anwar Ibrahim, but failed to get a direct response.
“He was going around the bush and didn’t answer directly. We want politicians to be straight forward,” she said.

'Saya Kecewa Dengan Nurul'

Peguam yang bertanyakan soalan sensitif mengenai kebebasan beragama kecewa dengan perubahan pendirian Nurul Izzah.

PETALING JAYA: Seorang peguam yang menimbulkan persoalan mengenai kebebasan beragama kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar semasa forum Sabtu lepas kecewa dengan pusingan balik 180 darjah ahli politik itu.

Siti Kasim, ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, berkata beliau kecewa kerana Nurul telah "menarik balik" kata-kata beliau.

"Saya percaya Nurul hanya cuba untuk menarik perhatian orang ramai, dia langsung tidak memikirkan akibat kenyataannya itu," katanya kepada FMT.

Siti berkata Nurul sepatutnya berdiri teguh pada kata-kata beliau bahawa kebebasan beragama adalah hak untuk semua termasuk orang Melayu beragama Islam.

"Tidak apa yang salah mengenai kenyataan Nurul Izzah, dia hanya menyatakan kebenaran. Saya memang menjangka akan timbul kekecohan selepas itu. Tetapi sebagai seorang ahli politik, dia sepatutnya berpegang teguh kepada kebenaran," tambah beliau.

Dia tertanya-tanya jika Nurul cuma membuat kenyataan tersebut untuk menawan sokongan daripada penonton yang sebahagian besarnya bukan Islam pada hari itu.

Pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana? Tanggungjawab Siapa? ", Siti bertanya kepada Nurul sama ada kebebasan beragama perlu diperluaskan kepada orang Melayu.

Siti berkata walaupun Nurul tidak menyebut secara khusus tentang murtad, Nurul jelas menyatakan bahawa dia menyokong hak kebebasan beragama untuk orang Melayu.

"Pada hari-hari berikutnya dia 'menarik balik' kata-kata beliau, dan berkata dia tidak menyokong murtad. Tetapi secara tidak langsung apabila anda mengatakan anda menyokong kebebasan beragama untuk orang Melayu, dan jika Melayu mahu keluar dari Islam, itu adalah murtad," tambah Siti lagi.

Peguam itu berkata beliau pernah mengajukan soalan yang sama kepada bapa Nurul, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi gagal untuk mendapatkan jawapan yang jelas.

"Beliau hanya cakap berbelit-belit dan tidak menjawab secara terus. Kita mahu ahli-ahli politik untuk bercakap secara terus-terang, "katanya.

Apa kesimpulan yang kita boleh buat dari artikel ini?

1. Nurul MEMANG SAH mengeluarkan kenyataan mahukan kebebasan beragama untuk Melayu, sekaligus menyokong hak Melayu untuk murtad.

2. Majlis Peguam dari dahulu sehingga sekarang memang mendokong agenda murtad. Kalau kawan-kawan dah lupa, Ambiga yang merupakan bekas Presiden Majlis Peguam adalah peguam yang membela Lina Joy semasa kes murtad beliau. Ambiga ini jugalah yang menjadi teman mesra Mat Sabu dan PAS semasa perhimpunan BERSIH.


Memang betullah kenyataan Presiden PAS bahawa pilihanraya lebih penting dari isu murtad. Nampak sangat PAS sanggup bersekongkol dengan pejuang hak murtad semata-mata nak meraih undi.

3. Anwar dan Nurul 2 x 5 sahaja. Dua-dua kaki temberang dan putar belit. Depan cakap lain, belakang cakap lain.

Depan orang bukan Islam, lantang Nurul nyatakan bahawa Melayu perlu diberi hak untuk murtad, sekaligus menjamin dia mendapat sokongan dari golongan mubaligh Kristian dan penyebar agama-agama lain.

Depan orang Islam, cepat-cepat Nurul nafikan dia pernah membuat kenyataan tersebut, padahal video kenyataan dia dah luas tersebar dan laporan berita mengenainya pun dah dikeluarkan oleh portal pro pembangkang.

Orang kaki belit dan putar alam macam ni ke kita nak jadikan pemimpin? Orang yang sanggup menggadai kesucian Islam demi undi macam ni ke patut kita agung-agungkan?

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?


2 juta umat Islam murtad setiap tahun di Indonesia. Mahu lihat senario yang sama di Malaysia? Kalau nak tengok ramai orang Islam murtad, undilah Nurul Izzah dan Pakatan Rakyat!!

Wednesday, May 16, 2012

KRONOLOGI PERHIMPUNAN HARAM BERSIH

Ni lagi satu video bagus punya... Boleh tengok sendiri kronologi perhimpunan Bersih.


Jelas nampak siapa yang buat provokasi... Dari malam sebelumnya perusuh dah provoke polis. Kereta polis kena kepung, lepas tu polis kena maki.

Esoknya sengaja rempuh halangan, lepas tu serang kereta polis dan juga wartawan.

Bila polis ambil tindakan, mereka kata polis ganas.

Siapa yang mulakan provokasi dengan maki dan halang kereta polis? Walaupun kena maki macam-macam, walaupun kereta kena halang dan kena tendang, polis tetap cool.

Siapa yang rempuh halangan? Perusuh atau polis? Kononnya datang untuk berhimpun secara aman tapi mengapa rempuh halangan? 

Baca balik kenyataan Ambiga ni.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan meneruskan perhimpunan Bersih 3.0 esok tanpa melanggar sebarang peraturan yang ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak polis.


Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata demikian sebagai respons kepada perintah menghalang penganjur Bersih 3.0 dan orang awam daripada berhimpun dan memasuki Dataran Merdeka esok yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.


Beliau juga menegaskan, Bersih 3.0 merupakan perhimpunan aman untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Oleh itu, Bersih 3.0 tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang cuba melakukan provokasi dan huru-hara.

"Kita tegaskan Bersih 3.0 adalah perhimpunan yang aman jadi kita tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang cuba menimbulkan kekecohan."

Sekarang ni siapa yang langgar peraturan? Perusuh atau polis?


Siapa yang cetuskan kekacauan? Perusuh atau polis?

Bila perusuh timbulkan kekecohan, mengapa Ambiga salahkan polis sedangkan pada awalnya Ambiga sendiri yang kata mereka akan patuh peraturan?

Apa kecoh-kecoh ni Ambiga?


INILAH KEBEBASAN BERSUARA GAYA NURUL IZZAH

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Sebelum ini, Nurul Izzah memang cukup lantang memperjuangkan kebebasan bersuara...


Merusuh di UPSI sampai rosak harta-benda universiti? Itu hak kebebasan bersuara!



Merusuh di KL sampai rosak harta-benda awam dan orang ramai cedera? Itu hak kebebasan bersuara!

Dengan ajaran seperti itu, maka tak hairanlah kuncu-kuncu Nurul di London pun turut menganggap membuat kekacauan di dalam majlis orang lain adalah sebahagian dari hak kebebasan bersuara.

Lihatlah bagaimana kurang ajarnya mereka ini bila berada di hadapan Perdana Menteri di London. Kalau ada orang buat macam ni di ceramah Anwar, aku rasa mau kena debik dua, tiga biji. Tapi PM kita cool. Tak mudah melatah. Akhirnya mereka terdiam sendiri selepas aksi kurang ajar mereka tidak mendapat sambutan yang diharapkan. 


Apa yang mereka harapkan? Sudah tentunya mereka mengharapkan ada orang yang akan menyambut provokasi murahan mereka dengan bertindak tegas terhadap mereka. Lepas tu mereka akan terus laungkan bahawa Kerajaan Malaysia kejam dan menindas rakyatnya...

Itu taktik murahan beb. Kat Bersih taktik tu menjadi. Takkan kat London pun nak pakai taktik sama beb? 

Kesian aku tengok diorang ni. Kononnya belajar tinggi, tapi budi-bahasa fakir miskin di ceruk kampung pun jauh lebih mulia dari mereka! Tak guna belajar jauh-jauh, tinggi-tinggi, tapi perangai biadap dan kurang ajar!!

Macam ni kebebasan bersuara yang kau perjuangkan, Nurul?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Tuesday, May 15, 2012

BERSIH 3.0 ITU KOTOR

Sesapa yang terlepas tengok dokumentari RTM pasal Bersih tempoh hari, boleh tengok video penuh di Youtube...


Kita boleh tengok sendiri perangai perusuh tu. Kalau macam ni lah perhimpunan yang dikatakan aman, aku pun tak tahu nak kata apa-apa lah...

Friday, May 11, 2012

AMBIGA TRAUMA BILA TENGOK BURGER?


Apa kecoh-kecoh ni Ambiga?

Kawan-kawan mungkin masih ingat, sebelum ini aku pernah cadangkan supaya kita berhimpun depan rumah Ambiga untuk membantah perhimpunan Bersih.

Dan kini aku cukup gembira bila ada NGO yang terima cadangan tu dan berani berhimpun depan rumah Ambiga.

Tahniah kepada IKHLAS (Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana) kerana berjaya buat Ambiga trauma!!



Sekumpulan peniaga sekitar bandar Kuala Lumpur diterajui IKHLAS 'menerjah' rumah Ambiga di Bukit Damansara dengan membuka gerai burger tersebut mulai jam 2 petang dan beredar kira-kira sejam kemudiannya.

Pengerusinya, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, Ikhlas memberi masa dua minggu kepada Ambiga untuk menjawab semua tuntutan yang dibuat para peniaga dan mengemukakan permohonan maaf.

Katanya, jika pihak Ambiga gagal untuk memenuhi permintaan tersebut, bantahan yang bakal melibatkan lebih ramai peniaga akan diadakan di hadapan dan sepanjang laluan menuju ke rumah bekas Presiden Majlis Peguam itu.

Tegasnya, Ikhlas mahu Ambiga merasai bagaimana sukarnya untuk menjalankan aktiviti harian apabila bantahan dan perhimpunan diadakan di hadapan rumahnya sendiri.

"Kita mahu beliau rasa bagaimana sukarnya untuk keluar rumah, menghantar anak ke sekolah ataupun terlibat dengan kecemasan apabila laluan dihalang dengan peserta perhimpunan."

"Hari ini baru permulaan, kalau beliau masih tidak mahu bertanggungjawab, kita akan himpunkan lebih ramai peniaga di hadapan rumahnya," tegasnya.

Dan apa pula respon Ambiga?

Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk S Ambiga menganggap tindakan sekumpulan peniaga yang mengadakan protes dengan membuka gerai burger di hadapan rumahnya petang ini sebagai perbuatan tidak matang.

"Tindakan ini adalah perbuatan yang tidak matang. Adakah patut duduk di luar rumah orang seperti ini?"

Ambiga oh Ambiga... Siapa yang sebenarnya tak matang?

Lihat kenyataan Ambiga sebelum ini...

"Kita tak perlu minta izin dari DBKL untuk gunakan Dataran Merdeka kerana Dataran Merdeka adalah milik rakyat, bukannya milik DBKL."
  
Kalau Dataran Merdeka milik rakyat, jalan depan rumah kau juga milik rakyat!

Jadi kalau tak salah untuk kau berhimpun di Dataran Merdeka walaupun dilarang oleh DBKL, maka tak salah juga untuk para peniaga ini membuka gerai burger di hadapan rumah kau!

Oooh, kau menyusahkan DBKL takpa, tapi bila kau susah sikit terus terpekik terlolong macam kera hilang anak... Ini baru himpun sejam, kalau satu hari macam yang Ambiga buat di Dataran Merdeka, macam mana pula agaknya Ambiga meroyan?

Sekurang-kurangnya mereka ni tak ganas macam perusuh di perhimpunan Bersih.

Ada tak kereta kau kena pecah? Takda!!

Ada orang tak merempuh masuk rumah kau? Takda!!

Ada tak kau dan ahli keluarga kena pukul? Takda!!

Jadi perhimpunan ni jelas lebih aman dari perhimpunan Bersih yang kau bangga-banggakan sangat tu.

Ooooh, kalau kau buat takpa, tapi bila orang lain buat, tak boleh? Nampak sangat sikap hipokrit kau!!!

Apa kecoh-kecoh ni Ambiga?


Sunday, May 6, 2012

NURUL IZZAH: PENGUNDI LUAR NEGARA LEBIH PENTING DARI PENGUNDI DLM NEGARA?



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah dan Bersih?

Aku kadang-kadang keliru bila baca pasal Bersih ni. Mula-mula nak A, lepas tu tukar nak B. Lepas tu tukar nak C.

Satu isu yang aku keliru ialah tentang pengundi luar negara.

Kalau mengikut Bersih, pengundi luar negara perlu diberi hak mengundi. Dan tuntutan ini disokong oleh Nurul Izzah. Nurul siap tanya dalam Parlimen tentang isu ini.

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Luar Negeri menyatakan tahap persediaan serta langkah-langkah persiapan yang diambil bagi setiap Kedutaan, Pejabat Suruhanjaya Tinggi, dan Konsulat Malaysia di seluruh dunia untuk memastikan semua warganegara Malaysia luar negara mendapat hak mengundi, serta proses pengendalian kertas undi bagi pengundi luar negara.

Tapi pada masa yang sama, Bersih dan Nurul menghentam SPR kerana kononnya membiarkan kewujudan pengundi luar kawasan. Boleh baca ulasan aku di sini.

@bersih2 Ada 3.1 juta pemilih yg mengundi di luar kawasan tempat tinggal mrk (non resident voters) . SPR tidak kisah. Bgm ya? 

Nurul, warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara ni dah sah-sah kalau mengundi, memang bukan mengundi di tempat mereka tinggal. Setengah dari mereka dah bertahun-tahun tinggal di luar negara, rumah kat Malaysia pun dah takda, cuma kerakyatan sahaja belum tukar.

Jadi, kalau kau betul-betul ikhlas, mengapa kau hentam SPR kerana kononnya biarkan kewujudan pengundi luar kawasan tapi pada masa yang sama kau beria-ia perjuangkan hak mengundi untuk warganegara Malaysia di luar negara yang sesetengahnya memang tak pernah balik Malaysia sejak berhijrah keluar?

Oooh, orang di Malaysia kalau tinggal di luar kawasan tak layak untuk mengundi, tapi orang yang di luar Malaysia layak mengundi walaupun jelas tinggal di luar kawasan?

Nampak tak betapa hipokritnya Nurul Izzah ni?

Macam ni ke pemimpin yang kita nak?

Apa kecoh-kecoh ni Bersih dan Nurul Izzah?

Wednesday, May 2, 2012

LAGI BLOG PAKATAN MENGAKU BERSIH JADI ALAT CETUS KEKACAUAN!



Sekarang ni banyak blog pro-pembangkang yang bantai Anwar kerana isu Bersih.

Semalam aku dah muatnaik kritikan dari Blog No 1 Pakatan, Amenoworld, terhadap Anwar. Hari ni aku pick up blog pro-pembangkang Bahasa Inggeris pulak, steadyaku47.

Sila baca…


You and I have read enough, seen enough and are up to our eyeballs about the goings on at the recent Bersih 3. We know what the demonstrators did and we know what the Police did. In these days of total coverage even on what happened when Neil Armstrong was on the moon it goes without saying that what happens on the streets of Kuala Lumpur will somehow find its way onto the public domain.

I am not going to write about this BN government stifling civil rights and letting loose a rampaging PDRM onto the defencless Rakyat because that is par for the course. Nor will I write about how anybody could think that having thousands of agitated and frustrated bersih activist in Dataran Merdeka is NOT  a recipe for riot and mayhem. Putting PDRM and the activist within close proximity of each other would tantamount to asking for exactly what happened at Bersih 3 to happen. Tapi nasi dah jadi bubur…and so let those who have nothing else to do go bicker and debate about what they thought happened at bersih 3. What I want to think about is who would have gained more politically if Bersih 3 became a spectacle that would attract a worldwide audience for the wrong reasons? Anwar or Najib?

The election will probably be in June, September or March next year. Anyway you look at it you know that it is damm near to Armageddon for BN or Pakatan Rakyat. So pray tell me why should you doubt that PDRM have been told by their political masters to be on their best behavior?

At the very least Najib would have told cousin Din at the Rumah Ministry to have a word with the IGP to instruct his officers and Mata Mata to NOT be proactive in their physical maneuvers. Stand your ground but do not initiate anything to provoke the crowd into doing anything untoward. Najib is fully aware that there are cameras everywhere and everything done by anybody n the streets of KL that day will be recorded for posterity. He will not want the world to think that the Police state is alive and well in KL even if it were true!           

What do you think is the opposition thinking? Nothing makes more good copy for the local and global media then to see the spectacle of a Police Force beating their own people. Who will be doing the beating? PDRM! And who does PDRM takes their orders from? That Din guy and Najib.

So pray tell me why would Najib want PDRM to beat his own people when it is so near to election time and with all the global eyes on BN. There are many things I have called Najib, but stupid is not one adjective I have used. So if any of you think that PDRM had orders from Najib to charge the demonstrators – PERISH THAT THOUGHT! There is no way in hell for Najib to put his chances of continuing as Prime Minister after the 13th GE to any danger by instructing the Police to go and hantam those demonstrators!

So why did the police revert to their animalistic behavior?

You can answer this yourself!

For me the Police were provoked –the same provocation that caused that IGP to beat DSAI senseless! The same provocation that Iran is now goading Israel to do – attack Iran to rid Israel of any danger from any guided missiles that could pose a danger to Israel’s sovereignty. And if by goading the Israeli to attack Iran  - and an attack did happen – what about the collateral damages to their own innocent people resulting from that Israeli attacks on Iran? No problems – just collateral damage!

And this is what happened at the Bersih 3 rally. There were elements within Bersih 3 who was more then willing to hijack what should have been a peaceful and quiet rally and make it their platform to accuse the BN government of brutality on its own people – and of course all this will be on the 7’o clock news not only around the world- but also in the public domain. Yes it is hard to get our minds into the evilness that others carry but such is life!

So what have we learned from Bersih 3? If you want to test the resolved of PDRM to stand their grounds when being provoked – you can be assured that despite what Najib DO NOT want them to do –they will do when push comes to shove!

In closing let me say this – like Iran and Israeli – those agent provocateurs whether paid or not, did disservice to many other Malaysian who had come out in numbers to show the BN government that the critical mass that will vote any faction in. MUST be listened to. Now after Bersih3 how many will turn out in any other demonstration because of the danger they will put themselves is – as was evident at Bersih 3.

If Najib is at fault it is that he did not instruct PDRM to not defend themselves even if provoked…but then if he did ask them to defend themselves Najib will still be accused of condoning brutality! Damm if he does, damm if he don’t. So if any of you are wondering what comes next after Bersih 3 we can expect anything but the numbers that turned up recently.

Bagi yang malas nak baca, aku bagi sinopsis:

PRU dah dekat, PM nak kekalkan imej baik Kerajaan. Jadi sudah tentu PDRM telah diberi arahan dari awal untuk elakkan sebarang tindakan keras dan jangan terjebak dengan provokasi pembangkang.

Baigi pembangkang pula, mereka memang mahu dunia melihat polis memukul perusuh, kerana ianya akan merosakkan imej Kerajaan. Jadi Anwar memang sedaya upaya mahu provoke polis untuk bertindak.

Ada orang yang mahu berhimpun secara aman, tetapi kerana sikap tidak bertanggungjawab pembangkang, perhimpunan aman bertukar ganas.

Selepas ini, mungkin orang akan serik untuk datang ke perhimpunan sebegini lagi.